Followers

Thursday 9 February 2012

Raja Permaisuri Agong Menerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara

Assalamualaikum w.b.t...
27.01.2012, Jumaat, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Malaysia, Tuanku Hajah Haminah Berkenan Menerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) daripada kerajaan Malaysia yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bernama

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Sultanah Haminah Binti Hamidun hari ini berkenan menerima Darjah Kebesaran Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.).Penganugerahan ini merupakan simbol penghargaan dan hormat kerajaan Malaysia kepada Raja Permaisuri Agong.Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak mewakili kerajaan menyampaikan Darjah Kebesaran terbabit di Bilik Seri Mahkota Istana Negara jam 3 petang.Turut berangkat di majlis penganugerahan itu ialah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah.Turut hadir Datin Sri Rosmah Mansor,Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria,Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan.


Darjah Seri Utama Mahkota Negara (D.M.N)
Darjah ini hanya mempunyai satu pangkat sahaja dan keanggotaannya terhad kepada 30 orang sahaja.Darjah Kebesaran ini dipersembahkan kepada Duli Duli Yang Maha Mulia Raja Raja Melayu yang baru ditabalkan dan kepada Duli Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Raja Melayu yang bakal ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.Darjah ini juga turut dikurniakan kepada pemerintah luar negara.Darjah ini dizahirkan pada 16 Ogos 1958 dan diwartakan pada 21 Ogos 1958

Raja Permaisuri Agong Ke 4 Tuanku Intan memakai set penuh DMN.


Raja Permaisuri Agong ke3 Almarhum Tuanku Budriah, Raja Permaisuri Agong ke5 Almarhum Tuanku Bahiyah dan Raja Permaisuri Agong ke10 Tuanku Najihah memakai Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N).

Raja Sweden, King Carl Gustav dan Permaisuri Sweden, Ratu Silvia antara penerima DMN dari kalangan pemerintah luar negara.


Queen Elizabeth 11 memakai DMN semasa melawat Malaysia.


Sehingga hari ini,terdapat seramai 18 orang penyandang DMN di Malaysia, berikut adalah senarai penyandang Darjah Utama Seri Mahkota Negara di Malaysia :

1. DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
2. DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Sultanah Haminah Binti Hamidun.
3. YMM Tengku Ampuan Tua Terengganu Tuanku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja.
4.KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.
5.YAM Tunku Puan Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad.
6. DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin.
7. DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun Binti Mohamed Ali.
8. YMM Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.
9. YAM Permaisuri Siti Aishah Binti Abdul Rahman.
10. DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajudin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
11. DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.
12. KDYMM Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Almuktafi Billah Shah.
13. KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah Binti Adil Bakeri.
14. DYMM Mantan Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.
15. DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
16. DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
17. DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar.
18. KDYMM Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke V.

No comments:

Post a Comment