Followers

Tuesday, 3 January 2012

Raja Permaisuri Agong Pertama Malaysia






Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin

Raja Permaisuri Agong :  Pertama
Yang di-Pertuan Agong :  Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Negeri :  Negeri Sembilan
Kelahiran : 16 Mei 1911 Seri Menanti, Negeri Sembilan
Kemangkatan :  2 Februari 1999  Kuala Lumpur
Mula Jawatan :  31 Ogos 1957  hingga  1 April 1960

Seri Paduka Baginda Tuanku Kurshiah Binti Al-Marhum Tunku Besar Burhanuddin diputerikan pada 16 Mei 1911 di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Baginda memperoleh pendidikan awal di Sekolah Melayu Seri Menanti, dan mengikuti kelas bimbingan persendirian dalam bahasa Inggeris.

Seri Paduka Baginda Tuanku Kurshiah berkahwin dengan Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan dikurniakan dengan dua orang puteri, KDYMM Tuanku Bahiyah, Sultanah Kedah dan adindanya YM Tunku Shahariah. Baginda turut ditabalkan sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan apabila DYMM Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar pada 25 April 1957.

Pada tahun 1954, baginda dilantik sebagai Presiden Pergerakan Pandu Puteri Negeri Sembilan. Baginda juga menjadi Penaung Institut Wanita Negeri Sembilan.

Pada bulan Mei 1961, baginda menubuhkan Majlis Kebajikan Wanita Islam dan menjadi Presiden Pelopor hingga hari ini.

Pada 27 Oktober 1974, baginda dianugerahkan Pingat Emas Tun Fatimah oleh Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan atas derma kurnia baginda menaikkan taraf wanita dan kanak-kanak dalam bidang kebajikan dan pendidikan.

Sebagai mengenang jasa baginda kepada negara, kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk menukar nama Maktab Perempuan Melayu, sebuah sekolah berasrama penuh yang ternama kepada Kolej Tunku Kurshiah sempena mengambil nama baginda. Universiti Malaya juga menamakan semula Kolej Kediaman Ketiga sebagai Kolej Kediaman Tunku Kurshiah.

No comments:

Post a Comment