Assalamualaikum w.b.t..
dah tiba masa untuk membusykan diri lagi...manage majlis aqiqah untuk my third boboboi pulak...Muhammad syawal miqdad...but first kena buat design baru balik untuk rangka berendoi dan lain-lain...so macam biasa pergi sana sini untuk cari barang-barang termasuk goodies bag bunga telur...kain untuk kemah...kain pelamin berendoi dan banyak lagi...tapi apa-apa pun yang paling penting kena la selerakkan rumah lepastu kemas balik..huhuu poning den...banyak sampah rupanya bila kemas2 rumah + stor rumah...hambik nak kenduri punya pasal...
gambar atas ni hasil audit dalam stor rumah, ini kira cantik dah ni kalau sebelum...penuh satu tempat letak kereta...and gambar kat bawah ni la area nak pasang pelamin berendoi nanti..
kemah pun dah mula naik dah masa beberapa hari sebelum majlis...
so sambil-sambil kemas rumah and bersihkan apa2 yang patut...saya dengan emak and kadang2 kalau free adik beradik join untuk cari beberapa barang yang perlu untuk majlis...
mak yang pilih barang-barang untuk goodies bag team marhaban and tetamu yang hadir nanti...
beli 2 deco bunga yang sama untuk side kiri kanan pelamin berendoi nanti...
ok so kat bawah ni ialah gubahan kain towel untuk team marhaban...jadi jom saya nak share and ajar macamna cara lipatan kain towel biru ni supaya jadi bentuk udang galah...huhu
first step...ambik 2 bucu kain towel ni...kiri and kanan then gabungkan dua2 belah hujung...
sec step....pegang kain yang kita gabungkan tadi supaya jadi satu dan bahagian hujung tu terbuka so bahagian tu lah ekor udang tu...
langkah seterusnya...ikat bahagian yang kita pegang tadi...
masukkan tangan bawah kain ni tadi...gunakan jari telunjuk dan ibu jari...buka dua jari ni tadi bawah kain tu so kalau buka dua jari tu dia akan jadi bentuk L...
tolak kain yang kita dah lebarkan guna dua jari kita tu tadi kedepan...
then lepas dah tolak kedepan...lepastu lipat kiri dan kanan ke bahagian bawah...
this is how it look...
then reapet the same way yang step masukkan tangan ke bawah kain and gunakan dua jari tadi tu then lipat...
at the end dia akan merengkok sendiri jadi macamni...macam bahagian belakang udangkan? :)
so bila sampai bahagian kepala tu, lipat la sampai dia jadi rapi and ada muncung sikit untuk mulut udang tu...
selamat mencuba ya (^___^)v....hasil bantuan emak...ada macam2 bentuk and warna kat bawah ni....the rest kami buat lipatan bulat biasa macam bentuk rotu and bunga ros...
lepas bab goodies and isi2 dalamnya dah selesai saya design pulak invitation card + sticker
tak lupa jugak design untuk diberi pada tukang kayu...design pelamin berendoi dan rangka untuk candy booth..
masa ni pergi tempah mini cup cake untuk candy booth kami tu nanti...
so 3 hari sebelum majlis...kami adik beradik saya berkumpul untuk settlekan macam2 benda termasuk masukkan barang-barang untuk goodies bag sambil-sambil saya settlekan pelamin berendoi...
gambar dekat bawah ni adalah proses deco pelamin berendoi Muhammad Syawal Miqdad oleh saya sendiri...untuk anak sendiri jadi buatlah sendiri....kalini tak nak heavy sangat and nak simple je...tapi simple ke? haha...jom lah tengok...just for sharing and a bit idea for u guys out there...(^___^)v..
wife saya dengan adik beradik settlekan benda lain...saya settlekan pelamin berendoi...
budak bam bam pun join jugak..haha
letak gambar Muhammad Syawal Miqdad so that senang orang nak tengok baby...taklah terjenguk jenguk dalam buai tu..
so malam tu jugak sambil-sambil saya settlekan pelamin...kakak2 and adik settlekan deco untuk candy booth...
so inilah hasilnya...lepas semuanya dah selesai alhamdulillah...keesokkan harinya tibalah waktu menyambut tetamu yang datang kerumah...pagi2 tu start dengan majlis marhaban...
bam bam ayah Muhammad Syawal Miqdad (^___^)
ibu dengan syawal <3
so gambar yang sempat saya ambik sampai sini sahaja...yang lain tak sempat sebab sibuk menyambut tetamu yang datang start dari pukul 9.30 sehinggalah paling lewat pukul 1 pagi...gambar 1 family pun tak sempat...gambar anak beranak pun tak sempat....huhu alhamdulillah bersyukur kepada Allah sebab semuanya berjalan dengan lancar walaupun hujan lebat tapi tetamu yang datang tak putus-putus...alhamdulillah so thats all for now...till then and TQ for reading ya guys (^___^)v...
Thanks for sharing :)
ReplyDelete