Assalamualaikum w.b.t..
seawal pagi jam 6.00 dah bangun dah, selesai solat, mandi dan kemas-kemas, kamipun turun bawah sebab driver van dah tunggu untuk bawak kami ke destinasi seterusnya..phuket, patong...
perjalanan mengambil masa dalam 2 jam untuk sampai ke phuket dari Ao nang, dalam planning kami ni, kami akan berada di phuket selama 3 hari 2 malam dan hotel singgahan kami di phuket ialah TUNE hotel patong...Alhamdulillah murah ja dalam Rm34 semalam...best kan...so hotel kami yang ke dua ni lagi dekat dengan bermacam jenis restoran dan makanan, see food ada, masakan melayu ada dan macam2 lagilah..yang penting HALAL!
masa sampai ni, kami berposing sakan dulu dekat screen tv khas sebelum check-in dan masukkan bag, for your info, check-in sepatutnya dalam pukul 2 kebawah kan, in this kes kami check-in awal, so prempuan kat counter tu cakap kalau nak masuk jugak kena baya dalam 200 baht, so apa lagi dah sampai kan so baya je la 200 baht..lepas dah settle, bag pun dah tinggalkan dalam bilik, kami pun pergi lah merayau rayau cari makanan halal area patong phuket ni..alhamdulillah kami dapat tempat makanan halal betul-betul sebelah masjid patong ni and today is friday dan alhamdulillah jugak sebab sempat merasa solat jumaat dekat masjid ni..makanan pun sedap (^___^)v
tapi kat restoran ni tak ada pulut mangga..hahaha
selepas kenyang masing masing dapat makan masakan kat thailand yang suprb ni, kami pun meneruskan langkah ke hotel kami, kat dalam tune hotel tu ada satu side yang disediakan untuk memudahkan pelancong kalau nak ambik apa2 trip kat area phuket ni so kami balik tune hotel balik dan tengok dan pilih apa2 trip yang menarik untuk kami lawati harini..
mini van ni charge kami dua family 200 baht untuk ke tune hotel..boleh lah tu, siap minta discount
lagi dapatlah 180 baht..
sebenarnya dari malaysia lagi dah sibuk dengan satu tempat menarik di phuket, dan ramai jugak yang suggest untuk pergi ke tempat ni kalau dah sampai phuket, masa dok belek belek pemplate yang ada kat meja tu nampak pulak PHUKET FANTASEA...mmm apa lagi, kami nego harga lah..
rate untuk phuket fantasea ni awal2 cakap memang boleh tahan, dah macam masuk Universal Studio Singapore dah kak jah..tapi apa apa pun sangat sangat berbaloi sebab kami ikut jugak kata orang2 yang dah sampai phuket ni, depa suh pegi jugak fantasea ni, wajib katanya..tapi memang tak mengampakan tambahan pula anak2 pun enjoy sangat2..
untuk rate fantasea ni ada beberapa jenis..
FANTASEA RATE
For show only : 1900 baht
Buffet dinner only : 800 baht
Transportation round trip : 300 baht
Gold seat upgrade : 250 baht
ikutlah nak ambik yang mana kan, untuk rate adult ngan children berbeza tau, untuk kami, kami ambik satu package sekali so for one person show + dinner + transport + upgrade to gold seat. harga dia dalam 2850 baht kan, tapi kami dapat special price dalam 2200 baht seorang untuk adult..boleh tahan jugak tu tapi layan je la kan alang alang dah sampai sini..so kami naik ke bilik untuk bersiap dan turun balik kat lobby dalam pukul 6 waktu thailand, ada van yang menanti untuk bawa kami ke Fantasea, so tak payah susah susah nak cari transport kan..
disebabkan hari pun dah gelap, so kami terus heading ke GOLDEN KINNAREE iaitu dewan makan dalam fantasea ni, for first rasa mcm biasalah but then bila dah masuk...punyalah besar tempat makan dia, boleh katakan 5 star la setting dia dan makanan pun apa kurangnya..Alhamdulillah semuanya sedap sedap sangat, selesa dan menarik..
walaupun dalam pantang (diet) haha...tapi disebabkan lauk lauk dia dok memanggil manggil, sooo ambik lah jugak nasi satu senduk pasti mix dengan bermacam macam lauk...adehhh~ mok la pasni..
lepas ja dah habis makan, singgah toilet jap, buat apa yang patut sebelum nak enter dewan theatre dia, so harini dapat berkongsi gambar sampai depan sahaja sebab show kat dalam tak boleh bawak masuk camera dan fon pon tak dibenarkan..so sad...but sebelum tu toilet dia mmg cantik ok, xdak kat tempat lain..hehe
persoalannya...kenapa kat dewan makan ni termasuk toilet dia banyak betul lukisan2 dan patung2 ni, apa yang saya tahu KINNAREE ni ialah salah satu kisah donggeng dulu2 orang thailand, kinnaree ni ialah 7 orang puteri yang berkaki helang yang tinggal di hutan dan juga diawan...
selanjutnya.............pi cari sendiri, saya tahu sampai situ ja..hahahaha
so nilah entrance dia untuk masuk ke dewan theatre...but the show sangat sangat superb! menarik sangat dan jarang2 dapat kita saksikan dimana mana pun tau, kalau korang sampai phuket saya pun nak suggestkan untuk melawat fantasea ni..sangat2 best..alhamdulillah
so what i bought from fantasea world ni...satu saya belikan wife teddy giant pink elephant, sebab dia geram sangat tengok gajah gajah yang bulat2 tu buat show then saya bawa balik 1 box of souvenir show book + Dvd..
so thats all for now...till then
bersambung lagi dengan next entry..trip to thailand day 3
No comments:
Post a Comment