Followers

Thursday, 7 June 2012

Buat seseorang yang bernama KELUARGA

Bismillahirahmanirahim...


Assalamualaikum w.b.t...

Kehidupan dipentas dunia sebagai HambaNya dan manusia biasa, sering tiap kali melakukan kesalahan dan sering tersungkur jatuh, ada ketika ditertawa, ada ketika tidak berjaya menjaga segumpal daging bernama hati.. banyak kelemahan diri ini rupanya.. tapi kini, masih mahu berkata-kata, berkongsi segala yang dirasa, difikir, bagaimana hendak diluahkan, adakah mereka akan faham, adakah mereka akan menerima? adakah manusia didunia ini berpangkat pangkat, sama kedudukan baru mereka faham orang sekedudukan? ataupun kita yang harus memberi dan mereka hanya menerima supaya lebih jelas? ataupun mereka hanya memberi tanpa menerima? sedangkan Allah juga menerima perbuatan hamba-hambanya.. dan juga untuk Dia memberi sebagai balasan..

fahamkah dikau tentang kejadian alam ini? atau mungkin aku yang masih kurang memahaminya, atau aku terlalu LEKA dengan segala isi-isinya..
engkau berkata-kata, itu luahan mu.. mungkin itu fahaman mu, terima kasih sebenarnya kerana membuka, memberi ruang, tapi.. faham kah dikau..
akan apa yang kau kata? faham kah dikau tentang aku, tentang semua? tentang alam?
tiada rasa benci dalam hati ini, atau marah, atau dengki.. cuma rasa sedih, mungkinkah aku tidak menjaga hati ini dengan sempurna, masih belum berjaya, kenapa mereka sedemikian denganku? sebegitu rupa dengan ku? apa yang mereka kata? faham kah aku? atau faham kah mereka? tentang kelebihan dan kekurangan ini, seperti langit dan bumi, bulan dan matahari, siang dan malam, apa itu sejuk dan apa itu panas? faham kah dikau tentang ini? faham kah aku?

sering kali aku berkata ini, kerana aku sering ingat, membawanya sebagai bekal didada, selain aku solat, aku berdoa, masih terbayang akan wajah mu, didalam doa, memaafkan dan menyesali atas perbuatanku, memohon supaya Tuhan membuka ruang untuk kita, dan Dia mengampuni dosa2 kita.. masih aku bercerita lagi, meluahkan lagi... ini luahan ku, kata2 ku...
masih kah tidak engkau mengerti? apa itu RASA? tahukah kamu akan diriku ini? semuanya pemberian yang Diatas, sifat2 Nya dan diantara 99 nama2 Nya yang indah didalam diriku, didalam hatiku, juga didalam dirimu.. fahamilah.. ini pemberianNya, cuma aku, dan engkau, perlu menjaganya, supaya sempurna, tiada cacat celanya.. faham kah dikau akan ini..

cubalah dikau memahami.. tahukah kita akan cahaya rahmatNya? ya..kita mahukannya, semua mahukannya..tapi tahukah kita samaada dia mendapat rahmat? cahayanya? ataupun kita mendapatnya? tahukah kamu? terlihatkah di dua mata mu? aku berdoa untuk kamu, dan supaya kamu berdoa untuk ku.. supaya kita diberi cahaya rahmat yang kita impi impikan.. aku tahu, kau mahu kesyurga, begitu juga aku.. kita Hambanya dan itu pasti impian semua hambanya, ke satu tempat arah tujuan, kita manusia biasa, sering terleka, sering alpa.. 

ya.. kita memerlukan satu sama lain, sering ingat mengingati, itu juga suruhanNya, suruhan kekasih Nya, kekasih kita Muhammad s.a.w.. diumpamakan seperti si bunga mawar di dalam sebuah pasu, aku tahu, dia wangi, kau juga pasti mengerti akan baunya, tapi dia berduri tajam, ya...dia memang cantik tapi berduri, walaupun sifatnya begitu, cantik tapi berduri..kita tetap mahukan dia sentiasa hidup segar dan mewangi diseluruh taman.. hidup kita ini diibaratkan sepertinya, si bunga mawar, kau juga aku.. kita ini sempurna, diberi kelebihan dan juga kelemahan, semua ini darNya..

ada dua cara.. ambil berat tentangnya, sentiasa menyiramnya dengan air segar, setiap hari.. itu pendapat ku, tapi mungkin pendapat segelintir lain dari pendapatku, cara kamu.. terus mengankat pasu itu dan rendam didalam kolam berhampiran, apa yang terlihat, hanya bunga sekumtum di atas permukaan air, tapi ia masih segar.. fahamkah dikau? kemungkinan yang akan terjadi pada si bunga mawar itu? faham kah engkau wahai keluarga? mungkin ia akan mati lemas? kerana seluruhnya terendam? mungkin akan hidup 2 3 hari? dan mungkin juga akan mati? dan fahamkah kamu? apa yang akan mereka katakan, yang melihat, kenapa? keadaan bunga itu didalam air? mungkin ada yang membuangnya? atau mungkin ada yang mahu ia hidup segar? hidupkah mawar itu, ataupun mungkin akan mati kelemasan? aku pun tidak tahu jankanya? tahukah kamu? dapatkah kamu mengagaknya? ini mungkin kerana si bunga mawar bukan dari jenis tumbuhan air.. kita sendiri dapat mengenalpasti jenisnya, dimana dia akan terus hidup segar.. diumpama seperti caramu.. perbuatanku.. ataupun aku yang masih tidak mengerti akan ini?

setiap kelebihan pasti ada kelemahan.. setiap kekurangan pasti ada kekuatan.. fahamkah kamu? seperti siang dan malam.. cahayanya, gelapnya.. kita bisa mengukur itu sendiri, gunalah segala yang ada, pemberianNya.. kata2 ku ini untuk kamu, juga untuk aku.. bekal di hari akhir... tujuan kita sama, tapi kadang kala cara kita berbeza, cara kamu, cara aku.. kenapa ini terjadi? mungkinkah aku yang membenci serta mengasingkan atau menyisihkan kamu? ataupun sebaliknya? niat dan doaku hanya satu, kerana Allah...
aku tahu kau juga sama.. semoga kita dirahmati, dan diberi kekuatan untuk terus berjuang dipentas dunia yang hanya seketika ini.. maafkan aku KELUARGA.. dan aku juga sudah dahulu maafkan kamu.. semoga kita saling faham memahami, erti rasa, erti manusia, erti ciptaan alam ini.. dan erti KELUARGA.. ameen~

ikhlas

Shaqzspixca

No comments:

Post a Comment