Followers

Wednesday 9 January 2013

Berita Gembira Buat Rakyat Malaysia

Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah...lama betul tak update blog, dan sebenarnya dah lama nak post berkenaan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong kita baru2 ini..kepulangan baginda selepas menunaikan haji membuatkan saya dan terutamanya rakyat malaysia merasa amat bangga dan berita ini sememangnya dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Sultanah Hajah Haminah Bt Haji Hamidun telahpun berhijab dengan sempurna dan ini membuatkan baginda sebagai Raja Permaisuri Agong yang ke 3 memakai hijab selepas Duli Yang Maha Mulia Tuanku Permaisuri Siti Aishah (Raja Permaisuri Agong yang ke 11) dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Nur Zahirah (Raja Permaisuri Agong ke 13)..
sembah patik Kebawah Duli Tuanku Sultanah yang juga seorang Sultanah yang berjiwa rakyat dan sangat berpekerti mulia semoga Sultanah sentiasa dibawah perlindungan serta jagaanNya...ameen.

inilah contoh terbaik buat rakyat Malaysia, mengikut resamnya padi...makin berisi makin tunduk kebumi...







photo : NST 

photo : BHARIAN


No comments:

Post a Comment