Assalamualaikum w.b.t...
Harini nak share berkenaan my new pets in da house~ rasa2nya tak ramai sangat yang tahu berkenaan PUYUH TERKECIL ni kot?? terkenal jugak dengan panggilan Button Quail, Puyuh Jepun ataupun Puyuh Mini..jadi jom kita find out ape sebenarnya puyuh mini ni...haaa cantik tak warna Button Quail kat bawah ni? Alhamdulillah selama ni dok tengok je dia ni dalam internet, tp akhirnya dapat jugak 2 ekor warna ni termasuk warna2 yang lain..
Button Quail adalah panggilan kepada sejenis puyuh yang dianggap terkecil di dunia oleh orang-orang Amerika Syarikat. Dalam bahasa Melayu, button quail bermaksud 'puyuh butang' merujuk kepada saiznya yang kecil walaupun ia tidaklah sekecil butang pakaian. Terdapat pelbagai nama panggilan puyuh ini bergantung kepada lokasi masyarakat dunia, ada yang mengenalinya sebagai Chinese Painted Quail, Chinese atau Asian Blue Breasted Quail atau juga sebagai King Quail. Secara saintifiknya, burung ini tergolong dalam keluarga puyuh Coturnix dikenali sebagai Coturnix chinesis. Ia disebut berasal dari negara China dan berkembang biak kepada beberapa variasi dari segi warna. Pada masa sekarang,button quail telah tersebar ke seluruh dunia termasuk Malaysia sebagai binatang kesayangan.
Dengan ketinggian 4 1/2 inci, button quail telah memegang rekod sebagai puyuh terkecil di dunia. Button quail jantan ( foto atas kiri ) mempunyai tubuh yang lebih kecil dan panjang berbanding yang betina. Puyuh jantan dan betina dapat dibezakan dengan jelas dari segi rupanya dan paling mudah dengan melihat tanda gelangan putih di bawah leher puyuh jantan diikuti dengan bulu merah gelap di dadanya. Warna puyuh betina ( foto atas kanan ) lebih kepada keperangan tanpa tanda lain yang menyerlah, kombinasi warna mereka adalah penting bagi membentuk penyamaran yang berkesan ketika di dataran bertanah dan berbatu.
ok, for first bila tahu puyuh mini ni ade dekat mana saya trus call orang tu, dia duduk dekat kelantan, saya bank in duit then terus dia post in box ikut bas express..but 2 3 hari sebelum dapat puyuh mini ni, saya buat plan untuk sangkar dia dan, seperti yang kita tahu puyuh ni tak mengeramkan anak dia kan? so saya oder incubator untuk penetasan telur puyuh mini ni di perak, so proses yang sama, bank in and dia post trus..
so dalam perancangan saya search beberapa jenis sangkar button quail ni dan tanya Mr.Google~
photo : Google
disebabkan saiz dia yang kecil berbanding puyuh biasa, ada jugak orang yang bela puyuh mini ni dalam aquarium...
so lepas dah dapat idea + tak bercadang untuk buat yang besar2 dan cantik2 pun, jadi saya decide untuk tukang sangkar yang kecil dan mudah je proses dia dan yang penting selesa untuk puyuh mini ni...
gambar kat atas ni adalah proses untuk buat sangkar button quail saya..mudah jer~
yang penting peralatan seperti hammer, paku, pemotong playwood, playwood, beberapa batang kayu dan dawai mesti kita sediakan..dan inilah hasilnya~
jenis-jenis Button Quail yang saya ada sekarang ini~
photo : button-quail.tripod.com
dan apa yang membezakan male and female button quail ni senang je, yang penting male mesti ada tanda hitan dekat bawah mulut dia
dalam beberapa hari ni rasa happy sebab telur2 yang dieram dalam incubator dah berjaya ditetaskan, Alhamdulillah so penjagaan untuk anak dia ni lagi kena teliti..
so this all for now, till then...
No comments:
Post a Comment