Assalamualaikum w.b.t...
harini nak kongsi resepi lagi, khas by shaqzspixca untuk semua..haha
haritu ada dapat udang galah orang bagi, so resepi harini ada dua resepi, satu resepi menggunakan udang galah dan satu lagi nasi goreng bukan sebarang, sedap ok!...hahaha so resepi pertama dipanggil
UDANG GALAH MASAK MASAM MANIS
Bahan2 dia simple and easy sahaja, Udang Galah....beberapa ulas bawang merah, beberapa ulas bawang putih, 1 batang cili merah, 1 batang cili hijau, 1 biji tomato, 2 batang serai, sos cili dan sos tomato...
cara memasaknye pun mudah ja, tapi InShaaAllah sedap..jom kita start masak~
first step untuk masakan masam manis ni, saya suka lagi kalau goreng dulu udang galah ni so nanti biar ranggup kulit dia, panaskan minyak masak then bila dah panas gorengkan udang ni tadi sampai agak masak..
jangan lupa balik2 kan dia so both side masak dan garing nanti..
pastikan dia masak@merah macam ni dan jangan terlalu garing sangat pulak nanti, jgn sampai hangus je lah cik jah oi senang cite...hahaaa
so bila dah siap asingkan dia dulu, ambik kuali baru, masukkan minyak masak udang ni tadi (tips untuk lagi sedap) then masukkan udang galah ni plus dengan bahan2 dia tadi..
lepas dah masukkan semua bahan2 tadi goreng lagi dia supaya bawang dan bahan2 lain masak..
lepas dah naik bau barulah dimasukkan sos cili dan sos tomato serta garam yang secukupnya ya, banyak sos dia ikut suka kita, kalau nak pedas, masukkan banyak lagi sos cili dan kalau nak masam lagi masukkan sos tomato lebih ok (^___^)
walla..siap on flash bagi nampak Yummy lagi, susun atur memey dok menarik lansung cik jah! tapiiiii rasa dia Mmmmmmm~ try dulu varu tahu cik jah..haha selamat mencuba...
sooo resepi kita yang kedua ni shaqzspixca bagi nama dia~
NASI GORENG IKAN BILIS
resepi yang ni lg simple...nasi putih, segengam ikan bilis dan beberapa ulas bawang merah dan bawang putih..
nilah dia cara oldsekul yang akan menyedapkan lagi masakan kita tau, haaaa masukkan semua bahan2 tadi dalam lesung ni and then tumbuk cik jah sampai lumat, tapi kalau nak sedap jangan tumbuk sampai hancur sangat la...macam kat bawah ni..
then dengan menggunakan minyak lebihan goreng udang galah tadi, kita panaskan dan goreng bahan2 yg ditumbuk tadi..
goreng3...masukkan garam secukupnya then masukkan nasi putih kedalam kuali...
wallaa...sudah siap 2 resepi mudah kalini, makan udang galah masak masam manis + dengan nasi goreng ikan vilisss cik jah masyukkk ok..selamat mencuba ya (^___^)v...till then..
No comments:
Post a Comment