Followers

Tuesday, 7 May 2013

Rumah kotak

Assalamualaikum w.b.t...
dikala cuti2 panjang ni (3 hari je pun) hehe bantu anak buah kesayangan untuk menyiapkan projek dari sekolah dia, kena buat model rumah daripada bahan terbuang, saya suka entry kalini sebabnya memang suka bab2 seni ni, tambah2 kena buat ikut kreativiti kita, tu yang teruja sangat tu, untuk pengetahuan semua, anak2 buah saya ni kalau ada apa2 task yang berkaitan dengan seni mesti je cari pakteh dia, dorang dah cop dah.. lagipun saya memang minat kan..
so untuk kerja kalini xde nak lakar2, tapi yang penting sediakan dulu barang-barang yang tak nak pakai so kira terbuang la tu kan, diantaranya ialah kotak yang paling penting sekali, cat air untuk cat permukaan rumah atap dan lain2, cd, tali, straw, kain buruk untuk buat langsir atau lain2 pun boleh dan juga dawai..





untuk langkah yang pertama, kami sediakan satu keping papan ikut ukuran rumah, berapa besar yang kita nak buat kan so papan tu kena lebihkan sikit la untuk nak letak beberapa deco contohnya macam yang saya dah buat tu, fountain.
air terjun tu saya buat menggunakan cd yang dah tak digunakan lagi, but first potong la kotak tu mengikut shape rumah yang kita nak buat then lekat pada papan then sambung, lepas dah bersambung so cat la rumah tu ikut suka kita nak warna apa la kan, untuk rumah kami, kami cat warna very light brown. untuk pintu tu pulak just cari plastic plate je, then saya lukis corak yang ada pada pintu rumah saya...haha copy paste sajorrr~


langkah yang seterusnya kami warnakan dulu bahagian dalam kotak semua warna kuning..


then tebuk segi empat pada kotak ikut berapa tingkap yang kita nk buat la kan...
then lepas dah tebuk tu, potong kertas laminate ikut saiz tingkap, lekatkan kertas laminate then lekat pulak rangka tingkap yang kita dah buat dekat kotak lain, saya warnakan rangka tingkap tu warna coklat guna marker coklat..
lepas dah settle buat pulak langsir guna kain yang kita dah tak guna, and buat karpet jugak, cantik pulok kain buruk kakak aku ni, kalau tau awal2 dia tak guna, sudah hamba ambik dah..hahaaa


untuk air terjun, cat semua bahagian dalam tu warna biru, so nampak macam air la kan..gituh~
then gunting kain buruk yang chantek itu tadi, tapi ambik part warna biru lah, gunting kecik2 then lekat kat sekeliling bulatan kecil di bahagian yang atas ya, so nampak macam air terjun la kan? ye ke? macam rambut sajor...haha ok la tuuu...then buat la ikan dan lekat, kasi seutas juge kat mulut dia bg nmpk cam air kan..apo2 sajor~ 



yang part bumbung ni memang sangat leceh nak buat, tapi ku redoh kan sajor..
potong la ikut kesesuaian besar dia, jangan terlalu besar atau terlalu kecil cik jah..


so kami warnakan bumbung warna merah lipstik cik jah..then dah siap, lukiskan pulak batu2 ala2 kawasan pejalan kaki la kat sekeliling air terjun tu..



part ni best sebab dah ada poko, ambik je pokok yang ada kat luar rumah tu yang rasa2 sesuai..hehe ampun mak, mintak pokok sikit kt taman mak..hahaa
then buat pasu bunga, tak kirelah bentuk apa pun, yang den tau rumah ni mesti ada pasu bunga satu..hehe



siap ada corong untuk asap keluar lagi tu, ala2 omputeh + letaklah burung satu melekat kat situ...



step yang seterusnya ni menunjukkan tempat duduk dekat taman dan pagar rumah in progress..
so dua2 kami warnakan warna coklat..


and this is the last work kami..tad daaaa...nasib baiklah Muhammad Syamil baik masa ayah tolong k.long ica dia buat keja sekolah, so dapatlah jugak disiapkan dalam masa beberapa hari..



apa yang saya tambah deko kat rumah ni?


letak LAMOR2 tu, kononya nama taman la ni..lamor ni sebenanya makanan tambahan berbentuk serbuk untuk kesihatan kulit dan dalaman. hehe alang2 dah ada kotak dia, sapu je lah sebab cantikkan? kebetulan ada daun2nan itu..haha



ada kotak peti surat, warnakan warna merah bg nmpk sikit..
guna kotak and tiang dia guna straw..


lampu jalan, pakai kotak, batang@tiang dia guna straw yg diwarnakan warna biru..


tong sampah ni guna bekas asam plum..haha cat je semua warna hijau then tulis tong sampah, senang kan..




so nilah dia, Alhamdulillah siap dah, yang ni untuk lawan dengan beberapa kelas lain, harap2 menang la ek k.long icaa (^___^)v

thats all for now and till then + tQ for reading :)

3 comments: