Followers

Monday 19 March 2012

Perasmian Masjid Kayu terengganu oleh Sultan Mizan - Masjid Ulul Albab

Assalamualaikum w.b.t..

sumber : Bernama

24.02.2012, Jumaat - Hari ini Sultan Terengganu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan merasmikan Masjid Ulul Albab di Seberang Jerteh. Syah pernah membuat entry berhubung masjid ini pada 13.02.2012 lepas. Masjid ini dibina menggunakan kayu bermutu tinggi seperti cengal dan meranti yang berkonsepkan tradisional Melayu Terengganu. Seniman Negara Wan Mustaffa Wan Su telah diberikan penghormatan menggunakan kepakaran seniukir beliau untuk mengukir hiasan pada daun pintu, dinding, jendela, mimbar khutbah, tangga dan sudut-sudut tertentu. Masjid ini mula dibina pada akhir 2009 dan siap pada Julai 2011 dan boleh menampung 1,000 jemaah pada satu-satu masa.

Sultan Mizan berkenan beri nama masjid
sumber : Sinar

SEBERANG JERTIH - Masjid Kayu Seberang Jertih atau Masjid Seberang Jertih yang dibina menggunakan kayu cengal di sini dengan rasminya dinamakan sebagai Masjid Ulul Albab.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin semalam, berkenan menamakan masjid tersebut dengan nama Masjid Ulul Albab Seberang Jertih.

Titah baginda, nama tersebut selaras dengan konsep Ulul Albab sebagaimana yang disebut dalam al-Quran.

Baginda juga menitahkan agar program keagamaan yang menarik golongan belia diwujudkan bagi tujuan memperkasakan institusi masjid.

“Golongan belia merupakan golongan pelapis negara pada masa akan datang dan beta mengharapkan golongan belia dalam negeri ini dapat berakhlak dengan didikan masjid sebagaimana yang dibawa junjungan besar Nabi Muhammad SAW,” titah baginda pada majlis perasmian Masjid Seberang Jertih dan Penyampaian Tauliah Kepada Pendaftar, Jurunikah dan Imam Masjid Mukim daerah Besut semalam di masjid ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan pemimpin lain.

Terdahulu, Ahmad dalam ucapannya memberitahu kerja pembinaan bangunan baru Masjid Seberang Jertih yang berasaskan kayu itu bermula pada 2009.

Bangunan masjid baru bernilai RM12 juta itu diberi kebenaran diguna pakai pada 4 Julai 2011 dan mampu memuatkan seramai 1,500 jemaah pada satu-satu masa.

Masjid Ulul Albab ini merupakan salah sebuah daripada 81 masjid di daerah ini dan terletak kira-kira satu kilometer dari bandar Jertih. Kata Ahmad, masjid itu dilengkapi dengan kemudahan perpustakaan, bilik mesyuarat, bilik musafir, dewan kuliah, ruang solat untuk orang kurang upaya (OKU) dan bilik pengurusan jenazah.

“Alhamdulillah, inilah nikmat pembangunan dan keamanan dalam negeri yang dicintai ini. Kita melihat negara Islam lain yang membangun tetapi tidak aman seperti negara Libya, Sudan, Mesir menyebabkan rakyat hidup terumbang-ambing dan menderita,” kata Ahmad.

Selesai majlis tersebut, baginda berkenan solat Jumaat di masjid itu dan bertemu rakyat selepas solat.

Kemegahan senibina rumah Allah yang Agong

MASJID KAYU terengganu





MASJID KRISTAL kuala terengganu



MASJID BESI putrajaya



No comments:

Post a Comment