Followers

Wednesday 6 February 2013

Pembantu Rumah




Assalamualaikum w.b.t...
harini nak bercerita berkenaan maid (pembantu rumah) just untuk berkongsi pengalaman, kami dah dalam beberapa tahun menggunakan perkhidmatan pembantu rumah, dari mula2 kami kawin sampailah sekarang ini, tapi kami menghadapi masalah bertukar-tukar pembantu rumah, dari pengalaman saya sendiri pembantu rumah atas tanggungan kami semuanya tak bertahan lama, tak tahulah dimana silapnya, apa yang saya fikir, kami dan dia hanyalah manusia biasa yang tak lari dari kesilapan dan kelemahan.

keadaan kami sekeluarga di rumah serta maid kami..
saya ada dua orang anak lelaki, yang first 4 tahun, yang nombor dua dalam 2 bulan lebih..macam biasa saya dan isteri sediakan satu bilik untuk maid kami, kalau makan pun kadang2 maid kami makan sekali dan kadang2 tidak, memang tak dinafikan kami layan mereka macam keluarga, kalau keluar kami mesti bawak maid kami sekali, tapi masalah yang timbul ialah kebanyakkan pembantu kami ni tak nak mendengar kata, mungkin sebab kami ni muda, dan tak garang kot, masa first ada maid, umur saya 23 dan isteri 22..terus terang saya ni bukan jenis nak tengking2 maid ni itupun terkeluar lah jugak 2 3 kali sebab isteri dah tak tahan sangat dengan perangai degil dan melawan maid2 ni, pernah jugak dengar orang lain punya maid siap bukan setakat makan pun asing, pinggan majikan dan maid pun berlainan, bagi saya itu semua masing2 punya cara dan tak semuanya salah..

untuk tahun 2013 ni pun kami bakal bertukar maid lagi, apa yang saya selalu fikir ialah, anak2 dah terlalu rapat dengan maid yang ada, berkemungkinan makan masa jugak untuk anak2 nak biasakan diri dengan maid yang baru, kalau nak cerita pasal maid2 yang terdahulu memang banyak pengalaman dan dugaan, biasalah hidup dalam satu bumbung tapi cara kita lain dengan cara kehidupan dia, kadang2 tu nak kena bgtau sampai 10 11 kali untuk satu perkara, dan tak terkecuali jugak anak2 jadi mangsa maid lepas geram, rasanaya tak payah lah nak cerita sangat hal2 lepas, yang penting PEMBAHARUAN dari semua aspek untuk tahun baru ni..ada jugak nasihat dari keluarga dan sahabat2 macamana nak atasi masalah maid ni, dan ada terbaca beberapa blog berkenaan pembantu rumah, so harini nak berkongsi cerita pasal mereka ni..

Seorang sahabat berkata kepada Rasulullah Saw, "Pelayan (pembantu rumah tangga) saya berbuat keburukan dan kezaliman." Nabi Saw menjawab, "Kamu harus memaafkannya setiap hari tujuh puluh kali." (HR. Al-Baihaqi)

saya mohon dekat puan blog mamatiamia.blogspot untuk copy paste dan kongsi lagi cerita dan pengalaman beliau..

Berlindung teduh membanting tulang mencari sesuap nasi

Salam,

Faza has written to me, more or less like this:

" I just got maid from Indonesia.If possible i want to be a good employer- if possible as good as Rasulullah.But i keep receiving comments/advices jangan bagi muka,plus my personality yang tak suka confront orang/terasa hati dengan saya- so far i treat her with respect. Obviously i really tak pandai to draw line between being nice and firm"

Dear Faza;

I ll be sharing with you some of my tips and experiences- but please bear in mind it might not be the best or suitable for your situation.Lain orang lain caranya dan ini hanya lah dari my perspective yang tak semestinya boleh di terima pakai oleh yang lain.Sebab banyak factor2 lain yang mempengaruhi, the first thing is surely the maid herself,bagaimana peribadi dan perwatakannya, then comes our peribadi dan perwatakan i.e our expectation,our level of satisfaction,tahap kesabaran dan toleransi.Due to all these i tak blame if some people really give up dengan their maids, some really tak boleh diperbetulkan, i ve encountered one and decided to end her service dari prolong dan menyakitkan ke dua pihak.Setengah orang memang tak bernasib baik dengan maid,sebab ada yang majikan baik tapi maid berhantu pulak dan macam2 lagi, bukan kita tak biasa dengar dalam Tv atau akhbar memang mintak di jauhkan Allah Swt.But if you found a good one,yang bersedia untuk berkerja mencari rezeki halal,sedia untuk belajar treat them good-In sha Allah both parties will benefit from it.I might not be the best majikan dan Heni bukanlah the best maid but we learned to accept each other,accept the good and the less,forgive and forget, we know our boundaries,we know our roles and responsibilties- having her as a maid for 6 years bukanlah semanis kurma tapi manis-manis buah bak kata orang- tak muak,tak jemu dan boleh bertahan:):)

I employed Heni through a registered agent, masih ingat masa pregnant ke agency tu memilih dari beratus gambar, I pasang niat dan berdoa kepada Allah Swt sebab macam manalah kita nak tahu dari gambar yang tersenyum tu semua mana yang ikhlas mana yang boleh membantu kita. My doa biarlah dia baik kepada my anak2 yang baru lahir nanti,yang masih kecil tak berdosa, biarlah dia sabar dan dapat menengok-nengok kan Uwan.

Mula2 datang Heni kurus dan kecik ajer orangnya,masa tu berseluar pendek,berambut pendek semuanya aturan agent, saya pergi menjemput dengan suami.Mula2 sampai dia tak boleh tidur malam sehingga pagi,pukul 2.00, 3.00 kadang hingga 5 pagi dia masih mengelap di sana sini, bila ditanya-katanya masih tak dapat melupakan anak2nya. Dia pun tunjukkan gambar anak yang masih bersekolah ditinggalkan nya.Saya rasa sangat sebak,bersyukur kehadrat Allah kita cukup rezeki tak payah meninggalkan keluarga tersayang demi mencari rezki. Saya ajar dia menulis surat pada keluarga, menghantar gambar,supaya dia dapat melepaskan apa2 saja kerinduan nya.

Masa tu samalah jugak macam Faza, macam2 nasihat saya terima- mostly cakap "jangan bagi muka,jangan bagi keluar,jangan bagi cakap telefon,jangan bagi berkawan, kalau dia pecahkan barang suruh ganti,tolak dari duit gaji, tengok2 dalam fridge nanti dia makan semua makanan, check bilik dan bag dia sesekali mana tahu dia ambik barang2 kita, jangan biar barang kemas terlepa,jangan biar duit bersepah, jangan biasakan beli barang2 untuk dia,kalau dia nak beli biar dia beli duit sendiri,jangan biarkan dia balik setiap tahun...dan banyak lah jangan,jangan lagi"

Saya pun berfikir kita kan nak duduk sebumbung,akan membiarkan dia menjaga anak2 kita semasa tiada, dia access to banyak benda dalam rumah kita,bagaimana kita nak hidup dalam curiga sentiasa. Saya memutuskan untuk treat her as a human, apa yang manusia perlukan dalam hidup dia pun perlu ada kalau tidak bagaimana dia boleh bertahan,bagaimana hati dia boleh tenang. Berkawan, menghubungi keluarga,balik setahun sekali,makan makanan yang ada dalam rumah, mendapat keperluan basic macam shampoo,bedak,baju tidur,sikat etc adalah perkara2 yang diperlukan manusia dan boleh memberi ketenangan dan kebahagiaan. kadang saya hantar dia memotong rambut dan kalau uwan pergi berurut kaki dia pun ikut sama.

Having said that i set few rules- sebab kalau kita berkerja di pejabat pun mestilah ada peraturan kalau tak, kerja tak jalan,office tak harmoni, kita mesti tahu siapa yang memberi arahan dan siapa yang perlu mengikutnya,tak tahu tak apa tapi mesti belajar, buat silap boleh tapi jangan di ulangi. Among perkara yang saya buat adalah :

1) Saya mengajar maid buat kerja mengikut apa yang saya hendak,apa yang utama perlu di buat.Mula2 saya buatkan list, bangun pagi terus masak air dulu, sapu depan,uruskan dapur sebelum membuat yang kurang penting macam menyiram bunga etc.So dia tahu dan tak blank apa perlu di buat.

2) Saya tidak bercakap yang tidak perlu,macam bersembang sembang kosong,mengossip jiran sebelah,bercerita keburukan my adik beradik, melepaskan marah pada anak2 kat dia atau memberitahu perangai Uwan yang tak elok pada dia. Pada saya kalau dia berani mengossip orang mesti dia kan mengossip kita jugak, kalau kita luahkan marah pada suami,anak2 ,adik beradik pada dia mesti dia hilang hormat pada kita.Sebab saya tahu ada orang yang suka melepaskan kekeciwaan dia pada suami,anak2atau
adik beradik pada maid,maid bila berjumpa orang lain tak ada benda nak cerita habis lah dia cerita benda seisi rumah. Saya sentiasa treat Uwan dengan cara terbaik depan dia begitu jugak yang lain2 supaya dia tahu betapa sayangnya saya pada dia orang and hope she will do the same.

3) Saya ingatkan dia tentang sembahyang,saya cakap kalau sesibuk mana pun berhenti lah untuk solat,dia boleh ambik masa kalau nak mengaji dan sebagainya,sebab sekiranya dia dekat dengan Allah Swt,kuat pegangan agamanya In Sha Allah dia tak berbuat perkara-perkara di langgar agama.Alhamdulillah Heni sangat menjaga solatnya.

4) Bila dia buat salah yang boleh diterima akal,macam memecahkan pinggan saya tegur supaya next time berhati-hati tapi kalau dia buat kesalahan yang tak di terima akal dan membahayakan memang saya akan marah supaya dia tahu itu salah.Contohnya- tak tutup iron hingga terbakar ironing board- saya berleter secukupnya sehingga saya puas,kerana bahaya dan dia tak boleh ulang lagi.Tetapi saya tidak mengungkit-ungkit kesalahan dia,dah habis habislah,dia pun manusia jugak tak lari dari silap salah.

5) Saya sentiasa beri dia contoh2,kalau dia bersihkan sink tak cukup bersih saya tak marah tapi saya cuma ambik scrub dan sental sampai bersih,dia nampak dia pun tahu next time nak buat apa,kalau dia simpan leftover food dah cakap banyak kali simpan dalam container tapi dia masukkan jer pinggan dalam fridge,depan2 dia saya keluarkan dan simpan dalam container,next time dia tak buat lagi.

6). Saya amalkan beradap dengan dia,maksudnya- dia tak boleh sentuh badan saya, contohnya sentengah orang suka suruh maid urut kepala atau badan sebab orang indon ni pandai,tapi saya kaki terseliuh,leher tekehel ke,masa dalam pantang ke, saya tak pernah bagi dia sentuh badan saya,sebab saya rasa akan hilang satu respect dia pada kita,kalau badan pun dah boleh disentuh.

7). Jangan tunjukkan kita terlalu bergantung dengan dia,maksudnya dia lah yang paling pandai menguruskan budak2,masak,berkemas dan sebagainya, tanpa dia kita tak berfungsi. To me maid is just a pembantu,kita ketua rumah yang lebih arif dari dia, kita yang masak, bukan dia, kita yang menyusun atur barang2 di dapur ikut kehendak kita bukan dia, kita yang menyuap anak2(air tangan ibu sangat penting),kita yang menghidang pada suami,kita yang menentukan apa baju di pakai anak2, apa cadar yang nak diguna, mana bunga nak di susun. Then orang cakap apa pulak tugas maid you? goyang kaki ajer lah dia, tak semestinya, dia membantu kita,lepas kita masak dia cuci, lepas kita hidang dia kemas, lepas kita berkebun dia sapu,lepas kita susun barang, dia vacuum. Siapa yang menerajui rumah, dapur,anak2 sangat penting. Sangat perlu untuk anak2 bergantung dan berharap pada kita dan bukan pada maid.Kalau dia tahu kita terlalu bergantung pada dia. kadang2 dia naik kepala.Sebaik mana pun dia, sesekali hendaklah kita spot check jugak,kadang2 dia lupa dan sebagainya.

8) Bertimbang rasa lah pada maid- benda sikit macam kalau dia dah kemas dapur bersih2 hingga berkilat,kita goreng telur sebijik, basuhlah kuali dan simpan elok2, kalau hari minggu bekemas lah sama2,dapur kita uruskan lah biar lah dia boleh berehat sikit-sikit.Kalau hari ahad biarkan lah dia keluar untuk melapangkan fikiran itu penting untuk buat hatinya bahagia dan boleh bertahan lama dengan kita.Kalau nak keluar beli groceries tanya lah dia apa keperluan asas dia yang dah habis macam pencuci muka,powder,deodorant etc,bukannya mahal pun, belikan brand yang basic pun dia dah menghargai.Kalau makan tinggalkan lah dia separuh kalau dia jenis yang tak nak makan2 sama, beritahu dia itu untuk dia,saya selalu suruh Tia dan Mia hantarkan pizza dalam pinggan pada heni kalau saya order sebab dia tak tak nak makan masa itu jugak.Kalau saya pergi bercuti dan heni tak ikut saya tinggalkan dia duit sayur,dia boleh beli lauk kalau dia tak nak masak.Kalau dia jual newspaper she can keep the money but she never did, she surely letak kat counter, infact semua duit syiling dari dalam kocek dan sebagainya Heni kumpul sehingga penuh sebesen dah kat laundry area belakang:);)

9) Kenali hati budi masing2, kalau dah tahu hati budi ,kita marah kerana dia salah dia tak ambik hati sebab macam kita marah anak2 jugak.Dulu mula2 saya selalu cakap " Heni ,bukan saya marah Heni saja,anak2 kalau buat salah pun saya marah,Tuan kalau buat yang tak sepatutnya pun saya tegur,kita berkerja di office office pun ada aturan, saya buat tak betul kena marah di pejabat, tak berkhidmat dengan elok tak ada kenaikan gaji,sama jugak kita berkerja di dalam rumah. Saya tahu heni datang jauh meninggalkan anak2 untuk mencari duit,saya terima Heni sebagi saudara Islam,jadi kita perlu berkerja sebagai satu pasukan,saya percaya Heni, saya tahu Heni tak kan buat benda2 yang salah.Bila saya ke pejabat saya beri kepercayaan pada Heni untuk menjaga rumah,anak2,ibu saya yang dah tua.Kita bukan hidup di dunia sahaja, Heni pun mesti tahu kan, In Sha Allah kita buat yang baik berkat lah hidup kita,dapat lah Heni bantu anak2 di kampung sampai berjaya..akan senang hidup Heni nanti".

10) Dan lastly; consistent dalam apa pun yang kita buat; dia salah kita marah,dia buat baik kita puji dan reward, bila dia rasa kita percayakan dia,dia akan rasa sangat seronok,just macam kita di pejabat bila boss percaya kita,puas hati dengan hasil kita kan kita happy. Jangan asyik rasa risau what if aku marah dia lari,what if aku allow dia call keluarga di rasa sedih nak balik? What if aku bagi dia balik kampung dia masa raya dia tak balik lagi? Kalau asyik risau macam tu tak tenteram lah hidup kita .Saya beritahu Heni bahawa kita perlu berkerja dengan rela, saya cakap saya benarkan Heni balik hari raya sebab saya tahu Heni sangat rindukan keluarga,tapi kalau Heni rasa Heni tak mahu berkerja lagi dengan saya, beritahu lah saya, saya takkan halang,tapi jangan lah menyusahkan saya dengan tak balik lagi tiba2, Heni tahu kan saya ada anak2 kecik yang saya terpaksa buat arrangement kalau Heni tak ada, saya perlu masa untuk buat arrangement baru, begitu jugak Uwan"

Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan lancar,macam yang saya cakap bukanlah yang terbagus tapi baik dan menyenangkan hati.Saya tahu dia takkan boleh bekerja lama lagi sebab anak2 nya pun semua dah okay, yang bongsu pun dah masuk sekolah penerbangan,Alhamdulillah. Anak2 Heni pun rasa bersalah ibu dia orang terpaksa membanting tulang menyara mereka sekeluarga. Tapi Heni masih mahu berkerja ,dia nak tengok Tia Mia masuk sekolah, next year tengok lah macam mana,kalau dia masih mahu bekerja Alahmdulillah saya terima,tapi kalau dia terasa mahu berehat,balik ke kampung menikmati hidup dengan anak2 saya tak kan sekat, macam ibu kita lah tentu lah kita rasa sedih kalau bertahun lamanya dia membanting tulang rumah orang.Tak kira banyak mana pun gaji yang kita bagi,apa pun yang kita belikan tapi dia tetap membersihkan bilik air kita,longkang rumah kita,mengelap, mencuci tanpa henti, saya perlu hormat keputusannya dimasa depan.Cuma doa saya ada rezki Uwan,anak2 terurus dengan baik dalam bentuk apa pun,sebab kita pun tak dapat mengagak apa untuk kita di masa depan,

thanks to her (puan blog) sebab kongsi cerita dan pengalaman dengan kami, insyaAllah apa2 yang patut kami perbaiki akan kami buat dan ini sangat2 membantu..thats all for now, till then...

No comments:

Post a Comment