Followers

Tuesday, 2 April 2013

Kamalodge Taiping

Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah dah selesai first trip kami ke kamalodge taiping, sangat berpuas hati dengan penginapan kami disini, tempat bersih dan selesa dengan scenery yang tenang dan damai..bukan itu sahaja, makanan yang disediakan jugak alhamdulillah sangat2 sedap dan harga dia pun berpatutan (kalau tau dr dulu sedap, selalu singgah kat cafe kamalodge ni kalau balik rumah mak perak) hahaha.. thanks to Dato Kamal dan tahniah juga dekat beliau sebab dapat sediakan kawasan penginapan yang sangat cantik dan selesa malahan saya juga sangat bangga sebab ada juga penginapan orang melayu di kawasan tasik taiping ni..






Ibu ngan Muhammad Thaqif Uwais, masa baru sampai and baru nak check-in bilik


di kawasan lobby, snap gambar sambil tunggu kunci bilik..



This is our room, room type Deluxe Super, dapat kat atas, boleh la exercise sikit, sebabnya bilik semua penuh, tapi lucky jugak kalini dapat bilik, kalau tak tu setiap kali call mesti full. :)




suasana dalam bilik..




haaa...yang bestnya tu setiap kali pegi mana2 mesti Muhammad Thaqif Uwais yang rasmikan dulu katil..haha











saya nak suggestkan kepada family yang nak bercuti, datanglah ke kamalodge ni sebab apa?
sebab tempat dia yang strategik dan dekat dengan tempat2 untuk dikunjungi dan beriadah disamping jauh ke dalam kawasan hutan dan jauh dari kesibukan kota kan...gituh~

Kamalodge ni dekat dengan apa ya?


Taman Tasik Taiping..


Zoo Taiping.. alamak kantoi, flabby belly...tidakkk!! haha


ATV ride for adults and kids, siap ada track kedalam hutan tau, naik motor tayar 4 tu...adventure ok!


tempat naik kuda..ala2 zorro, sape fefiling zorro boleh la dtg sini..hehehe


Burmese Pool @ mandi manda kat sungai


Maxwell Hill @ ala2 cameron highland...sejukk


Galeri Penjara Taiping, xtau pulak apa ada kat sini sebab tak pernah pegi kan...


and last Muzium Perak...

semuanya tempat2 ni sangat la dekat and kalau jalan kaki pun sampai kecuali maxwell hills tu kena mendaki lah..haha


aktiviti malam, siap2 untuk makan sotong kangkung sebelah bomba..





family kak lang, kalini bawak satu family jalan2 taiping, sampai jugak korg ek..hehe
keesokkan paginya anak2 semua bangun awal and mintak nak mandi kolam...macam biaselah~







sis lang and my wife nahdatul solehah


Muhammad Syamil & Muhammad Iqbal



shower dia melekat kat pokok...santek je kan :)


sambil tengok diorang mandi, kitorang mengisi kat cafe dulu..hehe




payah tau nak dapat kek aiscream ni, tapi kat kamalodge semua kek dia kek aiscream..well just nice dengan mood fefagi ini~


sandwich + kentang goreng...gemokla den, but this is very gooood~







Surat yang ditulis khas buat Dato' Kamal dari Tun Dr Mahathir Mohamad


Alhamdulillah lucky me sebab sempat bergambar dengan Dato' kamal malahan dapat lagi borak2 dengan beliau, orangnya sangat humble dan baik, peramah, mula2 malu jugak tapi sebab cara beliau berborak dengan saya dah macam berborak dengan kawan dia so thats saya rasa selesa dan memuji sikap orang2 melayu kita macam Dato' kamal ni sendiri, ajak ambik gambar pun malu..haha bangga ada orang melayu seperti beliau, tahniah dan terima kasih Dato' for everything, nanti boleh datang sini lagi InShaaAllah (^___^)v..

so thats all for now, jangan lupa bawak family datang sini ya..till then...

KAMALODGE TAIPING

owned & manage by
Kamatravel & tours Sdn. Bhd.
No. 7, Lot 4584, Jalan Bukit Larut,
34000 taiping, Perak Darul Ridzuan.
Tel: 605-8061777 / 605-8062777
Email: kamatrav@streamyx.com

No comments:

Post a Comment