Followers

Thursday, 28 June 2012

Wanita Melayu Pertama Bergelar Raja Permaisuri Agong Juga Lambang Kedaulatan Wanita Melayu

Assalamualaikum w.b.t...
Kenalkah kita pada wanita ini? entry kalini adalah khas buat Baginda...




Baginda merupakan penanda aras bagi kemajuan wanita di Malaysia.Merupakan puteri raja yang sangat sederhana,baginda yang dimaksudkan adalah Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Puan Besar Kursiah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin,D.K.N.S.,D.M.N.,S.M.N.


YMM Tuanku Puan Besar diputerikan pada 16 Mei 1911 di Istana Baroh Seri Menanti Negeri Sembilan.Merupakan puteri diraja Negeri Sembilan dan puteri sulung kepada YAM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Besar Burhanuddin Ibni Almarhum Yamtuan Antah.Bonda baginda ialah YABhg Che Puan Sharifah Alawiyah.Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seri Menanti dan seterusnya mengikuti kelas bimbingan peribadi dalam bahasa Inggeris.

Bertemu jodoh dengan DYMM Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad sebagai isteri ketiga pada 21 Mac 1929 di Sri Menanti ketika baginda berusia 18 tahun.Baginda dikurniakan 2 orang puteri di atas perkahwinan baginda berdua.Salah seorang puteri baginda ialah AlmarhumDYMM Sultanah Bahiyah Almarhum Tuanku Abdul Rahman,Sultanah Kedah Darul Aman.Seorang lagi puteri baginda ialah YAM Tunku Shahariah Almarhum Tuanku Abdul Rahman,Tunku Puan Bendahara Johor.Menjadi DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan di Istana Lama Seri Menanti pada 21 April 1934 setelah suami baginda menaiki takhta Negeri Sembilan.Menjadi Tunku Ampuan Besar selama lebih kurang 26 tahun sehingga tahun 1960.Pada tahun 1957,Tuanku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Pertama.Serentak dengan itu,Tuanku Kursiah telah ditabalkan menjadi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Pertama Tanah Melayu.Baginda menjadi Raja Permaisuri Agong selama 3 tahun kerana suami baginda mangkat pada tahun 1960.



Banyak jasa dan sumbangan baginda semasa baginda menjadi Raja Permaisuri Agong.Bagindalah pengasas Penubuhan Perkumpulan Perempuan (WI).Baginda juga mengasaskan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKLIM) dan Persatuan Pandu Puteri Tanah Melayu.Pada tahun 1954 semasa menjadi Tunku Ampuan Besar,baginda dilantik sebagai Presiden Pergerakan Pandu Puteri Negeri Sembilan dan Penaung Institut Wanita Negeri Sembilan.Pada tahun Mei 1961,walaupun baginda bukan lagi Raja Permaisuri Agong,baginda telah menubuhkan Majlis Kebajikan Wanita Islam dan menjadi Presidennya yang pertama.



Selepas kemangkatan Almarhum Tuanku Abdul Rahman,Tuanku Kursiah menggunakan gelaran YMM Tuanku Puan Besar Kursiah.Baginda meneruskan kehidupan baginda secara sederhana di Istana Seri Menanti.Baginda sering berangkat ke Istana Kuala Cegar untuk melawat puteri baginda Sultanah Bahiyah.Baginda juga aktif berpesatuan dan baginda sering mencemar duli ke majlis-majlis persatuan baginda.Pada 27 Oktober 1974,baginda dianugerahkan Pingat Emas Tun Fatimah oleh Majlis Wanita Kebangsaan di atas segala jasa baginda menaikkan taraf wanita dan kanak-kanak dari segi kebajikan dan pendidikan. Baginda telah mangkat pada 2 Februari 1999 di usia 88 tahun di Kuala Lumpur.Baginda dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti.

Sebagai mengenang jasa dan pengorbanan baginda terhadap negara,kerajaan telah nama Maktab Perempuan Melayu kepada Kolej Tunku Kursiah mengambil sempena nama baginda.Universiti Malaya juga telah menamakan Kolej Kediaman Universiti Malaya kepada Kolej Tunku Kursiah.





No comments:

Post a Comment