Followers

Thursday 24 March 2016

Skechers - Bukan Hanya Setakat Kasut Sukan


Mula ditubuhkan sejak tahun 1983 lagi, Skechers merupakan jenama kasut yang berasal dari Amerika Syarikat yang pada mulanya memfokuskan kepada penghasilan boots dan kasut skate. Kini, Skechers turut menawarkan pelbagai pilihan kasut yang lain seperti kasut sukan, kasut kasual dan kasut formal untuk lelaki, waita dan juga kanak-kanak. 

Sama seperti jenama kasut antarabangsa yang lain, Skechers turut dikenali di seluruh dunia termasuklah di negara kita, Malaysia. Dengan mengekalkan kualiti kasut yang amat baik sejak awal lagi, koleksi kasut Skechers sememangnya dikenali kerana kualiti yang tinggi dan setanding dengan harga yang ditawarkan.


Apa yang lebih menarik, koleksi kasut Skechers bukan sahaja digunakan ketika melakukan aktiviti sukan, malah turut dipakai ketika melakukan aktiviti kasual atau dijadikan sebagai kasut harian. Rekaan kasut sukan skechers yang amat trendy dengan pilihan warna-warna menarik membolehkan ia dipadankan dengan apa jua pakaian yang anda gemari.



Bukan itu sahaja, apa yang paling penting adalah rekaan kasut Skechers yang direka untuk memberikan sokongan kepada kaki dan tubuh badan si pemakai serta menjamin keselesaan yang optimum.

Oleh itu, jika anda mengidamkan koleksi kasut yang praktikal, versatile, trendy dan selesa dipakai, miliki sepasang kasut Skechers online hari ini juga di ZALORA Malaysia atau kunjungi butik-butik Skechers yang berhampiran anda!

1 comment: