Followers

Monday, 13 August 2012

Menjelang Hari Raya

Assalamualaikum w.b.t..
Pejam celik pejam celik dah nak raya dah kita ni, rasa makin besar makin berumur ni makin pulak la rasa cepatnya masa berlalu, ingat lagi masa dulu di bulan puasa, asyik tengok jam je kejenye sbb xlarat dah nak tunggu masuknya waktu berbuka, bila dah berkeluarga ni, xdan pulak nak rasa lapa, rasa macam masa yang diberi tu xcukup aje... tambahan pulak aktiviti bulan2 puasa ni, disamping beramal, buat juga aktiviti sampingan, luangkan masa untuk anak isteri, pergi beli barang2 keperluan dan persiapan untuk sambut raya yang bakal tiba ni, tak lupa jugak sebok dok tukar duit untuk nak bagi dekat sanak saudara, anak2 buah dan budak2 yang datang beraya nanti, tapi, saya nak tanya ni, tahu ke semua gambar siapa yang selalu kita tengok dekat setiap matawang malaysia kita ni? dan jangan terkejut jugak kalau saya katakan ada jugak diantara kita2 ni yang compom xtau siapa orangnya kan? baik, harini saya nak cerita dan juga share dengan semua siapa orangnya.. saya ambik contoh duit sepuloh ringgit ni.



inilah orangnya yang selalu kita tengok gambar dia masa kita pegang duit kita..
Baginda adalah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad yang merupakan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. 
Almarhum Tuanku Abdul Rahman merupakan Ayahanda Mertua kepada Yang di-Pertuan Agong sekarang, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Alhaj Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Gambar diatas merupakan potret Almarhum Tuanku Abdul Rahman bersama permaisurinya yang juga merupakan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pertama, Almarhumah Tuanku Kurshiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin. Tuanku Abdul Halim berkahwin dengan Al-Marhumah Tuanku Hajah Bahiyah yang merupakan puteri kepada Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan Almarhumah Tuanku Kurshiah.

No comments:

Post a Comment