Assalamualaikum w.b.t..
pernah dengar tak musang pandan? some mungkin familiar kot dengan nama and rupa dia, sebab musang ni suka duduk dalam bumbung rumah selain dari pokok2 tinggi...
kisahnya macamni...chehh macam baca buku cerita pulak..haha, ok...depan rumah saya ni ada pokok quinin (pelam)...sebenarnya saya dah tahu kewujudan musang2 pandan ni sebab pernah sekali anak dia jatuh dari bumbung...bunyi punyalah bingit telinga...then mak dia keluar dari bumbung and turun ambik anak dia tu...yang kaitan dengan pokok quinin ni pulak, sebenarnya dari dulu lagi...kalau nak keluar rumah pada waktu malam, lampu kereta mestu suluh ke arah pokok tu so malam2 masa nak kelaur nampak lah anak musang ni tadi kecik ja masa tu tengah makan buah2 quinin yang jatuh...boleh dikatakan selalu jugak nampak musang ni malam2...ada sekali tengah jalan2 area luar rumah, tiba-tiba dengar kucing duk bergaduh la sambil lari2...ingat kucing dengan kucing sekali musang yang kena kejar dengan kucing...so dalam lebih kurang minggu lepas la, waktu siang dalam pukul 12 tnghari mcm tulah...tiba-tiba nampak pulak sekor musang ni agak besar dah duk jalan guna kaki belakang sahaja...tangan depan dua2 mcm dah lebik and jalan pon seret kepala dia atas lantai...
punyalah kelang kabut dia nampak saya...so dia terus lari sambil seret kepala dia atas lantai...saya dah nampak dia apalagi, kesian pulak, terus la masuk rumah and cari kain tebal sikit (takot pulak tu kena gigit) hahahaah...tapi masa tangkap dia tu memangla kuat betul rahang dia gigit kain...tambah2 cedera kan, so tangkap then masukkan dalam cage yg xguna dah pastu potomg sikit quinin untuk dia makan...
dalam beberapa haritu memang tengok keadaan dia macam teruk jugak..pernafasan pun macam ada problem sikit, tapi memang tak sempat nak bawa ke klinik...so masa tngk mcm dia xbole nak survive and makan sendiri...apa lagi tangkapla guna kain and suapkan makan...garang minta ampun, nasib pergerakkan dia terbatas ja, kalau tidak lama dah kena gigit...then suap kan air and buah la...buah yang paling dia suka buah pisang...dalam 3 hari mcmtu still tak nampak apa2 improvement so saya decide untuk bawak dia ke klinik...mula2 pergi klinik biasa ja, Dr tu cakap kat sini tak ada Dr pakar untuk haiwan exotic...so saya minta dia tolong ckeckan ja mana tau kot2 broken bone ke apa ke...tapi Dr tu cakap kemungkinan jatuh dari tempat tinggi ni sebab broken bone tak ada just musang ni marah masa pegang tangan dia tu...Dr cakap mungking ada kaitan dengan saraf ke tulang belakang lebih kurang macam tulah...so dia advice untuk reafer ke hospital haiwan UPM kat serdang...
so pergi la hospital vet ni pada hari ke 3...masa daftar kat counter tu, akak tu tanya apa nama pet, saya kata bukan pet, musang liar...tapi dia kata comel musang ni, bagilah nama..pastu apa lagi saya cakap la..ok la kak..bubuh miko..hahahaah lawak plak rasa...macam main bagi nama ja tah anak sapa2 tah...hahaha...gitu :p...then beberapa minit org tu panggil masuk bilik Dr...masa dalam bilik tu, Dr dengan pembantu dia try nak ambik dia, memang payah serious cakap siap kena panggil pembantu lagi sebab ganaih musang ni...so Dr tu cakap kena bagi ubat pelali ni sebab tak nak duduk diam...then dia kata sblm suntik kena timbang berat dulu sebab nak tentukan dos kot...
lepas dah kena suntik Dr tu check la kaki dia...Dr tu cakap mcm tak ada broken bone, apa2 pun kena x-ray dulu la...so dia ada cakap..kalau lepas x-ray tiba2 ada broken bone la kan kata dia...kos untuk pembedahan boleh capai from 800 to 1000 plus stay kat hospital tu, kata dia lagi kalau encik xsanggup nak jaga dia encik bagi je la dekat perhilitan yang terdekat...so tak apa lah saya kata kita x-ray la dlu...
lepas dah x-ray bawak balik MIKO ni dalam bilik Dr dan dia tunjuk result..kata Dr ni tak ada broken bone just saraf dia and tulang pada join kat tangan dia tu mcm membengkak and tak smooth...so dia just bagi ubat untuk makan setiap hari...kena suap la gamaknya tiap2 hari...
masa ni duk pening mamai kena ubat pelali...sian pulak tengok miko ni...kalau biarkan mesti mati...tapi nak buat mcmna, suapkan je la makanan and ubat...minta2 cepat sembuh lah...
dan nak dipendekkan cerita...selang beberapa minggu tu...beberapa hari tak sempat nak habiskan ubat makan miko ni, ada 1 hari tu busy nak kenduri aqiqah Muhammad syawal...so ada 1 malam tu rupa-rupanya miko ni berjaya lepaskan diri...tapi hasil dari suapkan makan ubat kat dia...kaki depan belah kiri dah boleh jejak dah tinggal kaki kanan ja...kesian sangat...mana pulak dia pegi kan...just doa minta2 hidup and boleh survive cari makan sendiri la...huhu all the best miko..
thats all for now...till then
No comments:
Post a Comment