Followers

Monday 30 April 2012

Coming Soon!!

Assalamualaikum w.b.t...
Haaa...entry yang seterusnya ni about my little sister's Big wedding day...
it is all about my touch (make-up by shaqzspixca) wedding dress design, ada 3 dress + design, and the wedding day, insyaAllah bila gambar2 dr our photographer dah siap nanti sy trus post semua dalam blog..nantikan (^___^)v


me...berdiri paling kanan sekali, my wife, duduk and paling kanan sekali.. (^___^)

Saturday 21 April 2012

Derma Darah

Assalamualaikum w.b.t...
20 April, hari jumaat...Alhamdulillah sebab Tuhan dah tunaikan hajat sy yang dah dr dulu lg mmg niat nak menderma darah..dah lama sangat dah sy "ternak" sel2 darah dalam badan ni, dah cukup matang kot..hahahaa..first untuk nak menderma darah ni, ada asstnce dr pihak hospital akan check dulu condition dan tentukan darah kita ni jenis apa, so sy berdarah "O" semua jenis darah boleh menerima darah "O" ni sendiri, tp saya  tak boleh menerima darah dr jenis2 yang lain kecuali dari jenis "O" sendiri, but Alhamdulillah, bukan setakat saya, isteri dan anak lelaki saya jugak dari darah yang jenis "O"..





bagi saya, dengan menderma darah ni jugak adalah salah satu amalan dan cara kita bersedekah, Berdoa dan sentiasa memohon semoga dengan saya bersedekah cara ini, Tuhan akan beri kesihatan yang berkekalan kepada tubuh badan saya, dan semoga pengguna ataupun orang2 yang memerlukan mendapat manfaat daripadanya...aminn

Friday 20 April 2012

Crown Prince of Malaysia (Pewaris Takhta Raja-Raja Melayu)

Assalamualaikum w.b.t...
Seperti mana yang semua ketahui, di Malaysia terdapat 9 buah negeri yg mempunyai Sultan atau Raja, Raja-raja ini dipilih secara keturunan dan akan memerintah seumur hidup di negeri masing2.

Pemerintahan negeri digelar Duli Yang Maha Mulia (DYMM) atau His Royal Highness (HRH),
bagaimanapun, kedudukan pemerintahan yang dikatakan sebagai seumur hidup adalah tertakluk dibawah Undang-Undang Tubuh Negeri masing-masing. Seseorang DYMM Sultan/Raja boleh hilang hak memerintah negeri tersebut atas sebab-sebab yang tertentu, contohnya seperti menghidap kecacatan fizikal dan mental secara berpanjangan dan hilang keupayaan atau tidak berupaya atau tidak efektif lagi untuk memerintah.

Seseorang Sultan/Raja juga boleh dengan sukarela mengundurkan diri atas apa juga alasan untuk meninggalkan takhta.

Dalam sistem monarki di malaysia, lazimnya seseorang DYMM Sultan/Raja akan melantik seorang Bakal Raja dari kalangan siapa sahaja waris terdekatnya seperti anak lelaki atau adik lelaki. ini kerana semua negeri di malaysia hanya membenarkan waris lelaki sahaja untuk menjadi Pemangku Raja atau pewaris Raja. Pernah dalam sejarah malaysia, apabila Raja Perlis dilantik menjadi Yang Di Pertuan Agong pada tahun 1960, baginda melantik menantunya Tunku Sulaiman ibni Tunku Abu Bakar sebagai Pemangku Raja Perlis. Pewaris Raja ini lazimnya dipanggil dengan gelaran (salutation), Duli Yang Teramat Mulia (DYTM).

Gelaran pewaris Raja/Sultan di malaysia adalah berbeza antara negeri. Negeri-negeri seperti Johor, Pahang dan Kelantan menggunakan gelaran TENGKU/TUNKU MAHKOTA. Negeri-negeri Selangor, Perak, Kedah dan Perlis menggunakan gelaran RAJA MUDA. Negeri Terengganu pula menggunakan gelaran YANG DIPERTUAN MUDA.

Di Perak, seorang pewaris Sultan perlu melalui beberapa tingkat jawatan bergelar sebelum sampai ke jawatan Raja Muda sebagai pewaris pertama.
~ Raja Kecil Bongsu
~ Raja Kecil Tengah
~ Raja Kecil Sulong
~ Raja Kecil Besar
~ Raja Di hilir Perak
~ Raja Bendahara (jawatan ini telah dikeluarkan dari senarai pewaris)
~ Raja Muda

Negeri Sembilan pula yang menjunjung amalan Adat Pepatih mempunyai sistem pemilihan bakal Raja yang berbeza. Kuasa pemilihan pengganti Yang DIPertuan Besar Negeri Sembilan adalah terletak di tangan Undang Yang Empat (Rembau, Jelebu, Johol dan Sungai Ujong) yang memutuskan pemilihan di kalangan Putera Yang Empat sebelum jenazah Yamtuan yang mangkat dikebumikan. Putera Yang Empat tersebut ialah :
~ Tengku Besar Seri Menanti
~ Tengku Laksamana
~ Tengku Muda Serting
~ Tengku Panglima Besar


Berikut adalah senarai Pewaris Raja Yang Pertama di setiap Negeri-negeri di Malaysia.


NEGERI SELANGOR


RAJA MUDA SELANGOR
DYAM Tengku Amir Shah ibni Sultan Idris Shah DK
Diputerakan pada 12 Disember 1990
Dilantik menjadi Raja Muda pada 3 Mei 2002
Pendidikan : Victoria Instittion, KL
(Raja Puan Muda : tiada)


NEGERI KEDAH

RAJA MUDA KEDAH
DYTM Tunku Dato' Seri HAji Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah DK DKH SPMK
DK(Terengganu) DK(Selangor) SPCM SPMJ DA PSB
Diputerakan pada 24 September 1929 dan dilantik menjadi Raja Muda Kedah pada 28 November 1981
Pendidikan : Wadham College, Oxford, UK

(Raja Puan Muda : DYTM Tunku Hajjah Sharifah Raudzah binti almarhum Tuanku Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj).

NEGERI JOHOR


TUNKU MAHKOTA JOHOR
DYTM Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail DK DKII SPMJ SMJ PIS
Diputerakan pada 30 jun 1984
Dilantik sebagai Tunku Mahkota pada 29 Januari 2010
Panggilan rasmi : DYTM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim
Pendidikan : India Military Academy, Dehra Dun, India
(Isteri : tiada)


NEGERI PAHANG


TENGKU MAHKOTA PAHANG
DYAM Tengku Abdullah Alhaj ibni Sultan Haji Ahmad Shah DK DK(Johor) DK(Terengganu) SSAP SPMJ SIMP
Diputerakan pada 30 Julai 1959 dan dilantik menjadi Tengku Mahkota pada 1 Julai 1975
Pendidikan : Royal Military Academy, Sandhurst & Queen Elizabeth College, Oxford, UK


(Tengku Puan Pahang : Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti almarhum Sultan Iskandar DK SPMJ DK(Pahang)


NEGERI PERAK

RAJA MUDA PERAK
DYAM Raja Dato' Seri Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah DK DKSA DK(Selangor) SPSA SPCM SPTS SPMP
Diputerakan pada 27 November 1956
dilantik menjadi Tuanku Raja Muda, Wakilus Sultan, Wazirul Azam pada 15 April 1987
Pendidikan : Master of Arts, Worcester College, Oxford, UK and Doctor of Philosophy, Kennedy School, Havard University, USA.

(Raja Puan Besar : Tuanku Zara Salim Davidson DK DKSA)


NEGERI KELANTAN

TENGKU MAHKOTA
DYTM Tunku Dr Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra DK SPMK
Diputerakan pada 20 Jun 1974
dilantik menjadi Tengku Mahkota pada 18 Oktober 2010
Pendidikan : Bachelor/Master of Arts, Oakham College, University College of London, and Doctor of Philosophy, Institute of Classical Studies, University of London
(Cik Puan Mahkota : tiada)


NEGERI PERLIS


RAJA MUDA PERLIS
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail DK SPMP
Diputerakan pada 30 Disember 1967
dilantik sebagai Raja Muda pada 12 Oktober 2000
Pendidikan : Bachelor of Economics, La Trobe University, Victoria, Australia.

(Raja Puan Muda : Tuanku Datuk Seri Lailatul Shahreen binti Dato Seri Khalil Akashah SPMP)


NEGERI TERENGGANU


YANG DIPERTUAN MUDA TERENGGANU
DYAM Tengku Muhammad Ismail ibni Tuanku Mizan Zainal Abidin DKT
Diputerakan pada 1 Mac 1998
dilantik menjadi Yang Di Pertuan Muda pada 20 Jan 2006
Pendidikan : Schooling
(Isteri : tiada)


NEGERI SEMBILAN


TUNKU BESAR SERI MENANTI
DYAM Tunku Ali Rithauddeen ibni Tuanku Muhriz DKYR
Diputerakan pada 20 April 1977
dilantik menjadi Tunku Besar Seri Menanti pada 23 Febuari 2009
Pendidikan : Bachelor of Arts, Christ's College, University of Cambridge and Master of Arts from Kennedy School of Goverment, Boston Massachusettes University, USA.
(Isteri : tiada)

Wednesday 18 April 2012

Singapore Trip 2012


Assalamualaikum w.b.t..
pada hari sabtu 31.03.2012..selepas habis majlis Perkahwinan my little sister, kami sekeluarga booking ticket flight ke singapore just for 1 day pergi balik at the same day, nak try naik train la kononya kalini, dulu time pg singapore stay at johor dekat tune hotel for 2 hari, then ambik bas dr tune hotel tu then bas tu boleh trus grak sampailah ke dalam USS tu..but kalini nak try naik train pulak..ticket dia dalam 6 ringgit seorang, lebih kuranglah..but first!! nak cite bad news sikit, hav 2 la verry bad news..my mistake actually..both! yang first, IBU syamil dah berapa minggu xdatang (matahari) :D hahahaaa...then, bila pg check rupa2nya syamil nak dapat adik..Alhamdulillah....tapi...ticket burn la flight n ticket USS...so trip kalini tanpa ibu...xbest tol..bad news yang ke-2, booked online ticket, Air Asia, dah check in online jugak, tuk family sy dan k.long saya dah settle, rupe2nya tuk little sister sy ni n husband dia tah macam mane tah org counter check belum check in lg sdangkan sy dah print out dah dia pnya ticket. salah la pulak, from singapore to kl rupenye yg sy print tu, sooooo my mistake...kene pnlty Rm200 utk flight jam yang berikutnya... xtau knp dok kalut sangat kalini..sbb ibu xde kot!? hahahahaaa...flight kami ke singapore dalam pukul 8 pagi dan waktu bertolak balik dr singapore ke kl dalam pukul 9 malam..


so kitorg terbang dulu ke singapore n tunggu ucu dan pak.ucu syamil dekat airport singapore...
bila diorg sampai je kami trus proceed ke counter imegresen singapore tuk cop pssprt.. then tggu train dr airport ke train yang berikutnya..punyalah lama nak sampai USS..hehehe xpe2, bejalan2 katenya~





Ayah decide untuk xbawak baby EOS ayah kalini sebabnya nak manage syamil untuk satu hari tu, so pakai camera galaxy tab lagi...senang..and kalini xbanyak ambik gambar sangat sebab dok nak melayan kerenah Muhammad Syamil yang seorang ni, tp macam jaga 2 3 orang..haha biaselah budak2, masa untuk kebebasan, main2 gelak2, esok2 dah besa dah nak kene serious jengan kerjaya dan bermacam2 lagilah, dan yang penting esok2 bila dah besa, kena bawak ayah ngan ibu jalan2, cover semua tempat2 around the world yang ktorg belom pergi lg yer~ (^___-)v hahaaa..



Muhammad Syamil pergi Singapore..tp pakai baju Korea, haha..ok la tu~



tengok tu muka xde mood sbb ibu xde, asyik tanya ibu je keje dia sampai nak ambik gamba pun xnak..







selepas semuanya selesai...syamil pon dah keletihan sampai tertido drpd USS tu sampai la ke airport singapore...xbanyak jugak yang menarik nak cerita sbnya sbb...IBU xde.. (-___-)ooO~ so sekian, naik bas ke USS pun dah merasa, naik flight + train pun dah rase..pueh! till then and tQ (^___^)v..

Saturday 14 April 2012

Pertabalan Seri Paduka Banginda Catat Sejarah Baru Malaysia

Assalamualaikum w.b.t...
11.04.2012..cuti bersempena hari pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke 14. saya bawa family pergi berehat dekat The Grand Lexis untuk beberapa hari..


so kalini nak cerita sedikit pasal proses atau persiapan yang dah dibuat untuk pertabalan Yang-Dipertuan Agong ke 14...

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (lahir 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (1970 - 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011). Baginda diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.


Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam.Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959. 

Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara September 1965 dan September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepasTuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.

Tuanku Abdul Halim pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84.





Baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan Malaysia iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak. Tunku Abdul Rahman merasakan beliau tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.

Pada November 2006, Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bermula Disember 2006 hingga Disember 2011. Beliau merupakan sultan ketiga memegang jawatan ini dua kali, selepas Tuanku Ja’afar dari Negeri Sembilan dan Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu.

Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah.

Pada 12 dan 13 Oktober 2011, Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-225 telah memutuskan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bakal menggantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 mulai 13 Disember 2011.


Bermula pada 13 Disember 2011 yang lalu, baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-14, sekaligus menjadi sultan pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali dan yang tertua ditabalkan (84 tahun). Yang di-Pertuan Agong tertua sebelum baginda ialah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dari Selangor, yang ditabalkan di usia 73 tahun.

Sultan Abdul Halim mempunyai dua sultanah rasmi:

Pada 1956, Tuanku Hajjah Bahiyah, puteri Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang mangkat pada 2003, 









dan
Pada 1975, Che Haminah Hamidun, orang kebanyakan dari Perak, yang kini Sultanah Kedah.




Baginda memiliki tiga puteri. Dua yang tertua merupakan kembar, Tunku Soraya dan Tunku Sarina. Seorang lagi ialah Tunku Intan Safinaz. Baginda memiliki lima cucu.

Baginda pernah berkahwin pada awal remaja Baginda pada sekitar 1945 bersama orang kebanyakan dan berpisah semasa Baginda melanjutkan pelajaran Baginda ke England. Hasil dari perkahwinan ini telah dikurniakan seorang Puteri.

Raja Muda Kedah kini ialah Tunku Abdul Malik ibni Sultan Badlishah, adinda baginda.

Istiadat pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 bermula pagi ini di Istana Negara di sini dengan upacara pemeriksaan barisan kehormat. 
Seramai l07 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada tiga pegawai dan 104 anggota lain pangkat, terbabit dalam perbarisan kehormat di anjung utama Istana Negara.




Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah diiringi ke Pentas Diraja oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menerima "Hormat Diraja", yang diikuti dengan lagu "Negaraku."

Serentak dengan lagu "Negaraku' dimainkan, Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda dikibarkan.

Selesai upacara itu, Seri Paduka berdua bersemayam di Bilik Seri Maharaja, sebelum berangkat ke Balairong Seri untuk upacara pertabalan yang buat julung kalinya diadakan di Istana Negara baru, Jalan Duta, yang berdiri megah sebagai lambang pemerintahan Raja Berperlembagaan di Malaysia.

Pertabalan kali ini turut melakar sejarah kerana buat pertama kali Sultan yang sama dilantik semula sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan di kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.




Istiadat kali ini melakar sejarah penting bagi Seri Paduka Baginda kerana ini kali kedua baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, selain adalah Yang di-Pertuan Agong pertama yang ditabalkan di Istana Negara baru di Jalan Duta di sini.
















Acara pertabalan yang akan menandakan secara rasminya Tuanku Abdul Halim memegang tampuk pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada Rabu akan diadakan dengan penuh adat istiadat dan tradisi beraja di negara ini.

Tradisi beraja dan upacara pertabalan itu, yang mungkin hanya disaksikan dalam tempoh lima tahun akan diadakan di Balairong Seri, Istana Negara pada pukul 10 pagi esok dan disiar secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Mengikut aturcara raptai penuh yang diadakan di Istana Negara semalam, istiadat pertabalan itu akan dimulakan dengan tiupan nafiri dan paluan nobat lagu “Raja Berangkat” daripada Kumpulan Nobat Kedah yang mengiringi keberangkatan masuk Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Hajah Haminah ke Balairong Seri.

Istiadat itu akan dihadiri Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri, Menteri-menteri kabinet, Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri, kerabat diraja Seri Paduka, wakil negara asing serta tetamu kehormat dari dalam dan luar negara.

Aturcara istiadat akan bermula dengan barisan Diraja masuk ke Balairong Seri didahului oleh pemangku Datuk Maharaja Lela Azwan Effendy Zairakithnaini berserta panglima-panglima yang membawa Cogan Alam dan Cogan Agama.

Cogan Alam dan Cogan Agama, kedua-duanya tongkat perak yang merupakan sebahagian alat kebesaran Diraja yang menjadi lambang kebesaran Kerajaan Malaysia.

Tuanku Abdul Halim, 84, akan berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong iaitu muskat (seperti kot hitam labuh) yang bersulam emas serta berseluar panjang bersulam di kaki dengan bertengkolok “Dendam Tak Sudah”.

Seri Paduka juga akan memakai Pending Diraja, diperbuat daripada emas bertatahkan permata delima dengan lambang Kerajaan Persekutuan tertera di tengah-tengahnya bersama-sama tali bengkung yang diperbuat daripada kain sakhlat bertekat benang emas berbunga-bunga.

Di pinggang Seri Paduka, akan tersemat Keris Pendek Diraja yang hulunya diperbuat daripada mata keris lama dengan bersarung gading bertatahkan emas.

Tuanku Hajah Haminah pula akan memakai perhiasan Raja Permaisuri Agong iaitu Gendik Diraja, pakaian ulu (kepala) dan Kalung Diraja, kedua-duanya diperbuat daripada emas putih bertatah berlian yang mengenakan persalinan baju panjang sedondon, Gandik Diraja (tiara) dan Kalung Diraja, kemudiannya bersemayam di Singgahsana untuk Istiadat Pertabalan. Istiadat pertabalan dimulakan dengan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Awang Kechik Abdul Rahman membawa masuk senaskhah Al-Quran, manakala Keris Panjang Diraja yang juga merupakan Keris Kerajaan, Surat Pengisytiharan dan Warkah Ikrar dibawa oleh pegawai-pegawai Istana Negara, dengan iringan paluan nobat lagu “Menjunjung Duli”.

Nashkah Al-Quran, yang merupakan lambang kemuliaan Islam sebagai agama rasmi negara, kemudiannya disembahkan kepada Seri Paduka oleh pemangku Datuk Paduka Maharaja Lela.

Baginda lalu mencium Al-Quran dan meletakkannya di atas rehal yang terletak di atas meja tengah di antara Seri Paduka berdua.

Istiadat diteruskan dengan pembacaan surat pengisytiharan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditulis jawi di atas kulit kambing.

Pemangku Datuk Paduka Maharaja Lela kemudiannya mempersembahkan Keris Kerajaan yang merupakan alat kebesaran utama negara kepada Seri Paduka Baginda.

Yang di-Pertuan Agong yang menerima keris berkenaan akan menghunus, mengucup dan menyarungkan semula keris itu, tanda kebesaran dan kekuasaan kepada Seri Paduka, dan kemudian meletakkannya di atas meja di hadapan nashkah Al-Quran.

Ini diikuti titah ikrar Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk menjalankan pemerintahan seadil-adilnya bagi Malaysia, mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara serta memelihara dengan sempurna agama Islam dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman.

Sebaik sahaja selesai warkah ikrar dilafazkan, nafiri ditiup dan lagu nobat “Raja Bertabal” dimainkan, diikuti laungan “Daulat Tuanku” sebanyak tiga kali oleh pemangku Datuk Paduka Maharaja Lela diikuti para hadirin di dalam Balairong Seri.

Serentak itu, tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan dan lagu “Negaraku” dimainkan oleh Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia, diketuai Left Sabri Abdullah.

Perdana Menteri kemudiannya sekali lagi menghadap sebagai mewakili kerajaan dan rakyat mempersembahkan Ucapan Tahniah dan Taat Setia atas pertabalan baginda, diikuti dengan Tuanku Abdul Halim menyampaikan Titah Diraja.

Pegawai Agama Istana Negara Datuk Abd Aziz Che Yacob kemudian membacakan doa selamat.

Sebelum selesai istiadat pertabalan, pahar berisi Al-Quran dibawa turun dari Singgahsana oleh pemangku Datuk Paduka Maharaja Lela sebelum menyembahkan bahawa Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 selamat disempurnakan.

Seterusnya, Balairong Seri bergema sekali lagi dengan tiupan nafiri dan paluan nobat lagu “Raja Berangkat” sebagai adat mengiringi Seri Paduka berdua meninggalkan majlis dengan didahului pemangku Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja dan panglima-panglima yang membawa alat-alat Kebesaran Diraja.

Ratu Elizabeth ucap tahniah kepada Agong




"Beta ingin mengucapkan tahniah kepada Tuanku bersempena pertabalan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong. "Beta masih menaruh ingatan manis tentang lawatan negara Tuanku ke United Kingdom pada 1974 dan sudah menyaksikan dengan penuh sanjungan bagaimana Malaysia berkembang, sambil kekal memelihara keperibadian dan nilai-nilainya yang mulia. "Beta ucapkan selamat maju jaya ketika Tuanku memimpin Malaysia, buat kali kedua, dalam perjalanan menuju kemakmuran dan sebagai sebuah kuasa untuk kebaikan di rantau ini dan dunia yang lebih luas," titah Ratu Elizabeth dalam perutusan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Britain di sini.

DAULAT TUANKU