Followers

Thursday, 18 October 2012

Ketika Diuji (-___-)


Untuk kita semua yg sentiasa dilanda

ujian dalam kehidupan.... 

" Dapatkan ilmu kemahiran hidup dunia dan akhirat. 
Ketenangan jiwa dapat dicapai setiap kali ilmu yang
mengubah kita meningkat . 
Jadilah hati yang subur yang berubah dgn ilmu 
bukan hati seperti tanah liat yang hanya mengumpul ilmu 
tetapi tidak mengubah diri. 
Jika Allah sayang pada seseorang...
ALlah beri mereka kefahaman ugama.
JIka kita payah memahami..
banyakkan minta keampunan dari Allah 
dan 
meminta maaf dari manusia supaya jiwa bersih 
dan senang menerima ilmu. 
Hentikan melihat kesilapan orang lain
setiap kali mendapat ilmu pembersihan jiwa. 
Hentikan mengatakan 
memang orang macam itu dan macam ini 
tapi sentiasa mengatakan 
" peringatan buat diri ku ini yang hina dan lalai"
Hentikan meminta tolong dari manusia 
tapi merayu merintih pada Allah. 
Lagi banyak kita meminta dari manusia 
menunjukkan kurang yakin pada Allah. 
Cuba hari ini banyakkan memperbaiki diri dahulu
bagi mereka yg ada masaalah hubungan dengan manusia lain 
dari cuba menyalahkan dan mahu mengubah orang lain. 
Hilangkan semua sifat benci, dengki, marah , dendam 
pada orang lain 
dan
lihat bagaimana hidup kita 
berubah"




-Kata-kata Dari Prof Dr Muhaya-


No comments:

Post a Comment