Followers

Thursday, 16 February 2012

Knowing The Royal (Malaysia)

Assalamualaikum w.b.t...
Harini saya nak cerita sikit serta berkongsi dengan semua tentang negeri-negeri Beraja di Malaysia ni, so visitor's shaqzspixca yg dari luar Malaysia pun boleh tahu info2 berkenaan Royal family di Malaysia ni..insyaAllah.

Panji-panji Diraja



Di bawah saya sertakan senarai 9 negeri yang Beraja dan sedikit info bagi setiap negeri di Malaysia.

Negeri Selangor Darul Ehsan (1)




D.Y.M.M. Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj


merupakan Sultan Selangor ke-9 yang memerintah negeri Selangor sejak 21 November 2001 berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Pemerintahan : 21 November 2001 hingga kini
Keputeraan : 24 Disember 1945 Klang, Selangor.


Pertabalan


Majlis pertabalan diadakan pada 22 November 2001 di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang. Tengku Idris Shah kini bergelar D.Y.M.M. Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Istiadat pemasyhuran diraja turut dihadiri Tengku Panglima Diraja Selangor selaku Ketua Istiadat Diraja. Lain-lain ialah Tengku Sulaiman Shah; Tengku Aris Temenggong, Tengku Muhamad Yusuf Shah dan Orang Kaya To' Engku Maha Bijaya Hulu Langat, Datuk Abdul Rani Datuk Shamsuddin. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo membacakan pengisytiharan pemasyhuran di bawah 30 (2) Bahagian 1, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Tengku Idris Shah sebagai Sultan Melayu pertama menaiki tahta tanpa mempunyai permaisuri sejak negara mencapai kemerdekaan.


Memakai Destar SETANJAK BALUNG RAJA

Destar daripada jenis kain songket berwarna kuning ini adalah pakian hulu rasmi D.Y.M.M. Sultan selangor. Ia dipakai oleh Sultan Selangor dalam majlis adat istiadat Diraja Negeri Selangor seperti istiadat Pertabalan, Hari Keputeraan dan lain-lain. Reka bentuk destar ini diambil daripada Tengkolok Balung Ayam dari Negeri Perak, setelah terjalin perkahwinan diraja di antara Negeri Selangor dan Negeri Perak.

Negeri Terengganu Darul Iman (2)




D.Y.M.M. Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

adalah Sultan Terengganu yang ke-16. Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13, ketua perlembagaan Malaysia mulai 13 Disember 2006 hingga 12 Disember 2011.

Yang di-Pertuan Agong ke X111 : 13 Disember 2006 – 12 Disember 2011
Pertabalan : 26 April 2007

Pemerintahan Terengganu

Baginda telah dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda bagi Negeri Terengganu Darul Iman pada 6 November 1979, dan kemudiannya di lantik sebagai Pemangku Raja pada 20 Jun 1986 dan kali keduanya dari 20 Oktober hingga 8 November 1990.
Pada  28 Mac 1996, baginda telah diijabkabulkan dengan Sultanah Nur Zahirah. Istiadat Perkahwinan Diraja ini telah dilangsungkan di Istana Maziah,Kuala Terengganu.
Pada 15 Mei 1998, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan takluknya.

Memakai Destar TANJAK BELALAI GAJAH

Destar Belalai Gajah adalah pakaian rasmi bagi D.Y.M.M. Sultan Terengganu. Destar ini diperbuat daripada kain songket bunga penuh berwarna kuning.Daun pada bahagian atas depan destar ini dibentuk secara menggulung ke atas, seakan-akan seekor gajah sedang melambung belalainya. Bahagian bawahnya pula terdapat tiga takuk lipatan dan pucuk destar yang disebut sula diletakkan pada sebelah kanan, melambangkan pemakainya adalah seorang raja.

Negeri Pahang Darul Makmur (3)




D.Y.M.M. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah

yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketujuh, memerintah negara dari 26 April 1979 sehingga 25 April 1984.
Sultan Haji Ahmad Shah telah diputerakan di Istana Mangga Tunggal di Pekan, Pahang pada 24 Oktober 1930.

Keputeraan : 24 Oktober 1930, Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang

Sultan Pahang

Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Tengku Hajah Afzan binti Tengku Muhammad pada 22 April 1954. Pasangan diraja itu dikurniakan tujuh orang anak, dua orang putera dan lima orang puteri. Selepas kemangkatan Tengku Afzan pada 29 Jun 1988, Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Sultanah Hajah Kalsom pada 14 Mac 1991 dan dikurniakan seorang putera.
Sultan Haji Ahmad Shah telah menjadi Ketua Lembaga bagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak Februari 1983.

Memakai Destar TANJAK LANG MENYONGSONG ANGIN PAHANG

Di Negeri Pahang Darul Makmur terdapat beberapa jenis detsar yang pernah dipakai oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Tanjak Lang Menyongsong Angin yang diperbuat daripada kain songket yang berwarna natarnya biru kundang bersulam benang kencana ini adalah pakain hulu rasmi yang dipakai oleh D.Y.M.M. Sultan Pahang pada masa sekarang. dari segi nama, ia sama dengan Tengkolok Lang menyongsong Agin dari Perak, tetapi destar Pahang berbeza dari segi reka bentuknya yang melonjong ke atas.

Negeri Kedah Darul Aman (4)




Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

(lahir 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (1970 - 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011).

Yang di-Pertuan Agong

Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara September 1965 dan September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepasTuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.
Baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan Malaysia iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak. Tunku Abdul Rahman merasakan beliau tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.
Pada November 2006, Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bermula Disember 2006 hingga Disember 2011. Beliau merupakan sultan ketiga memegang jawatan ini dua kali, selepas Tuanku Ja’afar dari Negeri Sembilan dan Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu.
Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah.
Pada 12 dan 13 Oktober 2011, Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-225 telah memutuskan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bakal menggantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 mulai 13 Disember 2011.
Bermula pada 13 Disember 2011 yang lalu, baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-14, sekaligus menjadi sultan pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong dua kali dan yang tertua ditabalkan (84 tahun). Yang di-Pertuan Agong tertua sebelum baginda ialah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dari Selangor, yang ditabalkan di usia 73 tahun.

Memakai Destar TENGKOLOK SULTAN KEDAH

Pakaian hulu D.Y.M.M. Sultan Kedah Darul Aman ini adalah ikatan baru yang berasakan kepada ikatan Dendam Tak Sudah dari Negeri Sembilan. Ikatan ini dicipta setelah terjalin perkahwinan diraja antara Negeri Kedah dan Negeri Sembilan. Destar daripada kain songket berwarna hitam ini adalah pakain hulu rasmi baginda. Daun lambaian kasihnya menghala ke kanan manakala pucuk destar yang melambangkan kuasa terletak sebelah kiri, yang menunjukkan pemakainya adalah raja yang memerintah.

Negeri Kelantan Darul Naim (5)




D.Y.M.M. Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra

merupakan Sultan negeri Kelantan Darul Naim ke-28. Baginda mula menaiki takhta pada tahun1979 sehingga 14hb September 2010, menggantikan ayahanda baginda iaitu al-Marhum Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ismail Petra.

Keluarga

Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra mempunyai dua Kakanda iaitu Tengku Rozan dan Tengku Salwani .DYMM Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid, merupakan Raja Perempuan Kelantan. Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra yang sering gering menyebabkan baginda gagal menjalankan sebahagian daripada tugas mentadbir negeri mamaksa Anakanda baginda, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra di naikkan tahkta sebagai Sultan Kelantan yang baru.
Baginda dianugerahi empat orang cahaya mata iaitu Yang Teramat Mulia (YTM) Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra, merangkap Tengku Mahkota Kelantan, Yang Amat MuliaTengku Muhammad Fa-iz Petra lbni Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra lbni Sultan lsmail Petra dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri lbni Sultan lsmail Petra.

Pemangku


Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra

(lahir 6 Oktober 1969) adalah Sultan Kelantan ke-29, yang dimasyurkan pada 13 September2010 bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah. Sebelumnya baginda bergelar Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra, merupakan putera sulung Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra. Baginda mempunyai 3 orang adinda iaitu Yang Amat Mulia (Tengku Mahkota) Tengku Muhammad Faiz Petra lbni Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra lbni Sultan lsmail Petra, dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri lbni Sultan lsmail Petra.

Tengku Mahkota

Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra telah ditahktakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985. Pada 24 Mei 2009, baginda kemudian dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan, setelah ayahanda baginda Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Memakai Destar DESTAR KETAM BUDU

Destar jenis ini merupakan ikatan hulu yang dipakai oleh Sultan Kelantan dan pembesar di Negeri kelantan, perbezaanya hanya pada warna natar kain destar dan sedikit bentuk bunga pucuk dibahagian atas depan kepala yang menyerupai bunga mekar. Ikat kepala ini dapat dikenali dengan mudah kerana ikatannya menutup seluruh bahagian kepala pamakai, tidak seperti jenis-jenis destar lain yang terdapat Semenajung Malaysia.

Negeri Sembilan Darul Khusus (6)






D.Y.M.M. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman


Al-Marhum Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman (19 Julai 1922 - 27 Disember 2008) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesepuluh. Baginda telah diputerakan pada 19 Julai 1922 di bandar diraja Klang, Selangor. Baginda merupakan putera kedua bagiYang di-Pertuan Agong yang pertama.

Keputeraan : 19 Julai 1922, Klang, Selangor.

Kemangkatan

Empat bulan selepas kemangkatan adinda baginda, Tunku Abdullah, Tuanku Jaafar mangkat pada pukul 11.45 pagi hari Sabtu, 27 Disember 2008 di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban pada usia 86 tahun kerana serangan angin ahmar. Dilaporkan bahawa baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi. Pihak hospital tersebut telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr. Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr. K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku. Jenazah baginda telah dibawa keIstana Hinggap Seremban untuk majlis penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara dan dimakamkan pada 28 Disember 2008.
Almarhum baginda telah ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai. Istiadat pemakaman jenazah Almarhum baginda diadakan pada 29 Disember 2008 selepas solat asar iaitu apabila istiadat pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah berlangsung untuk menitahkan bermulanya istiadat pemakaman. Tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda juga dilaksanakan selama 40 hari, bermula hari kemangkatan baginda.
Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan. Semua majlis rasmi kerajaan telah ditangguh dalam tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian juga ditangguhkan selama tujuh hari.


Pemangku




Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir


(lahir 14 Januari 1948) adalah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11. Baginda merupakan satu-satunya putera daripada enam orang adik beradik kepada pasangan Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar ke-9 dan pasangan baginda, Tunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.

Tempoh pemerintahan : 29 Disember hingga kini.

Yang di-Pertuan Besar

Tuanku Muhriz akhirnya dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 29 Disember 2008 di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Istiadat pemasyhuran itu dilakukan oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak mengikut Adat Perpatih yang dibawa dari Pagar Ruyung, Sumatera, Indonesia.

Pemilihan pengganti dibuat antara Putera Yang Empat iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tuanku Panglima Besar Tunku Nazaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar. Tunku Naquiyuddin pernah menjadi pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.Tunku Imran dan Tunku Nadzaruddin turut dipertimbangkan sebagai calon Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.

Turut hadir ialah kesemua putera Almarhum Tuanku Ja’afar, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar; Tunku Muda Serting, Tunku Imran Tuanku Ja’afar; dan Tunku Panglima Besar, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar ,Undang Luak Jelebu, Datuk Musa Wahab; Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman; dan Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abdul Gani. Lain-lain ialah Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al Qadri; kerabat diraja Negeri Sembilan; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta pemimpin negeri.

Memakai Destar DESTAR DENDAM TAK SUDAH

Di Negeri Sembilan istilah destar disebut DETA sahaja. Destar daripada songket berwarna kuning ini adalah pakain hulu rasmi D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sewaktu memakainya, kedudukan pucuknya yang dipanggil tunas kasih harus diletakkan tepat dia atas mata kiri dan daun lambaian kasihnya pula dihalakan ke arah kanan. Cara ini menunjukan pemakainya adalah raja yang memerintah negerinya.

Negeri Perak Darul Ridzuan (7)




D.Y.M.M. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullah

yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan. Baginda merupakan Sultan dari negeri Perak Darul Ridzuan. Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari 26 April 1989 - 25 April 1994
Baginda dilahirkan pada 1928 di Batu Gajah, Perak. Baginda adalah anakanda Sultan Yussuf Izzuddin Shah.

Keputeraan : 19 April 1928, Batu Gajah, Perak.

Pertabalan Sultan

1 Julai 1983 Dewan Negara Perak memahkotakan baginda Raja Muda Perak . Ketika itu baginda masih lagi memegang jawatan sebagaiKetua Hakim Negara Malaysia.
3 Februari 1984 baginda melepaskan jawatan Ketua Hakim Negara setelah dilantik menjadi Sultan Perak berikutan kemangkatan Sultan ldris Shah.
3 Februari 1984 dimahsyurkan sebagai Sultan Perak ke-34 . 9 Disember 1985 ditabal sebagai Sultan Perak secara rasmi.

Sultan Perak

Raja Azlan Shah telah ditabalkan sebagai Raja Muda Perak oleh ayahanda saudara baginda, Sultan Idris Almutawakkil Alallahi Shah II pada 1 Julai 1983 berikutan kemangkatan Raja Muda Musa II ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz
Enam bulan kemudian, Sultan Idris mangkat lalu Raja Azlan Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang ke-34 pada 3 Februari 1984. Pada 9 Disember 1985, Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Ghafarullahu-lah Shah ditabal sebagai Sultan Perak ke-34 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia. Tuanku Bainun binti Mohamad Aliturut ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Perak. Kini, baginda menetap di Istana Kinta, Ipoh dan hanya pulang ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar apabila majlis rasmi.

Memakai Destar TENGKOLOK AYAM PATAH KEPAK

Destar berwarna putih bersulam benang perak yang diberi nama Ayam Patah Kepak ini adalah pakaian hulu rasmi khusus untuk D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan masa kini. Dalam etika berpakaian adat istiadat Melayu, warna menggambarkan kedudukan atau status sosial seseorang. Putih adalah warna khusus untuk Raja Perak manakala kuning adalah untuk D.Y.A.M. Raja Muda dan warna hitam untuyk D.Y A.M. Raja Hilir Perak.

Negeri Johor Darul Takzim (8)





D.Y.M.M. Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail al-Khalidi

DYMM Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail al-Khalidi (8 April 1932-22 Januari 2010) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan mulai 26 April 1984 hingga 25 April 1989. Baginda mewarisi takhta ayahandanyaSultan Ismail ibni Sultan Ibrahim untuk menjadi Sultan Johor ke-24 berikutan kemangkatan ayahandanya pada tahun 1981.
Seperti nendanya Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, kebebasan buah fikiran Sultan Iskandar adakalanya menimbulkan ketegangan hubungan dengan kerajaan persekutuan Malaysia, lebih-lebih lagi ketika bertakhta Yang di-Pertuan Agong, ketika baginda sendiri terlibat dalam beberapa peristiwa yang menarik perhatian awam. Meskipun demikian, Sultan Iskandar terkenal kerana keprihatinan baginda terhadap rakyat jelata, dan daripada itu disanjung tinggi oleh ramai, khususnya orang Melayu dan Orang Asli.
Sultan Iskandar juga digeruni sebagai pendisiplin tegas yang sanggup meluahkan pendapat peribadi mengenai perihal kerajaan. Dari segi peribadi, rakyat taklukan yang pernah menghadap Sultan Iskandar pada akhir hayat baginda menyifatkan baginda sebagai insan yang ramah mesra dan pemurah. Bagaimanapun, suatu ketika ada pihak yang mendapati Sultan Iskandar bersifat panas baran, dengan merujuk kepada catatan peristiwa pahit sepanjang hayat baginda, termasuk dilucutkan pangkat Tunku Mahkota oleh ayahandanya pada tahun 1961, di samping beberapa tindakan jenayah yang dikatakan berlaku dari 1970-an hingga dan 1990-an yang tersiar dalam akhbar sehingga memarahkan orang awam.
Sewaktu muda dahulu, Tunku Iskandar lebih dikenali dengan nama beriannya iaitu "Mahmud" atau nama penuhnya "Mahmud Iskandar". Sungguhpun nama "Mahmud" itu tidak dipakai lagi semenjak baginda naik takhta pada ahun 1981, namun sesetengah pihak masih memanggil nama penuh "Mahmud Iskandar" sekali-sekala.

Keputeraan : 8 April 1932, Istana Semayam, Johor Bahru.
Kemangkatan : 22 Januari 2010

Pemangku


Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar

adalah Sultan Johor ke-25 dan merupakan sultan ke-5 dari Wangsa Temenggong dan dilantik pada 23 Januari 2010 selepas ayahandanya (Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail) mangkat pada 22 Januari 2010.

Sultan Johor

Pada 23 Januari 2010, perlantikan Sultan Johor dijalankan berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895. Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan perlantikan itu di Istana Besar Johor Bahru pada pukul 10.21 pagi. Mengikut tradisi Kesultanan Johor, baginda mengangkat sumpah sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim.

Pemerintahan : 23 Januari 2010 hingga kini
Keputeraan : 22 November 1958, Johor Bahru.

Biodata

Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmood Iskandar diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Baginda merupakan anak sulung daripada 10 adik-beradik. Ibunya isteri pertama Sultan Iskandar, Kalsom binti Abdullah (nama asal Josephine Ruby Trevorrow). Kemudian ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981. Pada 25 April 1984 semasa Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-8, baginda telah dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor.

Negeri Perlis Darul Sunnah (9)




D.Y.M.M. Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

(lahir: 1943) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kedua belas. Baginda merupakan Raja yang memerintah Negeri Perlis Indera Kayangan sejak 24 April 2002 hingga sekarang.Baginda diputerakan di Arau, Perlis pada 17 Mei 1943. Baginda merupakan putera kedua daripada 10 putera dan puteri Almarhum Tuanku Syed Putra Jamallulail dan Tengku Budriah Tengku Ismail.
Pemerintahan baginda bermula dari 13 Disember, 2001, lebih awal dari yang dijangkakan jurus selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Agong yang sebelumnya, Sultan Salahuddin yang juga merupakan Sultan Selangor. Penggal pemerintahan baginda berakhir pada 12 Disember 2006.
Baginda ditabal menjadi Raja Muda Perlis pada 30 Oktober 1960 ketika 17 tahun.
Baginda menjadi Raja Perlis pada 17 April, 2000, selepas ayahandanya mangkat, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, menjadi Raja sejak 1945. Baginda berumahtangga dengan Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Permaisuri Agong, anakanda kepada Tengku Abdul Rashid ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari Terengganu, dan isterinya, Tengku Kembang Puteri binti Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan.

Diputerakan : 17 Mei 1943 (umur 68) Arau, Perlis.

Pemangku


D.Y.T.M. Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

merupakan Pemangku Raja Perlis sekarang yang merupakan anak kepadaRaja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail dan Raja Permaisuri Perlis, Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid. Baginda Tuanku Syed Faizuddin di lahirkan pada tanggal 30 Disember 1967.

Perlantikan

Baginda telah dilantik sebagai Pemangku Raja Perlis pada 12 Disember 2001 selama lima tahun apabila DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-12 Persekutuan Malaysia.Tuanku Syed Faizuddin telah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai Canselor Universiti Malaysia Perlis yang pertama pada 1 September 2003 .

Memakai Destar TENGKOLOK DENDAM TAK SUDAH

Tengkolok Dendam Tak Sudah digunakan sebagai pakaian hulu rasmi D.Y.M.M. Raja Perlis, Warna natarnya hujau, manakala lipatannya sebanyak lima takuk bernama lipatan daun palas.

Monday, 13 February 2012

My New PET in Da House

Assalamualaikum w.b.t...
Salam pertemuan lagi kita kalini, agak busy sket lately sbb menguruskan dan membuat persiapan serta berbelanja sana sini untuk Big Day my little sister yg last dalam family, insyaAllah nanti saya post entry khas pasal persiapan Wedding adik bongsu saya..tapi harini nak kongsi cerita berkenaan haiwan belaan dirumah, sy suka bela binatang yang exotic2 ni, binatang yang duduk dalam air kalini kiranya replace balik yang sebelum ni mati sebab kena gigit dengan Aligator Gar saya yang sememangnya dari besar jari telunjuk je, tapi kini dah besar lengan kanan saya ok!..saya ada bela Gar warna brown gold dengan white silver..


cerita dia camni..lepas je first stingray saya tu mati, sampai lunyai badan dia gena gigit dengan brown gold gar tu, kalau yang white gar ni tak aggressive sangat, lepas tu pegi la cari kat 2 3 kedai pet shop ataupun kat aqua pet heaven macam dekat2 area rumah ni ke, ataupun yang dekat Mid Valley tu, tapi mahal la stingray dia, seekor dalam Rm295, so one day, ada sorg member baik sy ni bgtau ada satu tempat jual ikan, dia cakap saya mesti suka punya kalau pegi tempat ni, so saya follow la dia pegi tempat tu, dekat Jalan pasar pudu..bila sampai je memang menggila sikit sebab tengok banyak ikan2 yang dia jual, semuanya tepi2 jalan je, yg bestnya dia bungkus atau letak ikan2 tu dalam plastic yang ada oxigen, ataupun dalam besen2 kecik warna biru...sambil2 jalan jumpa satu kedai kecik ni yang jual stingray...huhuuu gembiranya hati, sebab memang dah lama cari, murah pulak tu (bolehla kan drpada Rm295 tuuu...) so i bought 2 of them, male and female stingray, 1 just for Rm140 je....Alhamdulillah~ so jom tengok gamba2 yang saya sempat snap guna Galaxy tab 7 inch ya, xsempat nak bawak baby Eos30D..hehe jom!

Freshwater Stingray

Saltwater Stingray

Apa yang membezakan Freshwater ngan Saltwater Stingray ni is dia punya Dot2 kat badan tu and dia punya bentuk kepak dia, yang saya beli ni Freshwater Stinray so boleh sekalikan dengan Gar fish white silver saya (^___^)






Yang kanan tu Female, yang kiri male, warna dia gelap sikit, don't have a name yet but will soon (^__^)
ini Tank sementara waktu sebab alang2 nak pindah rumah, so tank yang besar tengah basuh balik then nak hias balik semua benda kat dalam macam pasir, kayu, batu dan tumbuh-tumbuhan...

Gambar yang lebih jelas

so till then, bersambung lagi kita dengan cerita2 yang menarik dr saya nanti...

Thursday, 9 February 2012

Permaisuri-Permaisuri Malaysia yang Menerima dan Menyandang Darjah Kebesaran Luar Negara

The Order Of The Sacred Treasure Japan.

Penyandang :
Almarhum Sultanah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Grand Cordon Of The Order Of The Precious Crown (Japan)

Penyandang :
Almarhum Tengku Budriah Binti Almarhum Tengku Ismail.
YMM Tengku Ampuan Tua Terengganu Tuanku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja.
DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun Binti Mohamed Ali.
DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

The Orders Of Diplomatic Service Merit 1st Class (Korea)

Penyandang :
YMM Tengku Ampuan Tua Terengganu Tuanku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja.

The Most Illustrious Order Of Chula Chom Klao (Thailand)

Penyandang :
Almarhum Tengku Budriah Binti Almarhum Tengku Ismail.
Almarhum Sultanah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun Binti Mohamed Ali.
DYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
YAM Permaisuri Siti Aishah Binti Abdul Rahman.

Darjah Kerabat Brunei Yang Amat Dihormati (D.K.) - Brunei Darussalam

Penyandang :
YMM Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid.
YAM Tunku Puan Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad.

Grand Cordon Of The Royal Order (Cambodia)

Penyandang :
DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Order Of The Golden Hearts Philippines

Penyandang :
YMM Tengku Ampuan Tua Terengganu Tuanku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja.

Order Of The Stars Of Mahaputra Adipurna 1st Class

Penyandang :
Almarhum Sultanah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Order Of The Pleiades (Iran)

Penyandang :
Almarhum Sultanah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
YMM Tengku Ampuan Tua Terengganu Tuanku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja.

The Order Of Merit Of The Italian Republic

Penyandang :
DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

The Order Of Isabella The Catholic (Spain)

Penyandang :
DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

The Order Of Merit Of The Federal Republic Germany

Penyandang :
YMM Tengku Ampuan Tua Terengganu Tuanku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja.

Order Of The Tudor Vladimirescu 1st Class (Romania)

Penyandang :
Almarhum Tengku Ampuan Afzan Binti Almarhum Tengku Muhammad Perang.