Followers

Tuesday, 5 March 2013

Kisah Berdiet

Assalamualaikum w.b.t...
harini nak berkongsi cerita pasal kesihatan dan berdiet ni, uiii kalau cerita pasal diet ni memang banyak cabaran dia untuk nak turunkan berat badan ni, nak kuruskan badan ni bukan satu benda yang mudah dan kita, ourself kena ada semangat, disiplin dan jati diri yang kental barulah boleh dilaksanakan, kalau tak tu yg jadi sat gemok sat kurus sat kempis sat kembung tu..dan yang paling penting ialah kerja keras yang konsisten dan berdiet dengan cara yang betul supaya tidak gemok kembali, macam saya lah sat gemok sat kurus..tapi InShaaAllah untuk tahun 2013 ni nak buat betul2, dah tak larat dah dengan badan yang besar ni sebab banyak perkara yang kita payah nak buat, tambah2 penyakit M tu mesti ada dan cepat je dia datang, but for first saya pasang niat awal2 saya nak berdiet ni hanya kerana Allah..supaya saya sentiasa sihat, dijauhkan daripada segala penyakit, penyakit keturunan dan supaya saya dapat manfaatkan anggota badan yang diberi olehNya untuk berbakti disamping saya melatih diri supaya dapat menahan nafsu makan dengan mengingati orang2 yg lebih susah dari saya, yg payah nak cari sesuap nasi walaupun untuk sehari..yang kita ni boleh mati dalam makanan, memang tak dinafikan sekarang ni macam2 jenis makanan yang ada, cari je lah mesti jumpa..


sekadar perkongsian dengan visitor2 saya..
gambar yang paling kiri tu gambar masa tahun 2004 dan rekord paling berat iaitu 131kg..beratkan..
masa tu saya visit london for vacation, gambar tengah adalah gambar masa tahun lepas, tahun 2012..tahun bagi saya untuk start balik berdiet, masa tu last of the year dan berat saya 123kg. now Mac 2013 saya berjaya turun sampai 116kg bermaksud saya berjaya kurangkan sebanyak 7kg. for first ni saya tak ada target lagi untuk turun berapa tapi now in Mac target yang saya nak capai ialah berat saya turun sampai 85kg tapi belum plan dalam masa berapa bulan lagi..but for first ni hanya kawal makan sahaja TANPA bersenam, InShaaAllah lepas semua plan dan target dah ada barulah di add bersenam dalam saya berdiet ni (^___^)v

cara saya berdiet selama beberapa bulan ni dan ini saya cakap cara saya, dan berkemungkinan tak sesuai dengan orang lain, saya hanya kurangkan 3 benda tapi buat first start ni makan jugak sikit2 tapi makin lama makin saya kurangkan

santan kelapa, nasi dan minyak



saya memang kalau berdiet, tetap makan nasi gerenti tak menjadilah diet saya, saya tak tau memang dah begitu agaknya, so kalau saya tak makan langsung 3 benda ni dalam tempoh saya berdiet mesti akan nampak hasilnya, dan makanan yang saya akan lebihkan masa berdiet ni ialah

ikan kembong, buah oren dan sayur-sayuran


kalau duk tengah lapar, saya makan sayur-sayuran + ikan ni sampai kenyang ( lunchn ) dan untuk malam saya hanya makan buah oren sahaja..pagi terpulang saya nak makan buah sayur atau ikan..

kat bawah ni ada beberapa tips lagi cara2 untuk membantu kita semasa kita DALAM PANTANG...haha

1.  Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
2.  Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
3.  Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.
4.  Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.
5.  Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
6.  Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.
7.  Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.
8.  Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
9.  Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
10.  Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
11.  Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.

pembakar semangat saya
 untuk turunkan berat badan saya selama ni and he's the only one, Aizat AF..baguih btui la aizat ni..bagus3 :D


Tips Aizat buat :

1. Set jangkamasa nak kurus & target weight. ( Target saya: 75kg- 3 bln). Saya dulu 112kg.
2. Stop makan nasi, air bergas & fast food utk 3 bln ttu. Makan tiap2 4 jam..apa2 makanan yg kurang lemak, minyak dan kurang gula. Aizat dulu banyak makan benda-benda organik. Basically makanan PROSES aizat avoid.
3. Exercise 30 minit tiap2 hari..jogging,... swim,futsal, etc..ni tak boleh miss selama 3 bln.
4. Yang paling penting is self will and determination! Jangan mudah give up.

Will Smith pernah quote:
"When you run, you have this little voice in your head that tells you “I’m too tired, I have to stop running. If I only walk for a second I will regain my composure and can run again. I wish I could just sit down” (paraphrased in my own words). He says that if you can conquer this voice when running, you can conquer this voice in anything that you do in life."

Maknanya, berlari akan mengajar kita supaya tidak mudah 'give up'.
Selalu bila jogging, Aizat akan challenge diri Aizat untuk sampai ke destinasi walaupun badan dah menjerit "PENAT! PENAT!" Its normal but think positive and counter. Make sure you reach your destination/goal. Kalau tak berjaya hari ini! cuba hari esok! Secara automatik dalam kehidupan pun serba sedikit dapat membantu Aizat not to give up and reach my dreams. Saya harap pesanan ini diambil dengan positive! :)

Insyallah Aizat akan update lagi from time to time.

Nasihat tambahan dari Aizat :

Senaman dan diet yang seimbang sebenarnya penting bagi memastikan badan Aizat kekal seperti sekarang. Selain itu Aizat memang tidak menjamah makanan segera sejak dahulu lagi. Lima bulan baru kurus

P/S: Untuk sebulan pertama memang sakit. Aizat nak buat 'push up' satu pun tak larat haha tapi bila Aizat aim 10 and dapat! Best!!! momentum dah tak boleh stop. So aizat teruskan bersenam.

so kat bawah ni hanyalah tambahan dan ini bukan untuk lariskan produk tapi supplement2 seperti Vit C dan Glutation ni memeang terbukti berkesan dan dapat membantu kita dalam menangani masalah kulit dan juga yang penting dapat membantu menurunkan KOLESTROL dalam badan kita InShaaAllah..
saya menggunakan Tiox-c dan sambil saya berdiet, saya makan tiox-c bagi penyerapan yang maxima sebab tak bercampur dengan makanan yg kita makan kan..

kat bawah ni menunjukkan warna kulit asal saya sebelum pengambilan supplement ni pada tahun 2004, dan saya start ambil dalam tahun 2006 ( produk lain yang ada kandungan Vit C + Glutation ) sehingga sekarang..bagi kulit yang dah ok tak payah la kot..hehe tapi bagi orang2 yg ada masalah jerawat dan parut macam saya ni saya syorkan untuk cuba try dulu tiox-c ni baru kita akan tahu ok..InShaaAllah



tiox-c ni adalah produk terbaru dekat pasaran, sebelum ni saya ambil supplement yang ada kandungan ejen pemutihan seperti Vit C dan glutation ni..
for more info please contact me ok, InShaaAllah kepada yang menjaga kesihatan dan berdiet, saya doakan semoga kita sama2 berjaya dalam usaha kita ni ya (^___^)
thats all for now, till then...

No comments:

Post a Comment