Followers

Showing posts with label Kongsi RESEPI. Show all posts
Showing posts with label Kongsi RESEPI. Show all posts

Wednesday, 6 May 2015

KONGSI RESEPI Umai Udang

Assalamualaikum w.b.t..
harini nak share resepi baru dapat, baru balik dari sarawak katanya...
this is one of sarawak food yang saya suka...and sampai balik rumah pun buat 2 3 kali dah resepi ni, simple ja..lets


this was called umai by sarawak people, umai ni boleh guna isi udang and some dorang guna isi ikan, haaa isi ikan next time kalau buat saya share ya...

bahan-bahan untuk buat umai ni is :~

isi udang ( orang-orang sarawak guna udang-udang kecik untuk buat umai ni but this time saya guna udang besa sikit, puas makan :p haha ) isi udang ni ikut la berapa banyak or ikut hidangan berapa orang makan...

limau kasturi ( limau ni pulak, kalau tengok umai ni, dia berkuah kan so limau kena guna banyak sebab limau ni penting untuk kasi masak isi udang tu tadi, bila buh limau ni..orang sarawak kata kena peram dia dalam masa 1 hari, kiranya buat pagi ni esok baru makan )

bawang merah ( ikut suka nak banyak mana, but ikut banyak isi udang tadi lah, some suka bawang banyak some nak buh sikit, so ikut masing2 punya selera )

halia ( ni pun penting gak kasi umai ni wangi sikit so that tak bau hanyir udang tu tadi, hiris kecik2, kalau boleh sesedap rasa lah, jangan terlalu banyak, takot pait pulak umai ni nanti )

cili ( kalau kat sarawak depa guna cili hantu sarawak, pedas mak aiii minta nyawa, kalau kat kita guna cili api je lah pun dah cukup, ikut citarasa jugak, kalau nak pedas...buh la banyak sikit )

cara-cara dia senang ja :~

gaulkan semua bahan-bahan ni tadi dalam 1 bekas bertutup, pastikan isi udang ni tenggelam tau dalam bekas tu, masukkan dalam peti ais then tinggalkan semalaman...esok baru boleh makan...yess~

NOTA :~

kat rumah saya buat banyak-banyak umai ni, boleh juga guna untuk masakan2 lain contohnya saya masak maggie mesti buh umai ni, huuhh sedapp, masam oiii...dan lain2 juga..

selamat mencuba ya (^___^)v

Friday, 28 March 2014

Kongsi Resepi

Assalamualaikum w.b.t..

harini nak share resepi best just for kids pon boleh kalau kita nak makan pon boleh jugak...
makan macam tu ja boleh or dengan nasi...mee dan lain-lain

OMELETTE JAGUNG
bahan-bahan

Telur 5 biji
mayonis
susu full cream
jagung
bawang besar
garam secukupnya


cara penyediaan

sangatlah mudah
panaskan minyak masak atau minyak olive oil dengan api yang agak perlahan...minyak letak banyak sedikit, jangan terlalu kurang...

1) pecah dan kacaukan telur 5 biji dalam mangkuk
2) cincang bawang besar 1 biji...potong dadu dan masukkan ke dalam mangkuk telur dan kacaukan
3) ambik mayonis satu sudu besar dan campurkan
4) masukkan susu full cream satu cawan dan kacaukan hingga semua sebati ( mayonis tidak berketul tapi hancur dan sebati dengan telur )
5) masukkan jagung dan kacau
6) masukkan garam secukupnya.. ( garam ikut rasa masing2 kalau masin sikit sedap sebab dia dah lemak kan so masinkan sedikit sahaja )
7) masukkan campuran tadi dalam kuali dan kacau perlahan-lahan...pastikan permukaan bawah tak terlalu garing dan hangus...so kena biarkan...then kacau...ulang2..

untuk omelette saya ni saya buat hancur so tak payah nak potong-potong...

lepas dah masak...hidangkan dan sedia untuk menjamu selera..haha selamat mencuba ya
sedap ooo...kalau anak-anak kita suka boleh tambahkan bahan lagi ( TOMATO ) lagi sedap sebab ada masam-masam tomato kan...

selamat mencuba (^___^)v

Wednesday, 26 March 2014

Salmon for dinner

Assalamualaikum w.b.t..

 nyum-nyum...salmon lagi...tahun 2014 ni tahun salmon la...haha
not sure apa jenis salmon ni tapi yg kami beli tu memang ini la rupa dia...next time nak tengok jenis apa and nama dia..haha



kuat melompat salmon ni...dia berenang lawan arus untuk cari kawasan yang air dia tenang ja untuk bertelur...apa lagi...asked la Mr google...tapi akhirnya lompat ke kuali juga u salmon..huhu
meat dia sedap, lemak and berkhasiat toooo~


my wife recipe...best serve with lemon tau...so can cut the fat...




(^___^)v

Monday, 24 March 2014

diet dan salmon

Assalamualaikum w.b.t..

kalau nak cerita pasal diet ni...huuuuhh...orang yang diet ja boleh jawab...how hard it is...haha
tapi alhamdulillah im getting better than before...ini sekadar berkongsi cerita dengan semua...berat saya yang boleh dikatakan paling berat dulu is 130 kg...masa tu memang la sangat besooooooooo...tudia...haha seksa sebenarnya badan besar ni...tambah-tambah we dont know kan and who will know bila penyakit akan serang our body...bukan kata kalau kurus mesti sihat punya and tak ada penyakit..nooo...just kita yang kena jaga and kawal...tapi kalau berbadan besar ni lagi la...macam-macam penyakit yang datang kan...nauzubillah mohon Allah pelihara dan jauhkan dari segala penyakit...so jadual saya sekarang everyday mesti pagi pergi jogging...dulu masa first start memang la sangat malas...tapi once u start memang la payah nak berhenti..huhu best sebenarnya jogg ni...badan jadi ringan...so masa mula2 dulu memang tak boleh nak berlari...lari sikit letih...but now alhamdulillah boleh berlari ( slowly bukan la laju sangat, sebab lutut pun kena jaga kan ) now kalau berlari 4 round non stop...track bukan pendek kat taman tasik ni..hahaha ok la tu kan...
lebih kurang dekat setahun lebih la berdiet ni start bulan 2 tahun 2013 sampai sekarang ni 24 mac 2014...apa yang saya amal kan? haa boleh la click sini ~> DIET  kat ...inshaaAllah.. good luck guys (^___^)v caiyok2!


latest me...24 Mac


ok...salmon punya cerita...im lucky...haha pasal ibu preggy ni asyik makan salmon ja so also good for me..haha sambil2 menyelam kan sedut la ayo tuuu...huhu













For this recipes boleh dapatkan dekat colum belah kanan blog ni..label and tajuk KONGSI RESEPI..

best of luck...till then (^___^)v..

Monday, 17 March 2014

Kongsi Resepi

Assalamualaikum w.b.t...

harini teringin nak makan spagett~
hrmm...gini la style kalau saya la yang masak...haha layan kan saja...

























Monday, 28 October 2013

Kongsi Resepi

Assalamualaikum w.b.t...
untuk yang berdiet jom kita try resepi dari saya ni...
hopefuly sedap la yer...haha

MACARONI SUP AYAM



Untuk bahan-bahan dia mudah sahaja..

Minyak Olive Oil
Bawang merah
Bawang putih
Halia
serbuk lada
ayam
tauhu
tauge
baby tomato
sup bunjut
garam
(bahan-bahan ni banyak dia ikut keperluan berapa ramai yg makan ya)

cara-cara membuat dia pun senang...

untuk macaroni, rebus air biasa dan letak garam sedikit dan rebus macaroni ni tadi seketika..
langkah seterusnya~

1. Blendkan bawang merah + bawang putih + halia
2. Tumiskan semua bahan-bahan yang diblend tadi hingga naik bau
3. Lepas dah naik bau masukkan serbuk lada dan tumis lagi
4. masukkan air panas ikut sukatan berapa banyak nak buat + masukkan sup bunjut
5. Lepas semua dah sebati masukkan ayam dan rebus
6. masukkan tauhu dan tomato
7. last sekali baru masukkan tauge
8. lepas semuanya termasuk ayam dah nampak agak masak, toskan macaroni tadi dan masukkan ke dalam bekas kuah sup dan rebus sekali
9. rebus hingga macaroni tadi agak lembut
10. Hidang dan sedia untuk dimakan..

selamat mencuba ya (^___^)v

Ayam masak merah, Pavlova dan banjir

Assalamualaikum w.b.t...
Macam biasalah bila sabtu ahad datang lagi...kalau tak keluar bawak budak bulat dua orang ni jalan-jalan, kami me and my wife akan main masak-masak je kat rumah, untuk harini wife request AYAM MASAK MERAH kat saya...nyum2 terliur pulak kan sebab dah lama tak masak lauk ni, so masak lah...but then saya pon ada nak request kat wife saya untuk buat PAVLOVA...sebelum ni memang tak pernah makan and rasa pon pavlova ni...sian kan...duk tengok je la dalam tv and internet ataupun blogger-blogger yang rajin memasak....alhamdulillah dapat jugak rasa pavlova harini...so mintak tolong dia buatkan sebagai pencuci mulut katanya..so apa lagi masa untuk menyepahkan dapor lah..hahahaha



so for me this is simple sebab dah biasa masak ayam masak merah ni dan juga menjadi kegemaran budak bulat dan juga ibu bulat...haha and a simple sayur2ran yg diadded baby tomato..for ayah...menggatah aja lah jawabnya...huuuu
untuk bahan-bahan dan cara-cara nak membuatnya boleh email or sms saya ya...memang tak hafal..nanti saya minta resepi kat wife saya...hehehe
tapi memang sangat menarik pavlova ni...so jom tengok gambar-gambar yang sempat saya snap (^___^)v..


for starting ini bahan-bahan dia...mix semua dalam mixer, untuk telur hanya guna telur putih sahaja...




kena bakar dalam oven and tunggu selama 1 jam...lama kan...


walla~ dah siap...then beralih ke wip cream dia pulak..




sambil-sambil mix susu pekat ni sampai dia jadi cream sambil-sambil wife saya potong buah untuk nak deco kat atas dia nanti..




ok...siap semua and its time untuk mendeco kasi umphhh!!











lepas dah siap buat ni pnyalah happy sampai senyum ke telinga kooo...haha tQ ibu (^___^)
pastu apa lagi share la kat semua gamba2 pavlova ni...
tengah2 nak share tu teringat kat Acik saya yang duduk nun jauh dekat semenyih...saya pun share la...pastu dia pun balas...uiii sedapnya..haha terliuq kata dia...lepas tu...

tiba-tiba acik send meseg BANJIR...saya pon terkejut jugak sebab dalam tahun ni, kawasan kelapa sawit depan rumah dia dah jadi lapang dah, sebab ada projek nak naikkan rumah katanya, dan pernah berlaku banjir lumpur dah lebih kurang 2 3 kali jugaklah...tapi kalini yang paling teruk...


dengar cerita habis ayam-ayam yang pakcik bela...sebabnya masa air naik agaknya ayam-ayam tu nak lari so masuk la dalam reban, lepas tu tinggi pulak air tu naik sampai nak dekat bumbung reban tu, acik cerita pakcik masuk la dalam air lumpur tu keluarkan sekor-sekor ayam mati...sedih pulak denganya...kalau saya tak send gambar pavlova tu kat acik gerenti dia pon x cakap n saya pon mesti tak tau yang banjir teruk dekat semenyih..rumah acik kat bahagian atas, rumah alang kat kawasan bawah so sampai masuk dalam dapur..



masa siang ni memang tak dapat nak pergi sebab tunggu abah balik dari seremban, dia pon dah call ajak pergi sama, so malam lepas solat magrib terus gerak ke semenyih...
memang teruk banjir lumpur kalini, sampai bomba, polis dan Tv3 pon datang sini interview pakcik..
masa datang tu pun ingat nak tolong, tapi dah ramai yang datang, sian jugak kat org kampung yang kena teruk sampai satu bende pon tak dapat nak diselamatkan...

kalau nak dikatakan memang ujian dari Allah...tapinya ini pon atas kesilapan manusia jugak, buat projek tapi salurkan air ke kawasan kampung...pandai2 lah korg yg ada projek mega2 ni fikirkan dan laksanakan ganti rugi yang sepatutnya...kesian dekat orang-orang yg kena musibah...fikir-fikirkan..

so thats all for now..