





Posted by ShaqzsPixca (^___^)v at 12:11:00 PM 0 comments























Posted by ShaqzsPixca (^___^)v at 11:32:00 AM 0 comments
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Posted by ShaqzsPixca (^___^)v at 12:45:00 PM 0 comments









Posted by ShaqzsPixca (^___^)v at 10:56:00 AM 0 comments
Posted by ShaqzsPixca (^___^)v at 12:28:00 PM 0 comments




Posted by ShaqzsPixca (^___^)v at 12:01:00 PM 0 comments











Posted by ShaqzsPixca (^___^)v at 12:53:00 PM 0 comments
1. Photographer
~ Big Day @ Wedding
~ Engagement
~ Outdoor
~ Model photoshoot
~ Pre-wedding
2. Make-up for bridegroom
3. Dowry for both side
4. Henna art
5. Wedding Apparel
6. Wedding invitation card
7. Dress Design for wedding and special occasion
Shafeeq @ Shaqzspixca
Email me at : Shaqzs@yahoo.com Please sms me ur full name and contact number
(Niat: Permulaan segala Amalan)
Daripada Amirul Mukmin Abu Hafs Umar bin al-Khattab r.a, aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kpd Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrahnya itu. (Riwayat al-Bukhari dan muslim)
(Jangan membebankan diri)
Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Permudahkanlah, janganlah menyusahkan, tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri dari kamu." (Riwayat al-Bukhari dan muslim)
(Berhati-hati menyampaikan ilmu)
Daripada Jarir bin Abdullah al-bajali r.a, Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang mengadakan ikutan yang baik dalam islam, ia mendapat ganjaran amalan itu dan ganjaran orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun. Dan siapa yang mengadakan ikutan yang buruk dalam islam, ia mendapat dosa daripada amalan itu dan dosa orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun." (Riwayat Muslim)
(Melakukan amalan secara berterusan)
Daripada Aisyah r.ha., Nabi s.a.w. bersabda: "Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit." (Riwayat al-Bukhari dan muslim)
(Kedudukan sifat malu)
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda: "Malu adalah sebahagian daripada iman, dan iman adalah di syurga." (Riwayat al-Tirmizi)
(Golongan yang mendapat naungan Allah)
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Tujuh golongan , Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya: Imam yang adil. > pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah. > Insan yang hatinya terpaut dengan masjid. > Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah. > Insan yang diajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik lalu ia berkata 'Sesungguhnya aku takutkan Allah. > Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya. > Insan mengingati Allah secara bersunyian lalu berlinangan air matanya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
(Ketinggian Darjat orang yang benar)
Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Peniaga yang benar dan jujur akan bersama-sama dengan para nabi, golongan siddiqin (benar) dan para syuhada." (Riwayat al-Tirmizi)
(Keutamaan bersabar)
Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Nabi s.a.w bersabda: "Seseorang itu tidak dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sabar." (Riwayat al-Bukhari)
(Tidak berlemah lembut adalah sifat tercela)
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak dicabut sifat berbelas kasihan melaikan daripada orang yang jahat." (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
(Meninggalkan keraguan)
Daripada al-Hasan bin Ali bin Abu Talib r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu. Sesungguhnya kebenaran adalah ketenangan, dan pembohongan adalah keraguan." (Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)
(Membalas perkataan dan perbuatan yang baik)
Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu, berilah balasan yang setimpal kepadanya. Jika kamu tidak mendapati (suatu yang setimpal untuk membalasnya), berdoalah sehingga kamu mengetahui bahawa kamu telah membalasnya (mengulangi doa sehingga kamu menyangka bahawa haknya telah ditunaikan)." (Riwayat Abu Daud dan la-Nasa'i)
(Kekuatan diri yang sebenar)
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Bukanlah orang gagah itu, orang yang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
(Menyembunyikan sedekah)
Daripada Abu Ummah al-Bahili r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Bersedekahlah secara sembunyi 'memadam' kemarahan Tuhan." (Riwayat al-Tabrani)