Followers

Saturday, 14 January 2012

Kemangkatan dua orang puteri kesayangan rakyat jelata pada tahun ini 2012

Assalamualaikum w.b.t...
Pada 12 Januari 2012 rakyat negeri Pahang telah dikejutkan dengan kemangkatan kekanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang ( kemangkatan YAM Tengku Sri Nila Utama Tengku Ampuan Ainon Jamil Almarhum Sultan Abu Bakar)




YAM Tengku Sri duduk di kerusi paling kanan, sementara KDYMM Sultan Hj. Ahmad Shah di kerusi sebelah kiri disamping ayahanda, Almarhum Sultan Abu Bakar (berdiri, kiri) dan bonda, Almarhumah Tengku Ampuan Besar Raja Hajjah Fatimah

YMM Almarhum Tengku Ampuan Besar Raja Fatimah Almarhum Sultan Sir Alang Iskandar Shah.
Bonda Tercinta YAM Tengku Sri Nila Utama dan KDYMM Sultan Pahang.

Dan pada 13 Januari 2012 selang sehari selepas kemangkatan kekanda DYMM sultan pahang. Rakyat negeri Johor telah dikabarkan dengan berita kemangkatan puteri bongsu Almarhum Sultan ismail Al-Khalidi dan Almarhumah Sultanah Aminah iaitu Yang Amat Mulia Tunku Tun Maimunah Binti Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi,D.K.,P.I.S.



D.Y.M.M. Almarhumah Sultanah Aminah Binti Almarhum Ungku Ahmad (Bonda)

YAM Tunku Tun Maimunah (atas Bondanya Sultanah Aminah - disebelah kanan) bersama Almarhum Sultan ismail Al-Khalidi dan Almarhumah Sultanah Aminah

Setinggi-tinggi takziah kepada seluruh kerabat Diraja Pahang di atas kemangkatan
YAM Tengku Sri Nila Utama Tengku Ampuan Ainon Jamil Almarhum Sultan Abu Bakar.
1976 - 12 Jan 2012

Dan setinggi-tinggi takziah kepada seluruh kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan
YAM Tunku Tun Maimunah Binti Almarhum Sultan Ismail.
1939 - 13 Jan 2012.

Semoga roh mereka sentiasa dicucuri Rahmat dan sentiasa didalam jagaanNya...aminn



Wednesday, 11 January 2012

Planning and Budget for trip to New Zealand 2012 (part4)

Assalamualaikum w.b.t...
Bersambung lagi cerita pasal planning dan budget ke New Zealand tahun 2012 ni...Alhamdulillah, step by step n semuanya dah selesai, atas kerja sama kawan2 yg baru "kenal" dekat korea haritu, kalini trip sama2 ke New Zealand pulak...so semua document2 penting dah sy compilekan jd satu file + extra file (Universal Studios Singapore) akhir bulan 3 ni..insyaAllah mintak2 semuanya berjalan dengan lancar..so untuk trip tahun ni, saya, wife dan my little son Muhammad syamil akan ke LANGKAWI dulu 20 jan 2012 hingga 24 jan 2012...then trip to SINGAPOREuniversal studio's, seterusnya JAKARTA~BANDUNG dan akhir sekali NEW ZEALAND.




New Zealand

Untuk trip ke New Zealand, ktorg dah kenal pasti tempat2 dan perjalanan nanti kat sana bedasarkan hotel yang dah kami tempah n confirmed...Tempat tinggal (hotel) + Kereta untuk 9 hari dan 8 malam, Alhamdulillah dah settle...perjalanan kami start from Christchurch (1 malam) ~ Fairlie (2 malam) ~ Dunedin (1 malam) ~ Te Anau (1 malam) ~ Queenstown (2 malam) ~ Franz Josef (1 malam) ~ n patah balik ke Christchurch (1 malam) last day...

South Island of New Zealand map

Air Asia Travel Itinenary 


Ini budget untuk bilik kat setiap tempat yang kami akan lawat nanti...Alhamdulillah dah settle, kos pun boleh tahan, sangat2 berpatutan...untuk kos satu malam, kami dapat dalam Rm50 paling rendah dan yang paling tinggi pun dalam Rm78 (seorang).. 

Ini jenis-jenis bilik kat tempat2 yang berlainan..

Untuk kereta, disebabkan kami semua dah sepakat tetapkan laluan perjalanan nanti, (ala2 round satu South Island tu) so we decided untuk swicth driver for 1 car...so semua ade 3 biji kereta dan 2 org driver untuk setiap kereta nanti...boleh tahan jugak laluan perjalanan dia nanti...



So ni dia kereta yang akan saya hire nanti, EP Toyota Previa 2.4ltr, 8-seater...dalam satu kereta ni ada 4 adult + 2 children...so biak luas sikit sbb nak jalan jauh...harga pun boleh tahan, NZ666 = Rm1'165.00 untuk 9 hari + Insurance sekali..so kalau bahagi 4 orang = Rm416.25 (seorang)...murah kan? :p hehehe...
Alhamdulillah...semuanya dah settle...so next is aktiviti kat sana nanti...akan datang...so insyaAllah, akan bersambung di Part 5 nanti...till then (^___^)v by2...

Tuesday, 10 January 2012

Canselor University Dikalangan Raja Permaisuri Malaysia


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Malaysia
Tuanku Hajah Haminah Bt Haji Hamidun
CANSELOR MANAGEMENT AND SCIENCE UNIVERSITY (MSU)





Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Darul Iman
Sultanah Nur Zahirah
CANSELOR UNVERSITI SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)






Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan
Tuanku Bainun Bt Mohd Ali
CANSELOR UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)






Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan 
Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.
CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)






Yang Amat Mulia Tunku Puan Johor Darul Takzim
Tunku Puan Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad.
CANSELOR UNVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
Sehingga 2011





Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Johor Darul Takzim
Tuanku Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.
CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
bermula tahun 2011






Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan 
Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.
CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
bermula tahun 2011





Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Darul Makmur
Sultanah Hajah Kalsom Binti Abdullah.
CANSELOR UNIVERSITI LIM KOK WING






Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis Indera Kayangan
Tengku Fauziah Binti Amarhum Tengku Abdul Rashid.
CANSELOR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)





Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah 
Sultanah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
CANSELOR UNIVERSITI MALAYA (UM)