Followers

Thursday 24 March 2016

Skechers - Bukan Hanya Setakat Kasut Sukan


Mula ditubuhkan sejak tahun 1983 lagi, Skechers merupakan jenama kasut yang berasal dari Amerika Syarikat yang pada mulanya memfokuskan kepada penghasilan boots dan kasut skate. Kini, Skechers turut menawarkan pelbagai pilihan kasut yang lain seperti kasut sukan, kasut kasual dan kasut formal untuk lelaki, waita dan juga kanak-kanak. 

Sama seperti jenama kasut antarabangsa yang lain, Skechers turut dikenali di seluruh dunia termasuklah di negara kita, Malaysia. Dengan mengekalkan kualiti kasut yang amat baik sejak awal lagi, koleksi kasut Skechers sememangnya dikenali kerana kualiti yang tinggi dan setanding dengan harga yang ditawarkan.


Apa yang lebih menarik, koleksi kasut Skechers bukan sahaja digunakan ketika melakukan aktiviti sukan, malah turut dipakai ketika melakukan aktiviti kasual atau dijadikan sebagai kasut harian. Rekaan kasut sukan skechers yang amat trendy dengan pilihan warna-warna menarik membolehkan ia dipadankan dengan apa jua pakaian yang anda gemari.



Bukan itu sahaja, apa yang paling penting adalah rekaan kasut Skechers yang direka untuk memberikan sokongan kepada kaki dan tubuh badan si pemakai serta menjamin keselesaan yang optimum.

Oleh itu, jika anda mengidamkan koleksi kasut yang praktikal, versatile, trendy dan selesa dipakai, miliki sepasang kasut Skechers online hari ini juga di ZALORA Malaysia atau kunjungi butik-butik Skechers yang berhampiran anda!

Thursday 10 March 2016

How to make simple props dan Persembahan Annual Dinner Company 2016

Assalamualaikum w.b.t..

harini curi masa sikit untuk update blog dengan cerita-cerita lepas yang agak menarik la saya rasa, dah lama baru la dapat update harini, so untuk mula saya nak bagitau yang entry lepas saya ada menceritakan sikit siap ada tutorial lagi macamana nak buat props dengan cara yang lebih mudah dan simple ja, barang-barang yang diperlukan pun tak lah susah sangat nak dapat, so jom saya ceritakan sikit tentang entry lepas berkenaan persembahan utk annual dinner by deparment kami...

untuk persembahan lepas department kami mendapat juara tempat pertama dengan persembahan drama pendek dan saya decide untuk pilih 3 character dalam drama ni so kena buat 3 props la kan...








ditambah dengan 1 character lagi iaitu HARRY POTTER sebagai pencerita untuk drama ni...






so sila refer link berikut untuk tutorial bagaimana nak menghasilkan props2 ni, bole add idea ni untuk nak buat bermacam macam jenis dan bentuk props ya...

Short drama in the making...please click here ~> PART 1
Short drama in the making...please click here ~> PART 2
Full screenshoot short drama...please click here ~> DONE

saya nak share jugak, masa tahun 2011 pun ada jugak buat props ni utk rumah sukan company, saja share...masa ni ada hari sukan company...




















ok....sooo itu hanyalah flashback persediaan dalam persembahan tahun lepas...so untuk entry harini saya nak story dari awal persembahan sampai hari persembahan kami, tahun ni kami ada add persembahan yang lain dari lakonan, kami semua decide untuk buat tarian...tema untuk tahun ini adalah ARABIAN NIGHT...gitew haha...so untuk starting, lepas ja kami semua pilih persembahan ( tarian kipas ala arab ) saya dan beberapa orang terus cari peralatan dan design coustumes...





so kipas la peralatan utama dia sebab tarian kipas kan, for first tu ingat nak cari kat area melaka tapi kat area belah sana semua kipas hat yg kecik-kecik tu, khas untuk tarian punya memang tak ada, lepas tu tiba-tiba terpikio pulak dalam kepala ni, why not buat la sendiri kan bukannya susah pun sebab alang-alang dah buat props bagai kan, tapi ada yang mencadangkan kenapa tak beli online ja lg memudahkan kerja so tak la beban sangat nak buat persiapan...so last beli la online, kipas ni ada area china sahaja sebab belah2 sana banyak buat persembahan kipas kan, bila tngk gambar-gambar kipas ni mak ai macam2 jenis ada...so dari china ambik masa lebih kurang seminggu untuk sampai ke malaysia ni lebih kurang la...sambil-sambil tunggu kipas sampai saya buat design outfit...beberapa orang pulak pergi cari kain yang sesuai untuk persembahan ni nanti...




then bila settle tang customes saya ready pulak dengan props2 persembahan...untuk persembahan annual dinner tahun ni, kami rangka persembahan drama untuk starting dan tarian selepas drama pendek tu...character yang kami decide ialan 3 character...sultan, mendahara dan jin...so saya start dengan props ( pedang sultan, mendahara dan tongkat jin ) jom kita tengok~













walla settle semua props untuk 3 character kami...turban, pedang dan tongkat..untuk character
jin ( Jaafar Aladin ) special sikit sebab nak kena makeover seorang staff supaya jadi ala2 jin jaafar...jaafar ni bukan jin sebenarnya tapi lebih kurang macam black witch la...



Sultan dan jaafar


the make over



dalam duk buat persiapan, sebenarnya kami pilih beberapa tarikh untuk buat trainning...




yang ini, step-step yang saya dah atur untuk setiap orang, so setiap kali trainning inilah step yang setiap orang perlu patuhi untuk mendapatkan keserasian bersama dalam persembahan nanti...



sesi tranning dialog antara sultan, memanda dan jaafar...








tranning pakai kertas ni masa tunggu kipas sampai dari china, so dalam masa seminggu trainning tu memang pakai kertas ja then gamba yg bawah ni masa kipas dah sampai...




tutorial macamana nak pakai turban...



keep on trainning sampai semua step dapat and gambar bawah ni masa buat recording suara di antara jaafar, sultan dan memanda sultan untuk nak masukkan dalam video...



tengok keadaan dewan, pentas sebelum dan selepas...



masa ni  adalah masa persembahan @ annual dinner 2016 berlansung so ni masa petang tu, jumpa dengan semua yang terlibat, PIC yang jaga lampu pentas, lampu dewan dan yang jaga audia semua...


gambar bawah ni masa nak start persembahan bahagian kami, persembahan nom 3, malam...




persembahan kami start dengan lakonan dan dsusuli dengan tarian...



masa ni mamanda sultan tengah summon jaafar untuk ajukan beberapa pertanyaan tentang persembahan tahun ini...


so jaafar seru semua penari2 untuk buat persembahan...

















so lepas dah selesai persembahan semua, tiba pengumuman...kami dapat TOP 3 tempat ketiga untuk tahun ni, alhamdulillah walaupun tempat ketiga semua orang berpuas hati, siap rasa menang tu tak ada yg down, sebabnya kerjasama yang semua bagi untuk menjayakan persembahan ni 100% pada masa trainning, untuk persembahan kipas ni satu ja yang penting ( kerjasama = keserasian ) tapi alhamdulillah malam tu memang semua orang terpegun tengok persembahan ni, yang side kami pulak inilah pertama kali menari katanya...itu yang semua bersemangat tu...from O to HERO...tahniah saya ucapkan kepada semua team saya...U ARE THE BEST (^___^)v

so thats all for now, till then and tQ for reading