Followers

Thursday 17 October 2013

Kongsi Resepi

Assalamualaikum w.b.t...
harini nak kongsi resepi lagi khas oleh ibu syamil ngan thaqif..tQ ibu...sedap2..hehehe
resepi kalini diberi nama

AYAM PENYET







Resepi Ayam Penyet

1 ekor ayam ~ potong 4 bahagian
2 keping tauhu ~ potong tiga segi
1 packet tempe ~ potong nipis
1 biji timun ~ dihiris nipis

Bahan-bahan untuk rebusan ayam

50 gm bawang merah*
30 gm bawang putih*
20 gm lengkuas*
10 gm kunyit hidup*
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
500 ml santan
~ Bahan bertanda * perlu dikisar

Bahan B (untuk salut ayam, tempe & Tauhu)

150 gm tepung beras*
1 biji telur*
200 ml air rebusan ayam (bahan A)*
10 gm garam*
10 gm gula*
kesemua bahan yang bertanda* perlu digaul rata

Cara-cara penyediaan

1. Potong ayam kepada 4 bahagian dan cuci bersih
2. Rebus ayam bersama bahan kisar, santan.
3. Kemudian masukkan garam, gula.
4. Masak sehingga pecah minyak dan kuah bertukar kepada warna kuning.
5. Angkat dan ketepikan
6. Bancuh semua bahan tepung (bahan B)
7. Salut ayam yang direbus tadi, tempe dan tauhu.
8. Panaskan minyak dan goreng semua bahan bersalut sehingga tepung kekuningan dan diangkat
9. Hidangkan ayam penyet bersama timun & lain2 ulam, tempe, tauhu bersalut dan sambal.

* lebihan tepung boleh dijadikan serdak/kremes (digoreng) untuk hidangan ayam penyet.

Untuk Sambal

Sedikit minyak masak
20 batang cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji cili padi
10 biji bawang kecil/merah, hiris
3 biji bawang putih, hiris
5 biji tomato, potong 4
5 cm belacan
2 sudu ikan bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

Cara-cara penyediaan

1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing
2. Goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. setelah layu masukkan tomato. gaul rata dan tutup api. angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. kisar atau tumbuk sehingga separa halus
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan
7. Masukkan gula merah dan gaul rata
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa *sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. simpan sambal dalam peti sejuk

sekian..selamat mencuba ya guys (^___^)v

No comments:

Post a Comment