Followers

Thursday 28 March 2013

Pilihan di tangan kita


Setiap hari kita boleh pilih fikiran kita kearah konstruktif (membina) atau ke arah destructive (kerosakan). Kita pilih lihat benda yang betul atau benda yang salah. Kita pilih betulkan diri kita atau nak betulkan orang. Kita akan menarik apa kita fikirkan. Kalau kita salah pilih fikiran salahlah hidup kita. Maka bagi kita semua yang mengeluh, menyesal, merungut dan mengumpat alangkah ruginya. Mereka ini akan sedih, sakit dan miskin dalam segala hal.

.Prof Dr Muhaya Mohammad.

Tuesday 26 March 2013

Diet diet and Diet selagi mampu

Assalamualaikum w.b.t...
Update lagi dan berat terkini...Alhamdulillah atas berkat kesabaran menahan nafsu makan ni selama 3 bulan akhirnya membuahkan hasil dan harapan supaya kalini tak macam dulu2 asyik turun naik je berat badan ni, harap2 kepada diri sendiri untuk bertahan sehingga mendapat berat yang ideal iaitu 85kg!! InShaaAllah boleh!..


tapi dalam berdiet kalini ade jugak yang terlajak perahu terus tenggelam gamaknyer, tambah2 kalau singgah makan kat restorant2 nasi arab, tapi sekali sekala makan nasi kan tak akan gemuk punya, so harini shaqzspixca berbesar hati sangat nak share about myself and what i eat in this period of time semasa saya berdiet, tapi get your advice from your personal Dr dulu ya sebelum nak berdiet, saya ni dah banyak Dr saya jumpa but this time i make it my way to loose some weight..chaiyokkkK!! eiii bukan senang tau, Tuhan sahaja yang tahu payah tak payah berdiet ni..hehehe


gambar terkini sebelah kanan..Alhamdulillah berat sekarang dah mencecah 114kg at 26 march..perut pun dah xdak..hahaa but still a bit flabby, kena workout lebih lagi ni...
so kat bawah ni saya nak tunjuk apa yang saya makan setiap hari..

BREAKFAST


makan sup sayur samaada masak sendiri ataupun makan dekat luar, mesti ada punya sup sayur, kalau tak ada minta chef dia masakkan, kadang2 kita tak larat kan setiap pagi nak makan sup sayur ni, so kadang2 saya mixkan dengan kuah tomyam so that dia rasa masam dan naikkan selera makan kita, try first then we will know the taste is better..

LUNCH


masa lunch ni ambik ikan goreng + mix vege, lagi elok kalau makan ikan rebus or bakar but so far makan ikan goreng ni turun je berat badan ni but its a must untuk jaga kolestrol jugak ek, takut berat turun tapi kolestrol naik..adehh tapi memang tiap2 time lunch inilah yang saya makan untuk loosekan weight saya ni..siapa kata tak makan nasi takut PENING la sebab tak KENYANG..ishh no no no..kalau still lapar lg walaupun dah makan full of plate macam kat atas tu, boleh je add on lg vege atau tambah ikan seketul lagi..

DINNER


Haaa this part yang saya paling suka..makan sampai kenyang, paling banyak yang saya makan lebih kurang 5 biji, but for your info jumlah Vit C yang disyorkan untuk kita ambil for 1 day is tak lebih dari 1000mg and vit c dalam buah oren ni 1000mg bersamaan dengan 7 biji oren kalau saya tak silap, kalau dapat makan 7 biji oren untuk sehari tu dah cantik sangat dah tu, cukup vit c untuk badan kita for 1 day...

so menu kat atas ni saya akan makan dari hari isnin hingga hari jumaat sahaja, for sabtu ahad lain sikit menu saya.

DRINKS




untuk minuman saya akan pastikan yang saya minum 8 gelas air putih untuk sehari dan untuk setiap hidangan saya mesti minum air masam2 macam fresh orange atau lemon juice..so far Alhamdulillah dr first start sampai sekarang ni xde pulak mengalami sakit2 perut macam gastric cuma sakit perut sebab nak buang air ala2 detox adelah..haha. dan saya juga akan elakkan minuman BERGAS dan BERKAFEIN sebab saya makan supplement ~> Tiox-C, minuman bergas dan berkafein ni boleh "kill" all the glutation dalam supplement yang kita makan iaitu ejen2 yang sangat diperlukan oleh kulit kita so kalau boleh elak just elakkanlah ek..

SABTU dan AHAD




untuk sabtu dan ahad ni macam my big day lah sebab boleh makan AYAM dan DAGING...waaaaa haha.. but ayam or daging tau bukan ayam dan daging, tak taulah kalau tahan tapi macamnilah menu saya untuk berdiet, and kadan2 saya add on kacang, for your info kacang ni sangatlah baik untuk hati kita tau..

ok this is sekadar perkongsian untuk visitor saya, sebab berat saya awal2 dulu dan boleh dikatakan paling berat lah is 131kg..masa start nak diet dulu 123kg and now 114kg Alhamdulillah syukur, kita MESTI jaga kesihatan kita, bukan niat nak lawooo nak boG ke Mog ke..just untuk kesihatan dan minta2 dijauhkan dari semua penyakit kan..so for those yang belum start kawal makan, kawal nafsu, kawal berat badan..

YOU ARE WHAT YOU EAT


so thats all for now, tQ for reading and till then (^___^)v

Restoran Masakan Cina Muslim

Assalamualaikum w.b.t..
jalan2 cari makan lagi and kalini ke restoran masakan cina muslim, apa yang bestnya dekat sini dan sebab kami kemari ialah dia punya Salted egg squid
haa jom lah tengok apa yang saya sempat snap...


sekarang ni kan musim hujan, so time ni hujan lebat gak lah, tapi sebab salted egg squid punya pasai kitorg redah sajor~


hidangan lauk kami untuk kalini termasuk yang kat bawah ni Salted Egg Squid, u guys should try tau sebab rasa dia sedap, sotong yang digoreng bersama telur masin, nyum2 Alhamdulillah..



yang ni im not sure, tapi sayur ni digoreng sebab ranggup, nice one...


Ikan kerapu masak masam manis...


Telur dadar..


Mix Vege...


and last Lemon fried chicken..

Mmm...thats all for now, till then..

Monday 25 March 2013

Yemen Food (Restorant Wadi Hadramawt)

Assalamualaikum w.b.t..
Macam biasa setiap kali pergi makan sedap2 dan macam2 jenis makanan mesti nak kongsi dengan visitor's saya, so today saya makan Yemen food, tak jauh bezanya macam nasi arab yang lain jugak and it is so tasty yummy~ nasi dia dahlah lembut + dengan ayam dia yg cukup rasa dan cukup lembut jugak so tak payah nak guna pisau kalau nak potong, u just take the ayam guna fork aja..so jom tengok apa yang saya sempat ambik~


tengah hujan time ni..







kitorang makan chicken mandi kalau saya tak silap and im not so sure why they call it chicken mandi, maybe all the chicken get bath first kot before diorang ni kena masak..hahaha just jocking (^___^)v but this is so good and i like it..



see the chicken? MasyaAllah thanks to Allah for this food...


Salad..



Arabic herb tea, besar sudu dari gelas, so cute, mau tambah banyak kali ni sebab tak puas minum..haha


and last kitorg makan their bread + curry ayam, curry dia a bit masam and like it too (^___^)



sooo thats all for now, till then :)

Thursday 21 March 2013

Sanah Helwa (20.03.1985)

Assalamualaikum w.b.t..
Dah tua dah...usia dah makin meningkat, semoga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk terus berjuang meningkatkan lagi kesabaran dan iman setinggi usia saya pada tahun ini insyaAllah..and to those yang hari kelahirannya jatuh pada 20 hb march...sanah helwa from shaqzspixca (^___^)v




Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.
Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap ujian yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepada kami…. Tetapi terlalu sedikit pengabdian kami terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang kami alpa, kami lupa. Kami silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungi kami walaupun terkadang kami kalut merunggut ketika saat-saat lemah kami datang. Kami tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan kami ya Allah apabila kami merintih nasib kami di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus kami mengadu? Kami tidak pernah menyesali kewujudan kami ini ya Allah… namun kami hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya kami kurang kesabaran. Ada masanya kami goyah keimanan. Ada masanya kami terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarik kami kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia bagini….. Kami ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Kami ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini Kami ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ini yang kami inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, kami takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah kami… bimbinglah kami sentiasa agar kami mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Hakim,berikanlah kami kejayaan di dunia dan akhirat.Beratilah ilmu yang Engkau kurniakan kpd kami dan jadikanlah kami beramal dengan ilmu-ilmu kami.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir kami kepada Alam Kematian…. Semakin dekat kami dengan Alam Kubur… semakin takut kami terhadap Hari Pembalasan… izinkan kami dalam usia yang semakin sedikit ini kami mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk kami jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Kami ingin menjadi anak, bapa dan suami yang soleh ..

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untuk kami… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah kami yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Terimalah pemohonan hamba-hamba Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin.

Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum w.b.t..
so harini shaqzspixca nak share dengan visitor saya pasal cuti-cuti malaysia ni dan tempat2 menarik yang pernah saya lawati dan bakal dilawati, untuk maklumat lanjut just copy paste je nama tempat2 tu dan paste kat Mr.Google k..so untuk post kalini nak cerita pasal berjalan-jalan bawak family makan angin, kes kitorang ni satu family dah kembung sebab duk makan angin je kejenya..hahaha
tadi baru dapat disscount ticket dari maybank untuk LEGOLAND malaysia..thanks to my friend sebab bagi kami 2 ticket untuk 8 orang masuk LEGOLAND malaysia...so saya kategorikan kepada 2, "jalan2 besar" dan "jalan2 kecik" jalan2 kecik ni jalan2 dalam Malaysia, jalan2 besar ni jalan2 luar Malaysia..meh tengok gamba excited wife saya..hehe


tengoklah punya gumvira dapat ticket sampai ticket terbalik pun tak perasan...


so untuk jalan2 kecik bulan 4 ni kami ada 3 tempat untuk dilawati, 
first place is~

KAMALODGE CAFE & RESORT

Kamalodge Taiping ni dekat kampung halaman wife saya, dekat je ngan rumah mak perak, apa yang menarik kat sini is dia betul2 dekat Tasik Taiping dan berdekatan dengan tempat2 untuk kita beriadah dan buat aktiviti dengan anak2 serta keluarga, dekat dengan zoo taiping, tempat naik kuda dan kat tasik tu boleh kayuh bot itik pi round satu tasik..haha



GRAND LEXIS PORT DICKSON

Sec place ni tempat wajib dilawati kami & our family, saja bawak anak2 jalan PD mandi laut + boleh tangkap ketam tau, nanti kalau berkesempatan saya snap pic kami tangkap ketam guna chopstick..haha yang menariknya dekat sini hotel dia atas laut + ada private pool untuk setiap bilik, bolehlah kalau nak rehat2kan badan kalau datang sini..


LEGOLAND JOHOR BAHRU

last place untuk bulan 4 ni is Legoland malaysia, this is our first time ke Legoland tau, alang2 dapat disscount ticket, pegi je la sebab tamat tempoh untuk ticket dari maybank ni akhir bulan 4 so before tarikh tu InShaaAllah sampailah kami dekat sini..


sooo thats all for now, till then (^___^)v
untuk pertanyaan boleh inbox kat chatbox ya..

Just a little bit more

Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah nak update jugak pasal jahit manik pada tudung ni, so far dah banyak jugak yang siap, uishh kalini pantas tak macam sebelum2 ni..hahaha ikut mood je kalau nak menjahit ni, tp kalini tarikh wedding dia pun awal bulan 6, InShaaAllah boleh siap ni tinggal sikit je lagi..so jom tengok, ok tak?







yup thats all for now :) tQ

Tuesday 19 March 2013

Kebahagiaan milik DIA


Orang paling bahagia ialah mereka yang merasa bahagia melihat orang lain bahagia, kebahagiaan didalam hati kita, jadi buatlah keputusan untuk bahagia, bahagia dengan Allah maka manusia lain juga akan merasa kebahagiaan dengan kita, apabila kita dapat kasih sayang Allah, akan dapat kasih sayang manusia InShaaAllah.

.Prof Dr Muhaya Mohammad.

Jahitan Manik dan tudung 2013

Assalamualaikum w.b.t...
aktiviti shaqzspixca dimasa lapang ( ambik masa waktu malam bila anak2 dah tido..haha )
sambungan daripada cerita new project for big day 2013, jahitan manik pada tudung untuk hari perkahwinan customer saya pada bulan 6 ni InShaaAllah, dan Alhamdulillah dah siap sikit pun and InShaaAllah when it is ready dah siap, i will show u guys ok...for now snap mane2 yg siap aja (^___^)v


this is the design, just lakar2 untuk dapatkan idea..


haaa...yang ni box complete dengan alatan2 berperang saya untuk kes jahitan manik ni, bukan stakat ada box full of make-up ( for as MUA not for me lah ) je tau...haha and tu warna tudung dia, sweet je kan colour dia..


yang ni sample glass pearl yang saya guna dan nak match colour dia..so far number 26, 27 dengan 1 tu baru guna, tinggal nak beli pearl pink je..


masa mula2 nak start..


yang ni dah banyak jugak da buat, customer sy ni nak manik tebal so nantikan hasilnya ok (^___^)v
thats all for now, till then ya..