Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah..selesai jugak trip yang ke 2 untuk bulan empat ni, cuma yang tertangguh hanya ke Grand Lexis PD sebab sekarang ni sibuk dengan job untuk promosi ikan bagi pihak malaysia, xpe2 nanti saya postkan berkenaan itu ya, tapi sekarang ni jom saya nak kongsi dan cerita pengalaman saya sekeluarga ke johor bahru, ceh pengalaman gituh..haha
Alhamdulillah jugak sebab akhirnya ada jugak PAPAGO in da house, sekian lama "buta jalan" la ni eksen sikit sebab dah ada papago dalam kereta, pecut terus tak pandang kanan kiri termasuk signboard dah..hehe alhamdulillah.. this is our family trip yang ke 2 macam yang saya plankan.
so kami gerak dalam pukul7 pagi, berhenti dekat RnR untuk had our breakfast and then kami teruskan perjalanan, dari tol kajang mengambil masa dalam 3 jam lebih dan kami sampai di johor Nusanjaya dalam pukul10 lebih, tu dia punya pecut tu, tapi nak cakap, cari jalan untuk ke LEGOLAND ni boleh tahan jugak la meraban walaupun puan kepada Papago membebel go right go left sebab dalam papago memang tak ada LEGOLAND ok, so ikut je lah Papago punya direction ke nusanjaya sambil tengok signboard, nanti at the end ada jugak signboard yang tulis LEGOLAND.
macam yang saya katakan kami pakai voucher dari maybank so rate asal adult Rm140 - discount voucher = Rm91, tapi mari kita share apa yang kita KENA BAWAK tambah2 ada anak kecik2 ni..memang seronok tak terkata tapi Allahuakbar, syukur pada Allah..panas tak terkata, kita jangalah cerewet sangat, kalau panas bising, kalau hujan je bising sebab terbantut aktiviti. tapi alhamdulillah sebab time kami pergi ni memang panas, tapi hujan renyai2 so alhamdulillah masih boleh berjalan2 kan. first saya cadangkan to all parent mesti bawak PAYUNG, TOPI, MINI FAN dan kalau boleh bawak AIR MINERAL yang mencukupi and kalau boleh bawaklah makanan sendiri untuk anak2 kita, makanan dari rumah or beli, sebab makanan dalam LEGOLAND ni boleh tahan jugak harga dia, but its all depends on your choice ok. apa yang rasa selesa kalau tak nak angkut banyak barang, and one more thing lagi STROLLER bawak lah yer, tak larat nak dokong anak2 kita tambah2 cuaca panas..
berhenti duduk kejap, sebab sat hujan sat panas..
tu dia punya besar payung yang kitorg bawak, and in our case baby thaqif uwais tak nak duduk dalam stroller ya, sebab dia pon macam dah besar je nak menikmati pemandangan didalam legoland ni so vivik la kena dokong, ayah tukang ambik gamba and macam biasa baby EOS30D i left behind lagi sebab untuk nak handle Muhammad syamil and baby thaqif bertukar-tukar tangan, sebab vivik sorang je pun memang tak larat kan lagilah cuaca panas macam ni, ataupun its time for vivik to ride on, haaa pegang la baby thaqif sat, ok la tu kan..
cuaca kejap hujan renyai renyai kejap panas sampai pipi Muhammad syamil pun dah naik merah..haha
he enjoy his ride tambah2 naik kuda..memang fav dia la..
yang ride ni Muhammad syamil tukang tengok tambah gelak, vivik punya part tarik sampai naik la ke atas..
Muhammad thaqif uwais pulak dok geram je nak pegang benda tu benda ni so ibu bagilah dia pegang kangaroo tu then ayah snap..
muka excited walaupun tengah panas..haha
haaaa ni ada satu tips lagi, disebabkan cuaca panas masa ni kan, kepala pun agak2 fening2 lalatz dah so me and my wife naik ride ni, kompom basah ok!! tapi dapat cool down kan sikit temperature badan, dan2 duk basah kuyup terus hilang sakit kepala, try la dulu baru tau..hehe
so its time to eat, makan yang ringan2 je untuk alas perut sebab sebelum datang dah breakfast dulu,
then masa dalam legoland ni berhenti satu tempat then makan biskut, roti and air soya yang kitorg bawak, tp boleh tahan jugak rate makanan dia kat dalam legoland ni.
disetiap tempat ada disediakan kawasan untuk anak2 bermain kalau ada yang mana2 tak lepas ketinggian tu so bawak la dorg kat side ni sementara tunggu kita atau yang lain naik ride kan..
so untuk yang ride ni ayah kena tinggal sebab teman baby thaqif uwais..haha
Muhammad syamil belajar driving sampai past, pastu dapat lesen memandu from legoland..
so last sekali apa lagi, shopping time la dekat big shop ni..
Muhammad syamil usha pelik, ibu ngan siape la agaknya ni? haha
so at one side dalam big shop ni dia ada buat banyak2 bekas ala2 jual candy la, tapi yang ni penuh dengan lego, macam2 jenis dan warna, ibu eksyen2 je tu sebab dia geram tengok lego tu colourfull sangat..
soo dalam pukul5 kami dah gerak balik dah, kami gerak awal sebab cuaca agak panas jugak, takut baby thaqif tak tahan kan, so next destination to Gelang Patah to our hotel.
Muhammad syamil berposing kejap..dia nak naik tapi masalahnya pandai ke so just berposing je lah..
sebelum sampai dekat kereta ktorg singgah dekat booth coolblog jap, nak sejukkan badan dengan air blended dia..nyum2
then set Mr Papago to Gelang Patah..alhamdulillah arrive safely, masa check in bilik tu minta akak kat reception tu bagi bilik yang palinnnnngggggg dekat skali, last dapat yang memang dekat sangat dengan reception..hahaha dah tak larat dah nak angkut barang, Muhammad thaqif pun dah heavy macam bag..hehe
so apa lagi, lepas je solat then kami semua terus tidoooo...zzzZZZ~
masa malam tu, decide nak makan dekat restorant thai yang hanya bersebelahan dengan bangunan the Vintage hotel ni je, macam2 ada, memudahkan la kan.. saya oder kuey tiow goreng pedas + air barli (untuk menyejukkan badan..gituh!) my wife makan nasi goreng padprik + air barli jugak, vivik makan nasi goreng chili afii + air limau, Muhammad syamil pulak nasi goreng cina + telur mata + air milo, dia extra sikit..haha the food was good tambah2 ada booth otak2 dan alhamdulillah syukur to Allah for the food (^___^)..then sebelum nak tido, lepak2 dulu berborak sampai bengkak mata then semua zzzzZZZzz~
keesokan paginya bangun awal, check out awal sebab our plan is to TUNE HOTEL near Danga Bay untuk beli ticket bas ke Universal Studio Singapore akhir bulan 5 ni InShaaAllah, bilik kat Tune dah settle tinggal bas je so after settle beli ticket kami teruskan perjalanan ke PREMIUM OUTLET JOHOR BAHRU and hav our breakfast there so lepas dah settle kemas2 barang, check out then set Mr Papago to Danga Bay and Senai if im not mistaken..masa keluar dari hotel tu hujan sangat lebat, MasyaAllah tQ Allah. so drive dalam hujan but still nampak jalan, sampai je kami di PREMIUN OUTLET tu hujan pun dah berhenti, Alhamdulillah tahu2 je kami nak berjalan for the first time jejak kaki kat sini..then terus heading ke food court dia to hav our breakfast..
my wife, vivik and Muhammad syamil pergi beli makanan, me and Muhammad thaqif duduk kat meja makan je sambil sangkut toy untuk baby thaqif main so that tak melalak cari ibu dia..haha
lepas settle je terus buntangkan mata untuk bershopping..haha
so jom lah kita layan gamba2 yang saya sempat snap (^___^)v...
but first, the person yang most excited saya lah sebabnya dalam entry saya yang terdahulu saya ada bagitau yang saya sedang mencari Bags yang sesuai untuk lelaki kan..haaa jom kita tengok..
bila dah puas berjalan sambil belek2 + shopping2 jumpa pulak outlet FOSSIL, and have many3 bag untuk lelaki ok..nyum2..haha
nampak tak tu? men's bag's 40% off..banyak pilihan lagi waaaaa fening2 lalatz balik ni...
so dok belek2 bag2 tu jumpa jugak satu yg berkenan..
so saya beli and the price was affordable..and i pick 1 olso for ibu Muhammad syamil bag + purse..Alhamdulillah dapat dah satu..
mine and ibu syamil punya..
lepas dah habis shopping, we went back home but first we decide untuk berhenti dekat cibiuk to hav our lunch there..
masa sampai tu rupanya Jalan-Jalan Cari Makan tengah shooting kat cibiuk so apalagi sempatlah Muhammad Syamil bergambar dengan pengacara latest JJCM Qi Qushairi..
soooo thats all for now guys..till then and tQ for reading ya (^___^)v...