Followers

Showing posts with label Baking Cake. Show all posts
Showing posts with label Baking Cake. Show all posts

Monday, 28 October 2013

Ayam masak merah, Pavlova dan banjir

Assalamualaikum w.b.t...
Macam biasalah bila sabtu ahad datang lagi...kalau tak keluar bawak budak bulat dua orang ni jalan-jalan, kami me and my wife akan main masak-masak je kat rumah, untuk harini wife request AYAM MASAK MERAH kat saya...nyum2 terliur pulak kan sebab dah lama tak masak lauk ni, so masak lah...but then saya pon ada nak request kat wife saya untuk buat PAVLOVA...sebelum ni memang tak pernah makan and rasa pon pavlova ni...sian kan...duk tengok je la dalam tv and internet ataupun blogger-blogger yang rajin memasak....alhamdulillah dapat jugak rasa pavlova harini...so mintak tolong dia buatkan sebagai pencuci mulut katanya..so apa lagi masa untuk menyepahkan dapor lah..hahahaha



so for me this is simple sebab dah biasa masak ayam masak merah ni dan juga menjadi kegemaran budak bulat dan juga ibu bulat...haha and a simple sayur2ran yg diadded baby tomato..for ayah...menggatah aja lah jawabnya...huuuu
untuk bahan-bahan dan cara-cara nak membuatnya boleh email or sms saya ya...memang tak hafal..nanti saya minta resepi kat wife saya...hehehe
tapi memang sangat menarik pavlova ni...so jom tengok gambar-gambar yang sempat saya snap (^___^)v..


for starting ini bahan-bahan dia...mix semua dalam mixer, untuk telur hanya guna telur putih sahaja...




kena bakar dalam oven and tunggu selama 1 jam...lama kan...


walla~ dah siap...then beralih ke wip cream dia pulak..




sambil-sambil mix susu pekat ni sampai dia jadi cream sambil-sambil wife saya potong buah untuk nak deco kat atas dia nanti..




ok...siap semua and its time untuk mendeco kasi umphhh!!











lepas dah siap buat ni pnyalah happy sampai senyum ke telinga kooo...haha tQ ibu (^___^)
pastu apa lagi share la kat semua gamba2 pavlova ni...
tengah2 nak share tu teringat kat Acik saya yang duduk nun jauh dekat semenyih...saya pun share la...pastu dia pun balas...uiii sedapnya..haha terliuq kata dia...lepas tu...

tiba-tiba acik send meseg BANJIR...saya pon terkejut jugak sebab dalam tahun ni, kawasan kelapa sawit depan rumah dia dah jadi lapang dah, sebab ada projek nak naikkan rumah katanya, dan pernah berlaku banjir lumpur dah lebih kurang 2 3 kali jugaklah...tapi kalini yang paling teruk...


dengar cerita habis ayam-ayam yang pakcik bela...sebabnya masa air naik agaknya ayam-ayam tu nak lari so masuk la dalam reban, lepas tu tinggi pulak air tu naik sampai nak dekat bumbung reban tu, acik cerita pakcik masuk la dalam air lumpur tu keluarkan sekor-sekor ayam mati...sedih pulak denganya...kalau saya tak send gambar pavlova tu kat acik gerenti dia pon x cakap n saya pon mesti tak tau yang banjir teruk dekat semenyih..rumah acik kat bahagian atas, rumah alang kat kawasan bawah so sampai masuk dalam dapur..



masa siang ni memang tak dapat nak pergi sebab tunggu abah balik dari seremban, dia pon dah call ajak pergi sama, so malam lepas solat magrib terus gerak ke semenyih...
memang teruk banjir lumpur kalini, sampai bomba, polis dan Tv3 pon datang sini interview pakcik..
masa datang tu pun ingat nak tolong, tapi dah ramai yang datang, sian jugak kat org kampung yang kena teruk sampai satu bende pon tak dapat nak diselamatkan...

kalau nak dikatakan memang ujian dari Allah...tapinya ini pon atas kesilapan manusia jugak, buat projek tapi salurkan air ke kawasan kampung...pandai2 lah korg yg ada projek mega2 ni fikirkan dan laksanakan ganti rugi yang sepatutnya...kesian dekat orang-orang yg kena musibah...fikir-fikirkan..

so thats all for now..

Tuesday, 7 May 2013

Bila sabtu ahad datang lagi

Assalamualaikum w.b.t...
macam biasa, bila sabtu ahad datang lagi, tak banyak nak cerita tapi kalini ibu Muhammad syamil yang masak sebab ayah busy sikit, menu untuk hari sabtu & ahad ( Mee hoon sup ) dan menu untuk hari isnin, dapat cuti dari MB selangor ( Ketam masak kari, Udang masak tempoyak dan kek Red Velvet )
so sorry tak sempat nak temu ramah wife saya so xda resepi untuk kalini, InShaaAllah next time saya post entry untuk share resepi ya (^___^)v..


tak cukup lagi ni, kacang belum goreng lagi, kitorang kalau makan mee hoon sup mesti ada kacang goreng, baru sedap..hehe


yang ni fav saya.. kari ketam ibu syamil~ nyum2



haaaa...haha messy ok..yang ni ibu mesti dah pening sebab ada assistant kecik tolong buat kek dan tolong sepah kan bahan2 kek..hahaa


bancuhan Red Velvet, yang bawah ni wip cream dia + cheese...sodap eyyy..



so ni ja gamba yang sempat ambik, the res tu part makan sampai habis ja..haha
so thats all for now...

Monday, 13 August 2012

Baking Time! (^___^)v

Assalamualaikum w.b.t..
Bulan-bulan puasa ni teringin pulak la nak makan kek, tapi kek buatan sendiri, sebab lagi sedap, resepi turun temurun..jehehe sooo ape lagi pagi2 terus pergi beli barang2 untuk nak buat kek..


So inilah dia, barang2 keperluan, mixer tu kena ade dua (senang keje) sebab satu untuk buat whipe cream, satu lagi untuk buat adunan kek, barang2 lain seperti, ising sugar, tepung, butter, telor, creamwell untuk buat whipe cream, pewarna, vanilla essence dan susu cair.. + penimbang, penapis dan bekas/acuan.








ok for first buat whipe cream dulu..



masukkan creamwell dalam mixer, pastu biar dia pusing sampai creamwell tu kembang, bila dah kembang masukkan butter sikit demi sedikit sampai dia betul2 cair dan sebati, lepas tu masukkan ising sugar dan mix (high speed) sampai betul2 sebati dan kembang, sambil2 buat whipe cream, mixer yang satu lagi tu kita buat adunan untuk kek, first sekali masukkan putih telor yang disaingkan dari kuning telur 10 biji, mix sampai kembang, lepas dah kembang asingkan dalam satu bekas, then masukkan pulak adunan untuk kek...




untuk adunan kek ni, masukkan butter dulu dalam mixer, adun sampai sebati, lepas butter dah sebati, ambik tepung dan ising sugar (ditapis sampai halus) lepas tu masukkan sikit demi sedikit dalam mangkuk mixer yang ada butter tadi...lepas semua dah sebati masukkan pulak vanilla essence tadi satu tutup, lepas tu masukkan 9 sudu susu cair...and step yang seterusnya, sambil tunggu adunan tadi, sediakan acuan atau bekas untuk letak adunan tadi dan sediakan jugak pewarna sebab kalini nak buat kek kaler2 bia selera sikit nak makan...hehehe




Acuan tadi tu kita sapukan dengan butter, sikit je, guna tangan pun xpe yg penting jaga kebersihan yer...
lepas dah letak butter, sediakan bekas untuk letak adunan dan pewarna..lepas tu kacau3 sampai sebati setiap pewarna yang kita letak tadi...lepas dah settle mewarnakan adunan tadi, kita tuang la adunan tu dalam semua acuan kecik2 yang saya letak butter tadi...



lepas dah settle semua, last sekali masukkan la dalam over, bakar atas bawah, suhu dalam 180 hingga 200, bakar selama 45 minit..dan hasilnya~ beli gamba ana muslim dan angry bird, then buat sikit decoration dekat atas dia, yang paling tinggi tu kitorg punya, yang lain2 tu untuk anak2 buah + mak pak dia skali..hehe





so sekian (^___^)v...