Followers

Friday, 28 March 2014

Kongsi Resepi

Assalamualaikum w.b.t..

harini nak share resepi best just for kids pon boleh kalau kita nak makan pon boleh jugak...
makan macam tu ja boleh or dengan nasi...mee dan lain-lain

OMELETTE JAGUNG
bahan-bahan

Telur 5 biji
mayonis
susu full cream
jagung
bawang besar
garam secukupnya


cara penyediaan

sangatlah mudah
panaskan minyak masak atau minyak olive oil dengan api yang agak perlahan...minyak letak banyak sedikit, jangan terlalu kurang...

1) pecah dan kacaukan telur 5 biji dalam mangkuk
2) cincang bawang besar 1 biji...potong dadu dan masukkan ke dalam mangkuk telur dan kacaukan
3) ambik mayonis satu sudu besar dan campurkan
4) masukkan susu full cream satu cawan dan kacaukan hingga semua sebati ( mayonis tidak berketul tapi hancur dan sebati dengan telur )
5) masukkan jagung dan kacau
6) masukkan garam secukupnya.. ( garam ikut rasa masing2 kalau masin sikit sedap sebab dia dah lemak kan so masinkan sedikit sahaja )
7) masukkan campuran tadi dalam kuali dan kacau perlahan-lahan...pastikan permukaan bawah tak terlalu garing dan hangus...so kena biarkan...then kacau...ulang2..

untuk omelette saya ni saya buat hancur so tak payah nak potong-potong...

lepas dah masak...hidangkan dan sedia untuk menjamu selera..haha selamat mencuba ya
sedap ooo...kalau anak-anak kita suka boleh tambahkan bahan lagi ( TOMATO ) lagi sedap sebab ada masam-masam tomato kan...

selamat mencuba (^___^)v

No comments:

Post a Comment