Assalamualaikum w.b.t...
ambik masa sedikit malam ni untuk update our latest activity...sbnya banyak tapi memandangkan baru sahaja selesai untuk Team building activity ni so curi2 masa sekejap...
kami pilih Rumah Kebun kalini untuk gathering...gambar bawah ni masa mula2 sampai sini untuk booking this place...Alhamdulillah such a beautiful place for resting and activities...
so perjalanan mengambil masa dalam 21 min ja memandangkan dekat ja dengan office kami, gerak selepas waktu office, gather ramai2 dkt lobby sebelum gerak...kami memulakan perjalanan pun agak lewat sikit memandangkan ada beberapa perkara yang perlu saya selesaikan...hahah aku yang lambat rupanya...huhu
so sampai di rumah kebun dalam pukul tujuh lebih so alhamdulillah sempat solat magrib...
sampai-sampai ja trus masuk barang dan wefie...
abaikan muka serabai belum mandi tu..haha
lovely wife dengan Muhammad syamil...Muhammad Thaqif uwais and Muhammad Syawal Miqdad
budak bam bam tiga orang mandi...
suasana tenang di malam hari...
yang lelaki playing darts....
ok...we are staying here for 3 hari 2 malam...so untuk aktiviti team building malam ni is
ICE BREAKING...
pening juga memikirkan nak create game ni, sebenarnya memang dah plan utk first aktiviti ni lebih kepada sesi pengenalan, kita kenal dan rapat dengan kawan sekerja kita, tapi tujuan aktiviti ni ialah merapatkan lagi silaturrahim serta ukhuwah sesama team..saya namakan game yang pertama ni SIAPAKAH SAYA?
so jom saya sharekan apa dia sebenarnya "game" ni...
dalam group kami ada lebih kurang dalam 25 orang peserta...jadi saya siapkan 25 keping kertas (kertas note kuning dan sebenarnya kertas apa-apa pun boleh guna jugak)...dekat kertas note tu saya tulis nombor...nombor 1 hingga ke nombor 25...
baik...selepas selesai dengan nombor, disetiap 25 keping kertas tu kena tulis beberapa soalan untuk peserta fill in n jawab nanti dan soalannya...
TINGGI :
BERAT :
JANTINA :
PENERANGAN TENTANG DIRI SENDIRI :
sebenarnya dalam game ni apa yang perlu adalah JUJUR...tapi punah depa ni..hahahahaha ok2 nanti cerita lain, first ni pengenalan game dulu...so ia bermula begini..setiap orang akan bangun dan datang kepada saya untuk choose nombor yang masing-masing suka and pilih...then setiap orang kena fill in soalan-soalan yang dah disediakan...apa yang penting dalam game ni, KENA ~ ingat nombor masing-masing dan KENA ~ jawab dengan jujur...
selepas semua soalan dah diisi...saya akan collect balik 25 keping kertas kuning tu dan campur-campurkan...langkah seterusnya saya akan bagi balik kepada peserta secara random...kebarangkalian untuk dapat nombor kita balik ada tapi arahan yang saya akan bagi is kepada peserta yang dapat nombor sama, sila angkat tangan sahaja tanpa bersuara...ambil nombor tu dan pilih dalam 3 ke 4 orang dan minta dipulangkan balik juga kertas mereka...campurkan balik dan serahkan, inshaaAllah dapat nombor orang lain...haha
ok...dipendekkan lagi cerita sebenarnya aktiviti ni sekali ja pada malam first day tu tapi ada request untuk buat lagi malam kedua so saya gabungkan ja gambar malam pertama sampai dan malam kedua...ok so sambung lagi..
selepas dah edarkan kertas tu secara random dan semua dapat nombor orang lain so...saya akan panggil seorang-seorang untuk bangun dan bacakan isi-isi yang tertulis dalam kertas tu...apa yang perlu setiap individu buat...baca dan teka SIAPAKAH SAYA? (empunya kertas)...
untuk yang meneka dengan betul dikira selamat...untuk peserta yang teka salah...ada hukuman...haha
untuk hukuman saya sediakan 20 lagi soalan utk mereka yang salah meneka untuk dijawab...apa yang penting dalam game seterusnya ni...PERLU jawab setiap soalan dengan JUJUR...soalan-soalan dia lebih kurang macamni lah...
~ APAKAH MAKANAN KEGEMARAN ANDA?
~ DALAM SEHARI BERAPA KALI ANDA KENTUT?
~ PERKARA LUAR BIASA YANG ANDA SERING LAKUKAN?
hahaha...sebenarnya banyak lagi soalannya tapi ini salah satunya sebagai contoh...duk gelak terbahak-bahak jangan cakap sampai riuh satu hutan tu,,haha
so alhamdulillah settle untuk first game ni...
ok...selepas selesai game kami ada satu sesi lagi...sesi pembahagian group kepada tiga group...GROUP ARNAB, GROUP LIPAN dan GROUP TIKUS...so selesai untuk malam tu...
haaa...ni yang paling best ni, disebabkan tak ada TV, buka WAYANG sendiri depan bilik kitorg..haha
yang lelaki pulak sambung main darts sampai tengah malam...haha so yang lain termasuk kami duk krohh krohh dalam bilik...haha
This is our room...walaupun duk luar and terpisah dari bilik lain tapi bilik ni ada toilet dia sendiri...memang cantik design dia...
so pagi-pagi dah bangun...aktiviti pagi ni untuk kaum wanita is memasak dan sediakan breakfast utk semua orang...
swimming pool ni mmg nature...air bukit yang ditarik masuk dan dilepaskan balik ke dalam sungai...
Untuk aktiviti pagi ni kami semua start dengan warming up...
ok...pagi ni saya sediakan dua game...
first game...sediakan 3 kawan foam dan isikan batu atau apa-apa untuk pemberat dia...sediakan jugak beberapa keping kertas A3....
cara dia macamni...apa yang perlu peserta buat ialah pastikan cawan ketiga tu boleh berdiri atau duduk elok ja tengah-tengah diantara 2 cawan lagi sebagai kaki dia...tapi jambatan tu kena buat guna kertas yang diberi tu tadi...semuanya kena mengikut kreativiti masing-masing....nampaknya macam mudah sangat la game ni...so kita pergi ke game kedua pulak...
untuk game yang kedua ni...
Saya bagi arahan macamni...setiap team akan diberikan 2 pek of plastic bag sahaja
ok...semua peserta dalam 1 team tu kena pilih salah seorang dan plastik ni sebagai perantara untuk bawa seorang yang mereka pilih tadi untuk seberang swimming pool tu tanpa basah...yang lain basah la sebab masuk dalam pool tu tetapi yang seorang ni tadi tak boleh basah lenjun...plastik sebagai perantara untuk dia berada dipermukaan air..haaa macamana ya? memasing pening duk pikir macamana nak buat, so saya bantulah jugak dengan memberikan 2 clue....UDARA dan SATU
haa lepastu memasing macam dapat tangkap...game ni saya create bertujuan untuk melihat kerjasama semua kumpulan, game ni juga dapat menaikkan semangan peserta untuk bekerjasama dalam semua tugas-tugas yang diberikan disamping menaikkan semangat team untuk menang maksudnya maju kehadapan untuk selesaikan satu-satu tugas yang diberikan...alhamdulillah nampak effort masing-masing untuk sama2 built dan habiskan game ni...the most importang things dalam game ni....PERCAYA diantara satu dengan yang lain...KERJASAMA daripada semua pihak...SEMANGAT untuk sama-sama bina dan habiskan tugasan....so jom kita tengok (^___^)v....
ini perjalanan aktiviti menyiapkan perantara untuk bawa satu peserta diatas permukaan air dengan menggunakan 2 clue yang telah diberi...UDARA dan SATU....jom kita tengok first team...TEAM LIPAN
Good job to TEAM LIPAN....so yang ni team kedua...TEAM ARNAB
dan team yang terakhir...TEAM TIKUS
Alamak...basah lenjun kawan ni..hehe walaupun lenjun tetap berjaya tamatkan game...tahniah and good job guys~
Alhamdulillah selesai kesemua aktivti untuk TEAM BUILDING kalini...tetapi bukan ni sahaja...walaupun dah selesai tapi masing-masing masih menunjukkan kerjasama dalam berkumpulan...good job (^___^)v
pancing ikan untuk barbeque malam ni katanya...dapat banyak ke agak-agaknya untuk semua makan malam ni..hehe
tudia banyak pulak tu dapat...huhu rezeki untuk malam ni...yang ni part lelaki pulak untuk sediakan and siang ikan-ikan ni...
ni pun hasil pancing...sebelum datang sini depa pancing siap-siap and bekukan...
ok so nak kongsikan my resepi untuk pemerap ikan talapia and ikan siakap ni...senang ja...nasib baik sedap and semua suka...kalau tak memang idok ler teman nak share...hahaha
Bawang merah beberapa ulas...bawang putih beberapa ulas...limau nipis....minyak masak...garam...kunyit dan black paper...cara-cara dia mudah ja....bahan-bahan untuk ditumbuk.....bawang merah and bawang putih tapi tumbuh kasar...jangan halus....lepastu tumbuk lada hitam pun jangan halus sangat...masukkan semua dalam bekas ikan...masukkan garam banyak sikit (untuk ikan talapia supaya tak berbau kan) masukkan kunyit and minyak...lomor2kan kat ikan tu and biarkan beberapa minit utk diperap...kalau lama sikit pun best...huhu
wayang dah beralih tempat..haha
ok...pagi ni ada sesi penyerahan hadiah / hamper kepada semua team...kat bawah ni gambar dia dan ucapan tahniah daripada saya kepada
TEAM ARNAB (first)
TEAM LIPAN
TEAM TIKUS
dah hadiah extra to TEAM WANITA sebab first game (SIAPAKAH SAYA?) tu semua wanita terselamat daripada menjawab 10 soalan extra kecuali sorg ja,,,hrmmm hebat btol semua dapat teka...huhu TAHNIAH GUYS!!
sekian...thank you for reading ya guys and till we meet again...inshaaAllah...
Kat rumah kebun nie ye...
ReplyDeleteya izni (^__^)
ReplyDeletecantik gambar!! very nice... hihihihihihihi
ReplyDeleteKenangan bersama team sate kajang processing ... Rindu sangat2 saat ni
ReplyDeleteDo this hack to drop 2lb of fat in 8 hours
ReplyDeleteAt least 160000 women and men are utilizing a easy and SECRET "liquids hack" to drop 1-2 lbs each night while they sleep.
It's very simple and works on everybody.
Here's how to do it yourself:
1) Grab a clear glass and fill it half full
2) And now follow this awesome HACK
so you'll become 1-2 lbs lighter the very next day!