Followers

Friday, 25 January 2013

Button Quail egg

Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah menetas lagi telur puyuh jepun saya + bertambah2 lagi telur baru untuk ditetaskan dan selebihnya kami makan, sedap jugak tapi tak puas sebab kecik sangat la..






Egg Shell

Assalamualaikum w.b.t...
haaa sambungan kepada cerita lepas Ostrich Farm , saya ada kumpul pelbagai jenis telur unggas dan saya mulakan dengan telur ostrich yang paling besar, so alhamdulillah, hobby yang sangat susah sebab nak kena rajin lah cari sana sini..tapiii memerlukan kos yang sangatttt ciput~haha ok2 sekarang ni dah semakin bertambah dah koleksi saya ni so jom tengok apa yang saya ada, just for sharing aja (^___^)v..


so this is the egg shell yang saya kumpul dann..masih mencari lagi pelbagai jenis unggas yang willing nak sell dorg punya egg..hahaa jom tengok apa jenis unggas yang sy berjaya kumpulkn..

Ostrich

Ayam Belanda

Itik Serati

Itik Telur

Burung Merak

Pheasant

Ayam Mutiara

Angsa

Ayam Hutan

Ayam Daging

Puyuh

Puyuh Mini @ Button Quail

so far telur yang paling kecil saya dapat skrg ni puyuh mini punya telur la, insyaAllah masih mencari lagi :)
so thats all for now, till then...

Salam Maulidur Rasul 2013



Wednesday, 23 January 2013

One Day ( iktibar from a true story )

Assalamualaikum w.b.t...
kisah ni saya tujukan kepada adik ipar saya sebenarnya..kisah ni berlaku dalam beberapa bulan yang lepas, kejadian ni berlaku semasa kami sekeluarga balik ke kampung halaman isteri di perak.. kisahnya begini, pada suatu hari...ecehhhh da macam reading story book gituh~ baru nak serious~hahaa ok2...sambung cerita..


kejadian ni berlaku sewaktu hari siang, dan orang-orang yang terbabit termasuk Saya (ecehh lukis bg kuwus sikit..hahaa) Baby (walaupun xbisa berjalan lagi tp tetap sebagai watak pelakon tambahan) Amilatul Ahmad (adik ipar) dan bibik...tapi disebabkan bibik yang punya pasal..kita panggil dengan gelaran (Vivik!!) ok...
kisahnya begini, masa kami..saya main dengan Muhammad Thaqif Uwais (anak ke-2 saya) depan tv sambil2 tengok tv cerita ape tah dah lupe dah..yang seingat saya Amilatul ataupun saya panggil dia Sanah tengah telefon boypren dia kot (keyOn) dekat depan pintu bilik dia..lepas tu tiba2 jer~ VIVIK menjerittt "Acuuuuuuuuuu!!"...."tolongggggg!!"...haaa suspen kan (vivik berlari sambil bawa senduk dan kuali)...



punyelah terkejut ktorg sebab muke vivik nampak sangat suspended~ lepas tu kami berlari la ke dapur mak perak..rupe2nya satu dapur masak dah terbakar dengan api yang dah marak, lepas tu siap denga bunyi gas keluar yang sangat kuat dan ngeri jugak ok time tu..


ok kenapa saya kata ngeri...sebab satu api yang dah marak, sebab dua ada DUA tong gas betul2 dekat sebelah dapur masak yang dah terbakar tu..


lepas je terkejut tengok api tu, Sanah@Acu terus cekau kain2 buruk kat dapur tu, basahkan lepastu dia libas2 dekat dapur tu, sejujurnya saya berfikiran nak ambik air satu baldi lepas tu jirus je dekat dapur tu dannn sejujurnya saya memang sangat2 risau tentang Sanah time tu sebab dia memang dekat betul dengan Api + tong2 gas tu, dalam fikiran ni meletop jugaklah tong gas ni sebab api dah naik marak sangat...saya kalau boleh nak tarik je Sanah masa tu tapi dia bgtau suruh cari kain lepas tu basahkan..saya pun mula je cari kain sambil saya sempat terdetik dalam hati dan berdoa~ ya Allah selamatkanlah kami ya Allah kalini..dan janganlah sampai gas2 tu meletop...sambil doa sambil kelang kabut cari kain dan basahkan...




yang bestnya masa cari kain buruk tu memang xde kain pun, cekau je mane2 yang dapat, dan yang PENTING! tercekau tudung mak perak ok!! xperasan sangat masa tu sebab dalam fikiran ni HASANAH + API + KAIN + BASAHKAN...kata ucu selepas api dah berjaya dipadamkan, kalau kita simbah air takut2 meletop pulak nanti sebabnya semua benda tengah panas masa tu..saya tak terfikir pulak, tapi kata ucu lagi, tak sia2 dia masuk latihan bomba dekat sekolah dia dulu...tapi apa2 pun Alhamdulillah syukur kepada Allah sebab bagi Ujian, bagi Iktibar, bagi otak ni bergerak lagi, bagi nikmat hidup, nikmat bernafas lagi, bagi peluang, bagi segala-galanya dekat kami masa tu...ayah ngan mak perak xde rumah masa tu sebab pg tolong2 kenduri kawin jiran, tapi mak balik lebih awal masa tu, rupa2nya kata dia, dia rasa macam nak balik rumah kejap masa tu, dia rasa mcm tak sedap hati, saja nak balik, bukan nak ambik apa2 barang pun..kata mak Alhamdulillah nasib baik semua selamat, mak tak kisah dapor mak tu yang penting korang ni ha...tp satu benda je terbakar + bukti yang ditunjukkan sekali...bulu tangan Vivik!!

iktibarnya bagi saya...kadang2 kita ni sebagai manusia, hanya banyak bercakap dari berfikir, hanya banyak rasa dari merasa, hanya banyak berperasangka dari banyak berdoa...

saya sejujurnya masa tu kenapa saya bukan orang yang paling dekat dengan api dan gas tu? sebabnya saya ada perasaan ingin menolong untuk padamkan api tu, tapi saya rasa takut, sebabnya? ada gas dan tong gas masa tu...saya cuba muhasabah diri saya balik, kenapa kita sebelum ni banyak bercakap dari banyak berfikir? hanya banyak berperasangka dari banyak berdoa?

contohlah, jangan cakap pasal syurga neraka dulu..kalau esok terjadi dekat kita, negara kita ni diserang musuh..soalan saya kepada diri saya dan untuk yang lain~ dah bersedia ke kita untuk menghadapi? sanggup kah kita pergi masuk rumah2 yang terbakar dengan api yang marak untuk membantu orang2 yang didalam rumah tu? jangan cakap orang lainlah kan contohnya KELUARGA kita yang mengisi rumah terbakar tu..sanggup kah kita tolong mereka? sebab kenapa ditanya? sebabnya kita ini hanya manusia biasa yang mudah lalai dan terlupa, kita mungkin kuat harini, tapi besok2? MUHASABAH DIRI INI~

Friday, 18 January 2013

Button Quail (new member in da house)

Assalamualaikum w.b.t...
Harini nak share berkenaan my new pets in da house~ rasa2nya tak ramai sangat yang tahu berkenaan PUYUH TERKECIL ni kot?? terkenal jugak dengan panggilan Button Quail, Puyuh Jepun ataupun Puyuh Mini..jadi jom kita find out ape sebenarnya puyuh mini ni...haaa cantik tak warna Button Quail kat bawah ni? Alhamdulillah selama ni dok tengok je dia ni dalam internet, tp akhirnya dapat jugak 2 ekor warna ni termasuk warna2 yang lain..


Button Quail adalah panggilan kepada sejenis puyuh yang dianggap terkecil di dunia oleh orang-orang Amerika Syarikat. Dalam bahasa Melayu, button quail bermaksud 'puyuh butang' merujuk kepada saiznya yang kecil walaupun ia tidaklah sekecil butang pakaian. Terdapat pelbagai nama panggilan puyuh ini bergantung kepada lokasi masyarakat dunia, ada yang mengenalinya sebagai Chinese Painted Quail, Chinese atau Asian Blue Breasted Quail atau juga sebagai King Quail. Secara saintifiknya, burung ini tergolong dalam keluarga puyuh Coturnix dikenali sebagai Coturnix chinesis. Ia disebut berasal dari negara China dan berkembang biak kepada beberapa variasi dari segi warna. Pada masa sekarang,button quail telah tersebar ke seluruh dunia termasuk Malaysia sebagai binatang kesayangan.
Dengan ketinggian 4 1/2 inci, button quail telah memegang rekod sebagai puyuh terkecil di dunia. Button quail jantan ( foto atas kiri ) mempunyai tubuh yang lebih kecil dan panjang berbanding yang betina. Puyuh jantan dan betina dapat dibezakan dengan jelas dari segi rupanya dan paling mudah dengan melihat tanda gelangan putih di bawah leher puyuh jantan diikuti dengan bulu merah gelap di dadanya. Warna puyuh betina ( foto atas kanan ) lebih kepada keperangan tanpa tanda lain yang menyerlah, kombinasi warna mereka adalah penting bagi membentuk penyamaran yang berkesan ketika di dataran bertanah dan berbatu.

ok, for first bila tahu puyuh mini ni ade dekat mana saya trus call orang tu, dia duduk dekat kelantan, saya bank in duit then terus dia post in box ikut bas express..but 2 3 hari sebelum dapat puyuh mini ni, saya buat plan untuk sangkar dia dan, seperti yang kita tahu puyuh ni tak mengeramkan anak dia kan? so saya oder incubator untuk penetasan telur puyuh mini ni di perak, so proses yang sama, bank in and dia post trus..
so dalam perancangan saya search beberapa jenis sangkar button quail ni dan tanya Mr.Google~

photo : Google




disebabkan saiz dia yang kecil berbanding puyuh biasa, ada jugak orang yang bela puyuh mini ni dalam aquarium...




so lepas dah dapat idea + tak bercadang untuk buat yang besar2 dan cantik2 pun, jadi saya decide untuk tukang sangkar yang kecil dan mudah je proses dia dan yang penting selesa untuk puyuh mini ni...


gambar kat atas ni adalah proses untuk buat sangkar button quail saya..mudah jer~
yang penting peralatan seperti hammer, paku, pemotong playwood, playwood, beberapa batang kayu dan dawai mesti kita sediakan..dan inilah hasilnya~





jenis-jenis Button Quail yang saya ada sekarang ini~
photo : button-quail.tripod.com






dan apa yang membezakan male and female button quail ni senang je, yang penting male mesti ada tanda hitan dekat bawah mulut dia


dalam beberapa hari ni rasa happy sebab telur2 yang dieram dalam incubator dah berjaya ditetaskan, Alhamdulillah so penjagaan untuk anak dia ni lagi kena teliti..





so this all for now, till then...

Thursday, 17 January 2013

Beijing...Here we come!!

Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah finally settle dah booking ticket to beijing, thanks to my wife (^___^) hehehe...insyaAllah plan trip untuk tahun ni mintak2 semuanya berjalan dengan lancar..bulan 5 Singapore, bulan 9 Krabi Thailand and last bulan 12 Beijing..insyaAllah..

BEIJING!!! Here we come~