Followers

Thursday, 7 February 2013

Design Baju Nikah & Jahitan Manik : By Shaqzspixca

Assalamualaikum w.b.t..
as promise ni dia baju PERNIKAHAN adik saya 
( Design + Beading )
rujukan lain berkaitan ~> PERNIKAHAN
untuk design baju tunang sila click sini ~> PERTUNANGAN




THE DESIGN


THE BEADING







apa2 pun alhamdulillah sebab semuanya dah selesai, teringat lagi dok bersekang mata menjahit manik baju ni..hehe thats all for now, till then...

Wednesday, 6 February 2013

Pembantu Rumah




Assalamualaikum w.b.t...
harini nak bercerita berkenaan maid (pembantu rumah) just untuk berkongsi pengalaman, kami dah dalam beberapa tahun menggunakan perkhidmatan pembantu rumah, dari mula2 kami kawin sampailah sekarang ini, tapi kami menghadapi masalah bertukar-tukar pembantu rumah, dari pengalaman saya sendiri pembantu rumah atas tanggungan kami semuanya tak bertahan lama, tak tahulah dimana silapnya, apa yang saya fikir, kami dan dia hanyalah manusia biasa yang tak lari dari kesilapan dan kelemahan.

keadaan kami sekeluarga di rumah serta maid kami..
saya ada dua orang anak lelaki, yang first 4 tahun, yang nombor dua dalam 2 bulan lebih..macam biasa saya dan isteri sediakan satu bilik untuk maid kami, kalau makan pun kadang2 maid kami makan sekali dan kadang2 tidak, memang tak dinafikan kami layan mereka macam keluarga, kalau keluar kami mesti bawak maid kami sekali, tapi masalah yang timbul ialah kebanyakkan pembantu kami ni tak nak mendengar kata, mungkin sebab kami ni muda, dan tak garang kot, masa first ada maid, umur saya 23 dan isteri 22..terus terang saya ni bukan jenis nak tengking2 maid ni itupun terkeluar lah jugak 2 3 kali sebab isteri dah tak tahan sangat dengan perangai degil dan melawan maid2 ni, pernah jugak dengar orang lain punya maid siap bukan setakat makan pun asing, pinggan majikan dan maid pun berlainan, bagi saya itu semua masing2 punya cara dan tak semuanya salah..

untuk tahun 2013 ni pun kami bakal bertukar maid lagi, apa yang saya selalu fikir ialah, anak2 dah terlalu rapat dengan maid yang ada, berkemungkinan makan masa jugak untuk anak2 nak biasakan diri dengan maid yang baru, kalau nak cerita pasal maid2 yang terdahulu memang banyak pengalaman dan dugaan, biasalah hidup dalam satu bumbung tapi cara kita lain dengan cara kehidupan dia, kadang2 tu nak kena bgtau sampai 10 11 kali untuk satu perkara, dan tak terkecuali jugak anak2 jadi mangsa maid lepas geram, rasanaya tak payah lah nak cerita sangat hal2 lepas, yang penting PEMBAHARUAN dari semua aspek untuk tahun baru ni..ada jugak nasihat dari keluarga dan sahabat2 macamana nak atasi masalah maid ni, dan ada terbaca beberapa blog berkenaan pembantu rumah, so harini nak berkongsi cerita pasal mereka ni..

Seorang sahabat berkata kepada Rasulullah Saw, "Pelayan (pembantu rumah tangga) saya berbuat keburukan dan kezaliman." Nabi Saw menjawab, "Kamu harus memaafkannya setiap hari tujuh puluh kali." (HR. Al-Baihaqi)

saya mohon dekat puan blog mamatiamia.blogspot untuk copy paste dan kongsi lagi cerita dan pengalaman beliau..

Berlindung teduh membanting tulang mencari sesuap nasi

Salam,

Faza has written to me, more or less like this:

" I just got maid from Indonesia.If possible i want to be a good employer- if possible as good as Rasulullah.But i keep receiving comments/advices jangan bagi muka,plus my personality yang tak suka confront orang/terasa hati dengan saya- so far i treat her with respect. Obviously i really tak pandai to draw line between being nice and firm"

Dear Faza;

I ll be sharing with you some of my tips and experiences- but please bear in mind it might not be the best or suitable for your situation.Lain orang lain caranya dan ini hanya lah dari my perspective yang tak semestinya boleh di terima pakai oleh yang lain.Sebab banyak factor2 lain yang mempengaruhi, the first thing is surely the maid herself,bagaimana peribadi dan perwatakannya, then comes our peribadi dan perwatakan i.e our expectation,our level of satisfaction,tahap kesabaran dan toleransi.Due to all these i tak blame if some people really give up dengan their maids, some really tak boleh diperbetulkan, i ve encountered one and decided to end her service dari prolong dan menyakitkan ke dua pihak.Setengah orang memang tak bernasib baik dengan maid,sebab ada yang majikan baik tapi maid berhantu pulak dan macam2 lagi, bukan kita tak biasa dengar dalam Tv atau akhbar memang mintak di jauhkan Allah Swt.But if you found a good one,yang bersedia untuk berkerja mencari rezeki halal,sedia untuk belajar treat them good-In sha Allah both parties will benefit from it.I might not be the best majikan dan Heni bukanlah the best maid but we learned to accept each other,accept the good and the less,forgive and forget, we know our boundaries,we know our roles and responsibilties- having her as a maid for 6 years bukanlah semanis kurma tapi manis-manis buah bak kata orang- tak muak,tak jemu dan boleh bertahan:):)

I employed Heni through a registered agent, masih ingat masa pregnant ke agency tu memilih dari beratus gambar, I pasang niat dan berdoa kepada Allah Swt sebab macam manalah kita nak tahu dari gambar yang tersenyum tu semua mana yang ikhlas mana yang boleh membantu kita. My doa biarlah dia baik kepada my anak2 yang baru lahir nanti,yang masih kecil tak berdosa, biarlah dia sabar dan dapat menengok-nengok kan Uwan.

Mula2 datang Heni kurus dan kecik ajer orangnya,masa tu berseluar pendek,berambut pendek semuanya aturan agent, saya pergi menjemput dengan suami.Mula2 sampai dia tak boleh tidur malam sehingga pagi,pukul 2.00, 3.00 kadang hingga 5 pagi dia masih mengelap di sana sini, bila ditanya-katanya masih tak dapat melupakan anak2nya. Dia pun tunjukkan gambar anak yang masih bersekolah ditinggalkan nya.Saya rasa sangat sebak,bersyukur kehadrat Allah kita cukup rezeki tak payah meninggalkan keluarga tersayang demi mencari rezki. Saya ajar dia menulis surat pada keluarga, menghantar gambar,supaya dia dapat melepaskan apa2 saja kerinduan nya.

Masa tu samalah jugak macam Faza, macam2 nasihat saya terima- mostly cakap "jangan bagi muka,jangan bagi keluar,jangan bagi cakap telefon,jangan bagi berkawan, kalau dia pecahkan barang suruh ganti,tolak dari duit gaji, tengok2 dalam fridge nanti dia makan semua makanan, check bilik dan bag dia sesekali mana tahu dia ambik barang2 kita, jangan biar barang kemas terlepa,jangan biar duit bersepah, jangan biasakan beli barang2 untuk dia,kalau dia nak beli biar dia beli duit sendiri,jangan biarkan dia balik setiap tahun...dan banyak lah jangan,jangan lagi"

Saya pun berfikir kita kan nak duduk sebumbung,akan membiarkan dia menjaga anak2 kita semasa tiada, dia access to banyak benda dalam rumah kita,bagaimana kita nak hidup dalam curiga sentiasa. Saya memutuskan untuk treat her as a human, apa yang manusia perlukan dalam hidup dia pun perlu ada kalau tidak bagaimana dia boleh bertahan,bagaimana hati dia boleh tenang. Berkawan, menghubungi keluarga,balik setahun sekali,makan makanan yang ada dalam rumah, mendapat keperluan basic macam shampoo,bedak,baju tidur,sikat etc adalah perkara2 yang diperlukan manusia dan boleh memberi ketenangan dan kebahagiaan. kadang saya hantar dia memotong rambut dan kalau uwan pergi berurut kaki dia pun ikut sama.

Having said that i set few rules- sebab kalau kita berkerja di pejabat pun mestilah ada peraturan kalau tak, kerja tak jalan,office tak harmoni, kita mesti tahu siapa yang memberi arahan dan siapa yang perlu mengikutnya,tak tahu tak apa tapi mesti belajar, buat silap boleh tapi jangan di ulangi. Among perkara yang saya buat adalah :

1) Saya mengajar maid buat kerja mengikut apa yang saya hendak,apa yang utama perlu di buat.Mula2 saya buatkan list, bangun pagi terus masak air dulu, sapu depan,uruskan dapur sebelum membuat yang kurang penting macam menyiram bunga etc.So dia tahu dan tak blank apa perlu di buat.

2) Saya tidak bercakap yang tidak perlu,macam bersembang sembang kosong,mengossip jiran sebelah,bercerita keburukan my adik beradik, melepaskan marah pada anak2 kat dia atau memberitahu perangai Uwan yang tak elok pada dia. Pada saya kalau dia berani mengossip orang mesti dia kan mengossip kita jugak, kalau kita luahkan marah pada suami,anak2 ,adik beradik pada dia mesti dia hilang hormat pada kita.Sebab saya tahu ada orang yang suka melepaskan kekeciwaan dia pada suami,anak2atau
adik beradik pada maid,maid bila berjumpa orang lain tak ada benda nak cerita habis lah dia cerita benda seisi rumah. Saya sentiasa treat Uwan dengan cara terbaik depan dia begitu jugak yang lain2 supaya dia tahu betapa sayangnya saya pada dia orang and hope she will do the same.

3) Saya ingatkan dia tentang sembahyang,saya cakap kalau sesibuk mana pun berhenti lah untuk solat,dia boleh ambik masa kalau nak mengaji dan sebagainya,sebab sekiranya dia dekat dengan Allah Swt,kuat pegangan agamanya In Sha Allah dia tak berbuat perkara-perkara di langgar agama.Alhamdulillah Heni sangat menjaga solatnya.

4) Bila dia buat salah yang boleh diterima akal,macam memecahkan pinggan saya tegur supaya next time berhati-hati tapi kalau dia buat kesalahan yang tak di terima akal dan membahayakan memang saya akan marah supaya dia tahu itu salah.Contohnya- tak tutup iron hingga terbakar ironing board- saya berleter secukupnya sehingga saya puas,kerana bahaya dan dia tak boleh ulang lagi.Tetapi saya tidak mengungkit-ungkit kesalahan dia,dah habis habislah,dia pun manusia jugak tak lari dari silap salah.

5) Saya sentiasa beri dia contoh2,kalau dia bersihkan sink tak cukup bersih saya tak marah tapi saya cuma ambik scrub dan sental sampai bersih,dia nampak dia pun tahu next time nak buat apa,kalau dia simpan leftover food dah cakap banyak kali simpan dalam container tapi dia masukkan jer pinggan dalam fridge,depan2 dia saya keluarkan dan simpan dalam container,next time dia tak buat lagi.

6). Saya amalkan beradap dengan dia,maksudnya- dia tak boleh sentuh badan saya, contohnya sentengah orang suka suruh maid urut kepala atau badan sebab orang indon ni pandai,tapi saya kaki terseliuh,leher tekehel ke,masa dalam pantang ke, saya tak pernah bagi dia sentuh badan saya,sebab saya rasa akan hilang satu respect dia pada kita,kalau badan pun dah boleh disentuh.

7). Jangan tunjukkan kita terlalu bergantung dengan dia,maksudnya dia lah yang paling pandai menguruskan budak2,masak,berkemas dan sebagainya, tanpa dia kita tak berfungsi. To me maid is just a pembantu,kita ketua rumah yang lebih arif dari dia, kita yang masak, bukan dia, kita yang menyusun atur barang2 di dapur ikut kehendak kita bukan dia, kita yang menyuap anak2(air tangan ibu sangat penting),kita yang menghidang pada suami,kita yang menentukan apa baju di pakai anak2, apa cadar yang nak diguna, mana bunga nak di susun. Then orang cakap apa pulak tugas maid you? goyang kaki ajer lah dia, tak semestinya, dia membantu kita,lepas kita masak dia cuci, lepas kita hidang dia kemas, lepas kita berkebun dia sapu,lepas kita susun barang, dia vacuum. Siapa yang menerajui rumah, dapur,anak2 sangat penting. Sangat perlu untuk anak2 bergantung dan berharap pada kita dan bukan pada maid.Kalau dia tahu kita terlalu bergantung pada dia. kadang2 dia naik kepala.Sebaik mana pun dia, sesekali hendaklah kita spot check jugak,kadang2 dia lupa dan sebagainya.

8) Bertimbang rasa lah pada maid- benda sikit macam kalau dia dah kemas dapur bersih2 hingga berkilat,kita goreng telur sebijik, basuhlah kuali dan simpan elok2, kalau hari minggu bekemas lah sama2,dapur kita uruskan lah biar lah dia boleh berehat sikit-sikit.Kalau hari ahad biarkan lah dia keluar untuk melapangkan fikiran itu penting untuk buat hatinya bahagia dan boleh bertahan lama dengan kita.Kalau nak keluar beli groceries tanya lah dia apa keperluan asas dia yang dah habis macam pencuci muka,powder,deodorant etc,bukannya mahal pun, belikan brand yang basic pun dia dah menghargai.Kalau makan tinggalkan lah dia separuh kalau dia jenis yang tak nak makan2 sama, beritahu dia itu untuk dia,saya selalu suruh Tia dan Mia hantarkan pizza dalam pinggan pada heni kalau saya order sebab dia tak tak nak makan masa itu jugak.Kalau saya pergi bercuti dan heni tak ikut saya tinggalkan dia duit sayur,dia boleh beli lauk kalau dia tak nak masak.Kalau dia jual newspaper she can keep the money but she never did, she surely letak kat counter, infact semua duit syiling dari dalam kocek dan sebagainya Heni kumpul sehingga penuh sebesen dah kat laundry area belakang:);)

9) Kenali hati budi masing2, kalau dah tahu hati budi ,kita marah kerana dia salah dia tak ambik hati sebab macam kita marah anak2 jugak.Dulu mula2 saya selalu cakap " Heni ,bukan saya marah Heni saja,anak2 kalau buat salah pun saya marah,Tuan kalau buat yang tak sepatutnya pun saya tegur,kita berkerja di office office pun ada aturan, saya buat tak betul kena marah di pejabat, tak berkhidmat dengan elok tak ada kenaikan gaji,sama jugak kita berkerja di dalam rumah. Saya tahu heni datang jauh meninggalkan anak2 untuk mencari duit,saya terima Heni sebagi saudara Islam,jadi kita perlu berkerja sebagai satu pasukan,saya percaya Heni, saya tahu Heni tak kan buat benda2 yang salah.Bila saya ke pejabat saya beri kepercayaan pada Heni untuk menjaga rumah,anak2,ibu saya yang dah tua.Kita bukan hidup di dunia sahaja, Heni pun mesti tahu kan, In Sha Allah kita buat yang baik berkat lah hidup kita,dapat lah Heni bantu anak2 di kampung sampai berjaya..akan senang hidup Heni nanti".

10) Dan lastly; consistent dalam apa pun yang kita buat; dia salah kita marah,dia buat baik kita puji dan reward, bila dia rasa kita percayakan dia,dia akan rasa sangat seronok,just macam kita di pejabat bila boss percaya kita,puas hati dengan hasil kita kan kita happy. Jangan asyik rasa risau what if aku marah dia lari,what if aku allow dia call keluarga di rasa sedih nak balik? What if aku bagi dia balik kampung dia masa raya dia tak balik lagi? Kalau asyik risau macam tu tak tenteram lah hidup kita .Saya beritahu Heni bahawa kita perlu berkerja dengan rela, saya cakap saya benarkan Heni balik hari raya sebab saya tahu Heni sangat rindukan keluarga,tapi kalau Heni rasa Heni tak mahu berkerja lagi dengan saya, beritahu lah saya, saya takkan halang,tapi jangan lah menyusahkan saya dengan tak balik lagi tiba2, Heni tahu kan saya ada anak2 kecik yang saya terpaksa buat arrangement kalau Heni tak ada, saya perlu masa untuk buat arrangement baru, begitu jugak Uwan"

Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan lancar,macam yang saya cakap bukanlah yang terbagus tapi baik dan menyenangkan hati.Saya tahu dia takkan boleh bekerja lama lagi sebab anak2 nya pun semua dah okay, yang bongsu pun dah masuk sekolah penerbangan,Alhamdulillah. Anak2 Heni pun rasa bersalah ibu dia orang terpaksa membanting tulang menyara mereka sekeluarga. Tapi Heni masih mahu berkerja ,dia nak tengok Tia Mia masuk sekolah, next year tengok lah macam mana,kalau dia masih mahu bekerja Alahmdulillah saya terima,tapi kalau dia terasa mahu berehat,balik ke kampung menikmati hidup dengan anak2 saya tak kan sekat, macam ibu kita lah tentu lah kita rasa sedih kalau bertahun lamanya dia membanting tulang rumah orang.Tak kira banyak mana pun gaji yang kita bagi,apa pun yang kita belikan tapi dia tetap membersihkan bilik air kita,longkang rumah kita,mengelap, mencuci tanpa henti, saya perlu hormat keputusannya dimasa depan.Cuma doa saya ada rezki Uwan,anak2 terurus dengan baik dalam bentuk apa pun,sebab kita pun tak dapat mengagak apa untuk kita di masa depan,

thanks to her (puan blog) sebab kongsi cerita dan pengalaman dengan kami, insyaAllah apa2 yang patut kami perbaiki akan kami buat dan ini sangat2 membantu..thats all for now, till then...

Tuesday, 5 February 2013

Kolagen Rumpai Laut pulau Sampoerna Sabah

Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah stock rumpai laut gred double A (kuning) dan gred triple A (ungu) dah sampai dari sabah,
so start timbang and design simple leaflet cara2 penggunaan untuk disertakan bagi memudahkan para pembeli menggunakan khasiat kolagen rumpai laut ni...jom tengok~


for starting ni tak ambik banyak2 lagi just beberapa kG je dulu..

Rumpai Laut Gred AA 

Rumpai Laut Gred AAA 

1 packet = 100g

leaflet utk gred AA 

leaflet utk gred AAA 



Alhamdulillah dah settle packaging + leaflet cara2 penggunaan, saya juga sarankan supaya mengambil kolagen rumpai laut ni dengan Tiox-c bagi kesan yang lebih ketara, ini kerana Tiox-c mengandungi ejen pemutihan iaitu vit C dan glutatione, jika dimakan bersama-sama kolagen rasanya kesan dia (pemutihan + kesihatan kulit dan badan) mungkin akan lebih cepat lagi insyaAllah (^___^)v

Rumpai laut mempunyai kandungan iodine yang tinggi, 
berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang. Ia turut memiliki banyak vitamin dan mineral penting untuk tubuh seperti kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, omega 3 dan antioksidan. Kandungan serat yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir.


KESAN PENGAMBILAN KOLAGEN ASLI:

-Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Memejalkan payudara, otot dan punggung
-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
-Mengurangi selulit
-Memberi tenaga
-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser/tumor
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
-Anti bakteria/kulat
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
-Menberikan rasa kekenyangan (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)

Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah. Pori2 kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker. Bagi ibu hamil, pengambilan kolagen membuatkan kulit bayi yang dilahirkan cantik, sihat dan cerah.


INFO




Eucheuma adalah sejenis sepsis rumpai laut yang tumbuh liar dalam kelompok yang banyak terutamanya di negeri Sabah, Malaysia Timur. Ianya bleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau medium air yang bergerak perlahan. Kajian saintifik menunujukkan eucheuma mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses asas bio-kemikal dan bio-teknologi.

Jenis-jenis Rumpai Laut

Eucheuma Cottonii dan Euchuema Spinosunm adalah dua jenis runpai laut yang lazim ditanam pada masa kini. Perbezaan antara kedua-dua jenis ini ialah Eucheuma Spinosum mempunyai dahan yang seakan-akan berduri manakala Eucheuma Cottonii tidak. Rumpai laut adalah salah satu tumbuhan yang bernilai tinggi di bawah air laut atau sungai di dunia. Ianya adalah tumbuhan yang menarik dan berlainan dari jenis-jenis tumbuhan di laut.

Rumpai laut adalah sayur laut yang mengandungi kekayaan nutrients. Kita boleh mendapatkan nutrients dalam sayuran atau rumpai laut ini. Rumpai laut telah dibuat makanan dan pelbagai guna beribu tahun dan boleh diternakkan buat masa kini. Sayur laut ini adalah sejenis rumpai yang hidup di dalam laut. Rumpai ini menhasilkan pelbagai dari bioactive compounds untuk digunakan dalam perubatan, cosmetic dan juga dalam makanan sebagai stabilizer, preservatives dan agar-agar.

Produk dari Rumpai Laut

Carrageenan adalah produk yang diperolehi dari rumpai laut yang banyak digunakan oleh pelbagai industry seperti pharmaceutical, kosmetik, kilang penapisan, pengawetan dan juga dalam industri pembuatan bahan letupan dan peluru. Kultur rumpai laut telah menjadi satu bidang yang diminati di kalangan pengusaha gigih di Malaysia, berdasarkan dari galakan dan sokongan yang diberi oleh pelbagai agensi kerajaan terutamanya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).





HARGA KOLAGEN RUMPAI LAUT

bagi rumpai laut gred AAA 1 packet (100G) = Rm30
bagi rumpai laut gred AA (kuning) 1 packet (100G) = Rm25


HARGA TIOX-C

1 box = 60 capsules untuk sebulan. sehari makan 2 biji = Rm195

untuk pengambilan first box (60capsules) harga =Rm195
bulan ke-2 = Rm190
bulan ke-3 = Rm185
bulan ke-4 = Rm180 harga akhir dan seterusnya...

cara penggunaan dan pemakanan~
please sms me for more info
shafeeq 0139273565

Wednesday, 30 January 2013

Burger GADANG tajuk diberi

Assalamualaikum w.b.t..
Uissss~ besaQnyaaaaa....amboi tak larat lah nak perabeh sorang aiii...


1kg = Rm40... 500g = Rm20... 250g = Rm10


nape? tak caya? nampak kecik ke?? macamana kalau dengan yang ni~




Haaaa...Muhammad Syamil dengan king size burger gamaknyer~ pes time ni makan burger gadang camgini, uihhh teliuQ cekkk!!





hambek!! meleleehh~ tebai ok daging dia...Alhamdulillah sedap! dan dagingnya pun masak walaupun tebal~



ni lah dia Mr.Encik belanja..haha panjang btol nama, thanks to him sbb bawak + blanja kami


ni bini encik blanja, tengok tuu muka telan ayaQ lioQ..haaaha. dengan anaknya aisy damia irdina cousin syamil..


Muhammad Syamil dah habis berapa slice dah tuu... ibu baru nak mula...
jom ke shah alam untuk makan burger gadang namanyer~haha till then...

NANO bukan awan nano

Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah, harini nak share cerita pasal Nano White bukan lagu awan nano tuu..haha
at last, jumpa jugak pencuci muka yang betul2 sesuai dengan muka saya ni yang sentiasa berminyak, punyalah payah nak cari cuci muka ni, macam2 jenis dah, last2 time pergi guardian sajalah belek2 cuci muka, tengok2 je sebab pening kepala memikirkan muka ni dahlah berminyak, lepas tu naik pulak jerawat2 liar, kadang2 segan jugak kalau orang tengok muka ni berminyak dan banyak jerawatkan? so satu harini masa dekat guardian ada prempuan india datang kt saya tanya saya cari apa so bgtau dia saja tngk cuci muka, dia kata muka saya nampak berminyak sangat, so dia syorkan Nano White ni lah, kata dia aunty punya anak lelaki pun berminyak, so aunty suruh dia try Nano, so now muka dia sudah ok, bersihhh~ kata aunty tu lah, so saya fikir apa salahnya try kan sebab cuci muka lelaki ni bukannya mahai "verivu rivu ringgit" macam cuci muka perempuan, so harga dia Rm16 lebih sahaja untuk cleanser dia sooo belilah cuci muka sekali dengan toner dia..try guna dalam beberapa bulan, dan alhamdulillah muka dah makin kurang sangat dah berminyak, selalunya lepas mandi pagi tu dia dah start berminyak, sampai je petang lagi teruk berminyak tapi lepas guna Nano ni masa petang pun muka tak berminyak soooo decide laghiii untuk tambah accessories2 dia hahaa~
pergilah cari lagi dekat guardian untuk Nano White set, beli set lagi murah tau dari beli satu2...



so blilah satu set Nano White just for Rm95.50, kalau bli satu2 dekat seratus lebih jugak. dan plus dengan Refining astringent mist kat bawah ni, macam toner jugak tapi blh spray bila2 masa sahaja...


Plus dapat FREE lagi Hydrating whitening mask kat bawah ni...


soooo one happy family at home~
kepada mana2 lelaki kat luar sana yang ada masalah kulit muka berminyak dan jerawat..saya syorkan untuk try nano white ni untuk tengok sendiri perubahan dari muka berminyak kepada kurang berminyak + segarrr~


insyaAllah..tapii sembahyang janganlah kita lupa sebab dengan air wudhu tu sendiri dapat kurangkan minyak pada muka jugak tau (^___^)v thats all for now..till then~

Saturday, 26 January 2013

Tiox-C (new stock arrived)

Assalamualaikum w.b.t...
Stock baru Tiox-C dah ada pada saya bersama-sama leaflet untuk diedarkan, bagi yang berminat bolehlah sms ke nombor saya..refer here ~> Tiox-C
cara pemakanan adalah sangat mudah tanpa rasa kesakitan suntikan, makan 2 biji setiap pagi sebelum anda mengambil sebarang makanan bagi penyerapan dan tindak balas yang cepat..satu kotak mengandungi 60 capsules, 2 biji 1 hari = satu bulan


Friday, 25 January 2013

Grand Lexis Port Dickson

Assalamualaikum w.b.t...
lama btol dah tak pegi pd, so saya decide nak bawak family ke Grand Lexis tomorrow..
warna voucher for 2013 ni warna pink plak, tuka2 warna rupanya...ape2 pun lets people~



Muhammad Thaqif Uwais

Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah Muhammad Thaqif Uwais sekarang ni dah berusia 2 bulan dah, anak kedua saya ni ada birth mark dekat mata belah kiri, Alhamdulillah sebab itu pun salah satu pemberian Tuhan dekat Muhammad Thaqif Uwais, kalau nak tahu ibu ngan ayah tunggu baby Thaqif ni dekat 3 tahun lamanya, kalau tidak baby Thaqif ade 4 org abang atau kakak atas Thaqif tapi ibu keguguran 3 kali...semuanya atas kehendakNya dan kami terima dengan hati yang terbuka dan tenang.. sebelum dapat baby Thaqif ni saya dan isteri minat sangat dengan nama Uwais, Uwais ni maksud dia (Pemberian) dan kenapa minat sangat, sebabnya saya terbaca cerita berkenaan sejarah hidup Uwais Al-Qarni, nanti saya postkn kisahnya dibawah..apa2 pun kami sangat2 berterima kasih kepada yang sentiasa mendoakan kami sekeluarga, semoga kalian sentiasa didalam lindunganNya...aminn


 Muhammad Thaqif Uwais tunjuk birth mark dia (^___^)v...
semoga adik menjadi orang yang beriman seperti uwais al-qarni...aminn

KISAH UWAIS AL-QARNI (Tidak terkenal di bumi, terkenal di langit)

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan, kulitnya kemerah-merahan, dagunya menempel di dada selalu melihat pada tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, ahli membaca Al Qur’an dan menangis, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya untuk selendangan, tiada orang yang menghiraukan, tak dikenal oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit. Dia, jika bersumpah demi Allah pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil disuruh masuk surga, dia justru dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin dia untuk memberi syafa’at sejumlah qobilah Robi’ah dan qobilah Mudhor, semua dimasukkan surga tak ada yang ketinggalan karenanya.Dia adalah “Uwais al-Qarni”.

Ia tak dikenal banyak orang dan juga miskin, banyak orang suka menertawakan, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai tukang membujuk, tukang mencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya.Seorang fuqoha’ negeri Kuffah, karena ingin duduk dengannya, memberinya hadiah dua helai pakaian, tapi tak berhasil dengan baik, karena hadiah pakaian tadi diterima lalu dikembalikan lagi olehnya seraya berkata :“Aku khawatir, nanti sebagian orang menuduh aku, dari mana kamu dapatkan pakaian itu, kalau tidak dari membujuk pasti dari mencuri”.Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tak punya sanak famili kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa. Untuk mencukupi kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekedar menopang kesehariannya bersama Sang ibu, bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.Kesibukannya sebagai penggembala domba dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tak ada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, karena selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbarui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam. Alangkah sedihnya hati Uwais setiap melihat tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum.Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih, tapi apalah daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah sang ibu yang jika ia pergi, tak ada yang merawatnya.

Di ceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Kabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada beliau SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya.Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu tak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, kapankah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dari dekat ? Tapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat membutuhkan perawatannya dan tak tega ditingalkan sendiri, hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa.Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah.

Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memaklumi perasaan Uwais, dan berkata:“Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”.Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi. Sesudah berpamitan sambil menciumi sang ibu, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak kurang lebih empat ratus kilometer dari Yaman. Medan yang begitu ganas dilaluinya, tak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari, semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya.

Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina ‘Aisyah r.a., sambil menjawab salam Uwais. Segera saja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata beliau SAW tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang.Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi SAW dari medan perang. Tapi, kapankah beliau pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas pulang”.Karena ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi SAW. Ia akhirnya dengan terpaksa mohon pamit kepada sayyidatina ‘Aisyah r.a. untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan haru.
Sepulangnya dari perang, Nabi SAW langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahwa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar perkataan baginda Rosulullah SAW, sayyidatina ‘Aisyah r.a. dan para sahabatnya tertegun. Menurut informasi sayyidatina ‘Aisyah r.a., memang benar ada yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, karena ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.Rosulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.”Sesudah itu beliau SAW, memandang kepada sayyidina Ali k.w. dan sayyidina Umar r.a. dan bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

Tahun terus berjalan, dan tak lama kemudian Nabi SAW wafat, hingga kekhalifahan sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. telah di estafetkan Khalifah Umar r.a. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW. tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali k.w. untuk mencarinya bersama.Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qorni, apakah ia turut bersama mereka. Diantara kafilah-kafilah itu ada yang merasa heran, apakah sebenarnya yang terjadi sampai-sampai ia dicari oleh beliau berdua. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.Suatu ketika, Uwais al-Qorni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahwa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qorni.Sesampainya di kemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan sholat. Setelah mengakhiri shalatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.

Sewaktu berjabatan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditelapak tangan Uwais, sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar ! Dia penghuni langit.Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut, siapakah nama saudara ?“Abdullah”, jawab Uwais.Mendengar jawaban itu, kedua sahabatpun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?”Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qorni”.Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali k.w. memohon agar Uwais berkenan mendo’akan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah:“Sayalah yang harus meminta do’a kepada kalian”.Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata:“Kami datang ke sini untuk mohon do’a dan istighfar dari anda”.Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qorni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdo’a dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar r.a. berjanji untuk menyumbangkan wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya.Segera saja Uwais menolak dengan halus dengan berkata : “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar beritanya.Tapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan di tolong oleh Uwais , waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin topan berhembus dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghantam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat.Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan sholat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.“Wahai waliyullah,” Tolonglah kami !” tetapi lelaki itu tidak menoleh.Lalu kami berseru lagi,” Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!”Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang terjadi ?”“Tidakkah engkau melihat bahwa kapal dihembus angin dan dihantam ombak ?”tanya kami.“Dekatkanlah diri kalian pada Allah ! ”katanya.“Kami telah melakukannya.”“Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrohmaanirrohiim!”Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul di dekat itu. Pada saat itu jumlah kami lima ratus jiwa lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami berikut isinya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu berkata pada kami ,”Tak apalah harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat”.“Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ? ”Tanya kami.“Uwais al-Qorni”. Jawabnya dengan singkat.Kemudian kami berkata lagi kepadanya, ”Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” tanyanya.“Ya,”jawab kami.Orang itu pun melaksanakan sholat dua rakaat di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qorni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan.

Setibanya di Madinah, kami membagi-bagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tidak satupun yang tertinggal.Beberapa waktu kemudian, tersiar kabar kalau Uwais al-Qorni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan, “ketika aku ikut mengurusi jenazahnya hingga aku pulang dari mengantarkan jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat penguburannya guna memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa pemerintahan sayyidina Umar r.a.)Meninggalnya Uwais al-Qorni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat mengherankan. Sedemikian banyaknya orang yang tak dikenal berdatangan untuk mengurus jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tak dihiraukan orang.

Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qorni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala domba dan unta ? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa “Uwais al-Qorni” ternyata ia tak terkenal di bumi tapi menjadi terkenal di langit.